Jan 2, 2012

Aku dan Dia 022: 'Ustaz Budak'

"Ketenangan adalah satu keajaiban. Ketenangan yang sebenar akan hadir apabila kita sentiasa bersyukur dengan nikmat, sabar dengan ujian dan bertaubat dengan dosa yang kita buat...," ujar Ustaz Khairul Ikhwan atau lebih dikenali dengan nama 'Ustaz Budak'. Gelaran 'Ustaz Budak' itu diberi sebab beliau mula memberi ceramah agama sejak berumur 16 tahun. Sekarang dah ada dua orang anak dah. Dah tak budak lagi katanya. Tambahnya lagi, "Ustaz Budak ada dua. Seorang saiz S. Seorang saiz XL. Saya yang saiz XL..." Katanya sambil tergelak.


Selesai rawwatib dan witir, aku sempat ler bersalaman dengan Ustaz. Pergkh! Tinggi giler Ustaz ni. Mendongak aku melihat. Sekali dia 'backhand', sure terpelanting. Hehe...


Sedikit pengalaman yang menarik mendengar ceramahnya hari ni. Ustaz menegur tentang perbezaan pendapat dan khilaf.


"Ada dua perkara dalam Islam;

Pertama: Syariat - benda yang tetap, takleh lawan. Wajib ikut.

Kedua: Pendapat - mengenai cara melaksanakan syariat.

Kita tak dapat terima pendapat orang, jangan pula kita paksa org terima pendapat kita.

Perbezaan pendapat itu sebenarnya boleh membawa kepada perkembangan ilmu..."


Ustaz sebenarnya diasuh dari kecil dengan fahaman mazhab Hanafi. Bila teknik dan caranya agak berlainan dengan majoriti rakyat diMalaysia ni yang bermazhab Syafi'e, dia dilabel sebagai 'Wahbi'. "Ke situlah pulak!"


Betullah kata Ustaz. Aku mula menghadam tiap kata-kata dan hujahnya. Baru aku sedar yang betapa sukar untuk kita menerima cara dan pendapat orang atas sebab ketidaksamaan perdapat serta berlainan pandangan dengan diri kita. Begitu juga dengan orang lain. Tentu jugak mereka sukar untuk menerima cara dan pendapat kita. Sebab itu ayat Allah ada menyebut yang kita dijadikan berpuak-puak, pelbagai bangsa dan latar belakang untuk kita mengenali antara satu sama lain. Ayat yang mengajar untuk kita untuk berusaha mengenali dan memahami serta menerima perbezaan agar proses menyatukan ummah dapat dijalankan dengan elok. Bukannya menuding jari sambil mengatakan, "aku betul, engkau salah!" Bukan...


"Apa yang diajar Allah melalui RasulNya cukup lengkap. Dari sekecil-kecil perkara seperti hingga kepada cara untuk memerintah negara," kata Ustaz sambil menjelaskan yang Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW sudah cukup lengkap untuk kita jadikan panduan dan pedoman dalam usaha mencapai kebahagiaan hidup didunia dan akhirat.


Terlalu banyak pengisian. Satu jam setengah dirasakan terlalu singkat. Padat dengan ilmu, diselit humor dan memang langsung tak mengantuk. SubhanAllah!


Aku melihat ke dalam diri aku... Dah lama aku sedari tapi aku tak tahu macamana nak ubah? Tak tahu macamana nak perbaiki? Apa yang aku nampak, aku mampu mendengar nasihat orang dengan baik. Baca betul-betul, mendengar dengan baik! Tapi aku memang susah sangat nak buat apa yang dinasihatkan tu. Setakat dengar, dan habis kat situ. Erk! Banyak kali dah. Apalah punya masalah ni?


Akupun tak tahu kenapa? Mendengar nasihat orang memang aku tekun, seronok.

"Yer..."

"Ok!"

"Ooo... Camtu ker?"

"Bagus gak tu..."

Tapi lepas tu? Errr...


Moga Allah lembutkan hati aku, pertingkatkan kudrat aku, untuk aku lebih tekun berusaha atas teguran dan nasihat... InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment