May 31, 2011

METAL KEKARATAN 002

"Kita nak ke mana ni?"


Uih... Manjanya jelingan dia.


"Gi surau jap," balasku sambil mengulum senyum nipis.


"Dhuha? Alhamdulillah!" Laju dia ke depan.
Macam kanak-kanak terlebih gula!


Memang aku rasa pelik. Fizikal dan mentaliti dia berbeza sangat. Asas agamanya kuat, tapi ada 'part' yang buat dia nampak... Err... Terngumpat dalam hati la pulak!


Astaghfirullah hal 'azim...


Apa yang aku lihat, cuma silapnya masyarakat kita terlalu mudah untuk menjatuh hukum atas apa yang mereka lihat.


Darah muda yang mahu mencuba segalanya. Ada yang boleh, ada yang terlarang. Ada yang halal, ada yang haram. Silap siapa andai ilmu agama tidak kita tanam didada mereka untuk pandai membezakan
mana yang boleh, mana yang dilarang? Mana yang halal, mana yang haram?
Salah kita jugak sebagai ibu-bapa, adik-abang, saudara-rakan...


Bagi aku, selemah-lemah iman, sebaiknya, kita ikut apa yang Islam ajar. Banyak bersangka baik dan mendoakan kebaikan.


Memanglah susah dan memang payah bila kita melihat apa yang didepan mata kita tu serba tak kena. Tapi semua tu sekadar ujian buat kita.


Bukankah kemenangan bagi orang yang bersabar?


"Jauhnya menung?" Aku disapa lembut.


"Err... Panjangnya doa. Doa cepat kena pinang ek?" Aku tergelak kecil.


"Nakal!"


"Opss... Takleh cubit, haram... Haha..."


Aku teringatkan saat pertemuan pertama dulu. Masa tu entah macamana aku tergerak nak merayau kat Klang. Tempat 'permainan' ketika masih bersekolah dulu. Tak ada apa yang menarikpun, sekadar tempat yang penuh dengan sejarah...


Sampai kul 11.00 pagi. Aku mula 'blank'. Termenung sekejap, pastu keluarlah ayat mengarut kat dalam kepala. Aku cari tempat nak lepak, macam takde yang best. Betullah yang member-member selalu kata, dah macam Jakarta dah. Tapi ada part yang nampak macam 'tak berapa nak Bollywood'.


Melihat gelagat orang kita sebenarnya belajar untuk memperbaiki diri. Mungkin ada antara mereka yang berkelakuan 'pelik' yang kita juga buat selama ni tanpa kita sedari. Seribu satu wajah dan cerita. Ceria-gembira. Hangat-membara. Cinta dan dosa. Hmmm...


Nafas dihela panjang. Mata aku meliar tanpa arah.


"Aku perlu lakukan sesuatu...," ungkapan tanpa sedarku menarik perhatian seseorang.


Erk!


Aku hanya mampu tersenyum kelat.


"Maaf...,"
macamana la pulak aku leh bercakap kat tepi telinga orang? Adeh!


"It's ok. Cuma terkejut," dibalas senyum.


Kuat kot suara aku tadi? Hehe... Sebelah telinga pulak tu. Payau, payau...


Aku tengok dia masih terpacak depan aku. Apa aku nak cakap ni? Err...


Suh... Suh... Macam menghalau ayam la pulak.


Aish...
"Ni haw ma?" Cet! Camne la leh terkeluar ayat tu.


Dia senyum...
"Assalamualaikum...," tegak berdiri depan aku sambil mata tepat melihat. Pergkh, aku yang naik segan dan berpeluh sejuk. Rasa berpasir pulak tekak aku ni nak menjawab.


Islam rupanya.


"Waalaikumsalam... Maaf yer..."


"Takpe. Dimaafkan," sopannya. Cantik! Err... Anak sapa la ni?


Sesuatu yang tak dijangka berlaku tapi moga ianya sesuatu yang membawa perubahan baik untuk diri aku. InsyaAllah...


Setiap yang berlaku tu ada sebab yang jelas. Allah Maha Mengetahui lagi Luas PengetahuanNya...


SubhanAllah...

May 30, 2011

METAL KEKARATAN 001

Assalamualaikum," dihujung talian suaranya agak lain. Macam orang lepas menangis. Erk...


"Waalaikumsalam...," aku menyahut ceria.


"Tengah potong bawang ker? Awalnya masak!" Tambahku lagi. Hehe...


"Awak...," suaranya meruntun kalbu. Sedih semacam. Mujur dia tak menangis. Kes berat ni. Err...


Bukan aku sengaja untuk menyakat atau buat 'lawak bodoh'. Tapi ada kategori orang-orang yang aku kenal yang mampu tersenyum atau tergelak kecil walau ketika dirundung masalah mahupun ketika sedang menangis bila disakat. Ini sifat yang mahal dan susah nak cari.


Lama jugak aku perhatikan, walau usia pengenalan baru mencecah sebulan, perangai dia mirip sangat dengan perangai Iskandar. Macam Is, masa dia tengah marah mahupun menangis, bila diusik dan disakat dia akan tersenyum malahan tergelak. Kalau diikutkan, tarikh lahir, horoskop serta sifat semula jadi Is dan Lyana adalah sama. Cuma perbezaan jantina membuatkan Lyana terlalu 'fragile' dan memerlukan perhatian yang lebih.


Syukur sangat aku dapat kawan yang macam ni. Kawan? Hehe...


"Okay, okay... Cer citer...," aku cuba memujuk.


"Kita jumpa...," erk! Dua patah ringkas dan aku terkedu. Ni permintaan ker arahan?


Tanpa berfikir panjang, "Okay!"



Mujurlah aku 'free' hari ni. 'Carrrgas'!!!


Macam biasa, aku takde tempat lain nak dituju selain Jusco Bukit Tinggi. Tempat yang dekat dengan rumah dan tempatnya selesa. Walau ramai, tapi tak bising sangat.


"Aik, sikitnyer makan," aku mengangkat kening.


"Takut tak abis. Dari membazir lebih baik amik sket, kan?"


"Erm... Kalau tahu tadi, kongsi satu pinggan lagi elok. Jimat air, jimat sabun. Leh main suap-suap...," hehe...


"Mengada la tu...,"
dia mencebik. Comelnya la. Mata macam orang Jepun lepas operate. Bulat yang macam tak berapa nak bulat. Pipi 'blush' selalu. Pantang sejuk atau panas. Mungkin disebabkan campuran darah... Indahnya ciptaan Allah...


Aku tersenyum sendiri. Nipis sebaris.


"Betul jugak tu... Memang mengada... Kalau orang kawin, kita panggil 'makan beradab' namanya. Kalau tak kawin lagi jadinya 'makan biadab'... Erk, tak nak la...," adakalanya bab mengarut ni aku laju jer. Tapi bab mencantas imaginasi orangpun aku pantas gak. Serba pantas ler.


Tapi bab mengurat awek, aku paling slow. Itu yang sampai terfikir untuk tunggu awek yang datang meminang... Aish!


Biarlah berkawan macam ni. Lebih selesa. Akupun sedar akan 'title' duda yang aku sandang. Bukan senang dan sebarangan orang yang mampu menerima terutama orang yang bergelar ibu dan yang bergelar bapa. Bukan nak merendahkan motivasi diri aku yang dah berpaya, tapi logiklah beb!


Sengaja aku tak nak tanya kenapa dia menangis Subuh tadi. Biarlah dia mulakan cerita. Sebab orang perempuan ni 'complicated' sikit. Dia tak katapun yang dia nak jumpa sebab dia nak bercerita. Jadi aku malas ler nak rosakkan mood dia yang mula ceria bila nampak aku. Matanya dah bengkak kalau tambah nangis nanti jadi macam beruang Panda naya aku... Hehe...

May 29, 2011

Umaira 014: Tidur

"Kita rasa tak sihat la Mak. Kepala sakit...," ujarku sambil mengurut kepala.


Jelas kegusaran terpancar diwajah Mak. Anak sulungnya tak putus dirundung masalah. Bila aku fikirkan balik, rasa serba-salah la pulak.


Aku melangkah perlahan ke bilik air. Air 'shower' aku buka habis. Aku biar lama membasahi tubuh. Kesakitan tu kan menghapuskan dosa-dosa kecil... Aku tersenyum sendiri.


Aku mengerling ke dinding. 7.45 malam. Papa baru balik dari Surau sedang aku baru selesai mengambil wuduk.


Selesai mengenakan pakaian, aku siapkan Lyana untuk bersolat. Aku pakaikan kain dan telekung. Mahu atau tidak, itu saja cara untuk aku mendidik dia. Hendak atau tidak, aku kena berusaha lebih agar dia dapat membiasakan diri bersolat.


"Iskandar, qamat cepat..."


Malam ni ada dua buah rumah kenduri kahwin. Satu, adik angkat Mak masa kerja kat Innopower dulu. Satu lagi, Eri anak Pakcik Wahab. Jiran lama yang kini menetap di Meru.


Separuh perjalanan, Iskandar mula tidur. Tak lama lepas tu aku terdengar dengkuran Lyana.

"Dah agak dah..."


Siang tadi aktif bermain, tak tidur langsung dan macam biasa kalau naik kereta dengan aircond akupun boleh terlelap.


"Mak ngan Papa pergi la. Kita jaga budak-budak..."

Dua buah rumah, aku kekal didalam kereta dengan Lyana dan Is. Dikejutkan, macam biasalah Lyana akan 'mengamuk'. Kena pujuk dan tidurkan dia balik. Iskandar senang diurus walau adakalanya nakal 'semedang'.


Ada hikmahnya aku masih bersendiri hingga kini. Sesungguhnya Lyana dan Iskandar perlukan kasih-sayang yang banyak. Masih inginkan belaian. Aku redha dengan ketentuan Ilahi. Apa yang jadi hari ini, adalah yang terbaik untuk kami.


Lyana tidur menyarap diriba, manakala Is tidur disisi sambil memeluk tangan kiri aku.


"Adeh...," kaki ku kekejangan...

May 27, 2011

Umaira 013: Serasi

[Isi bagi episod 'Umaira 013: Serasi' ini terpaksa dipadamkan demi menjaga keimanan serta akidah. Sesungguhnya, sebarang unsur tilikan seperti Horoskop dan sebagainya adalah syirik kepada Allah. Wallahu'alam...]

May 22, 2011

Umaira 012: Perasan lagi...

Selalu jugak aku pergi kedai buku tu lepas kejadian tempoh hari. Yelah, kalau diikutkan, segala kesalahan lebih terarah pada diri aku sendiri.


Cepat sangat 'perasan'!


Ceh! Betullah tu...


Jiwa kosong beb! Mana tak cair kalau ada awek asyik dok pandang dan senyum kat kita. Hmmm...


Aku perhati gerak-geri dia. Cara dia senyum dengan aku masa aku datang, dengan senyum dia dengan orang lain yang masuk kedai tu nampak berbeza.


Pergkh! Perasan!


Tapi itulah realitinya beb. Cara dia pandang, cara dia senyum. Mungkin aku ni hensem kot pada pandangan dia?


Hehe... Ayat takleh nak blah!


Oklah tu. Sekadar menceriakan hati sendiri... ;)


Entahlah... Sebenarnya aku sendiri tak faham. Bak kata orang tua-tua, reaksi tu umpama 'bagi jalan' untuk aku bertindak. Atau aku yang tak sudah-sudah perasan?


Mungkin juga ini ujian untuk aku. Dan mungkin juga semua ini hadir dari doa yang aku pohon setiap hari yang mana sentiasa aku pohon dikurniakan pasangan dan zuriat yang menenangkan...


Dan setiap pertemuan setakat ni berakhir dengan kekecewaan.


Takpelah... Redha...


Allah Maha Kaya lagi Luas PengetahuanNya dan pastinya segala apa yang berlaku dalam hidup aku ni adalah terbaik untuk Aku dan anak-anak.


Setat esok aku kembali jaga Lyana dan Iskandar. Weekdays... Oklah. Dari aku bayar duit OT taska 5 hinggit sorang setiap hari, lebih baik aku amik diorang bawak balik rumah. Takdelah sunyi sangat hidup aku...

May 16, 2011

Umaira 011: Tewas

Dah lama aku amati dan aku akui yang aku adalah 'loser'. Orang yang tewas. Hmmm... Mungkin atas sebab yang sama aku jadi penulis blog. Mungkin je... Secara kebetulan... Tapi apa kaitan antara 'tewas' dengan 'blogger'?


Aku ingat lagi ayat tu... "Loser je yang tulis blog." Haha...
Betullah tu, kot? Layan!


Memang pahit, tapi aku terima atas sebab kebenaran ayat tu. Kalau tak, pastinya aku bukan seperti aku sekarang yang hidup melayan arus, tunggang-langgang tergolek-terbongkang dipukul ombak kehidupan. Sememangnya dalam hidup aku, aku jarang sangat menemui kemenangan apatah lagi kegemilangan. Penuh dengan kekalahan dan adakalanya teruk dimalukan. Tapi aku redha. Ia mendidik hati untuk merendah diri dan menghargai kemenangan. Dan kemenangan terbesar aku adalah Lyana dan Iskandar. Anugerah kurniaan Ilahi yang tak ternilai. Alhamdulillah.


Dan sebab selalu kalah, aku jadi suka sangat main game 'Football Manager'. Kat situ je aku kecapi banyak kemenangan dan kegemilangan. Sebab aku dapat mengatur dan menzahirkan teknik dan strategi yang aku reka. Puas hati. Walaupun adakalanya kalah, sekurang-kurang kekalahan atas kesilapan mengatur strategi dan memilih pemain. Hehe...



Tapi bagi aku, semua kekecewaan tu adalah ujian. Ujian dari Allah untuk hambaNya. Dan pastinya aku mampu hadapi ujian tu sebab Allah menguji atas mampu hambaNya. Sebaiknya aku redha. Ayat yang menyeronokkan (atau mungkin dua-tiga ronok), ayat penyedap rasa dan hati - 'Andai Allah ingin menghadirkan kebaikan untuk seseorang, pastinya dia akan diuji terlebih dahulu'. Aku percaya dengan ayat tu. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.


Teringat pulak masa makan malam direstoran 'Anjung' senja tadi. Entah macamana Lyana mencuit aku.

"Ayah, tu kakak ******** (Nama kedai dirahsiakan)." Aku menoleh.

Err... "Ooo...," cool gile aku beb!

Tak kontrol hensempun sebab keturunan aku memang hensem-hensem orangnya... Haha... Lantak!


Entah apa yang patut aku cakap. Cuma aku merasakan yang aku bernasib baik sebab tidak memulakan apa-apa atau memulakan sesuatu yang akan memalukan diri.
Prinsip aku, "Jangan kacau 'line' orang."


Dalam kes ni, "once again, I'm the loser..." Cepat sangat perasan, hah, padan muka!


Dia makan dengan seorang lelaki. Tak pakai uniform kedai ********. Logiknya, bukan rakan sekerja dan purposely datang untuk makan berdua.


Aku kira, untuk remaja sekarang kira awek tu beruntunglah dapat 'balak' macho camtu. Rambut pacak, kaler perang. Bibir lebam pastu merokok dalam restoran tertutup. Hebat! Macho giler beb... Serius aku ikhlas memuji sebab aku bukan insan macho yang sanggup buat semua benda hebat camtu.
Ceyyy... Ayat tak puas hati... Hihi...


Tak mengapa la...


Jadi, berakhirnya kisah 'awek kedai buku' sepertimana berakhirnya kisah 'awek taska' lebih sebulan yang lalu.


Yang penting, setiap pengalaman dapat mematangkan diri aku dalam menghadapi wanita. Almaklum, dulu aku memang bodoh giler bab perempuan. Berkawan dengan bekas isteri dulu, itulah cinta pertama aku, kawan perempuan pertama aku. Jelas, aku memerlukan masa dan banyak lagi pengalaman untuk mengenali kaum hawa ni.


Sekarang ni ok la sket. Takdelah 'gelojoh macam monyet dapat pisang'...


Dalam dua kisah ni, aku relaks dan 'cool' giler sebab aku tak memulakan apa-apa dan membiarkan masa mematangkan rasa. Tindakan tunggu dan lihat amat berguna dan cukup membantu agar aku tidak tersilap gaya.


Alhamdulillah... Perancangan asal kehidupan masih 'on track'. Budget kena kontrol dengan betul andai masih berniat untuk meneruskan 'Projeck-11'. Walau nampak gayanya target untuk projek tu kini kembali kabur.


"Aish...," dalam asyik aku menulis, Lyana dan Iskandar dah lena dibuai mimpi. 9.10 malam. Tidurnya awal, 'Isyak'nya tak lagi... Erk..

Apapun yang berlaku, kembali kepada Pencipta. Pohonlah bantuanNya... Jom solat!

May 1, 2011

Umaira 010: Adat

Masa untuk menikmati ketenangan kampung. Nyaman dan menyegarkan. Tiap nafas yang ku sedut terasa lancar memenuhi dada. Fikiran ku lapang dan jiwa ku tenang... Tanpa apa kegusaran yang perlu aku fikirkan. Buang jauh!


"Syukur... Alhamdulillah..."


Apa yang aku nikmati hari ni tak tentunya akan datang dihari mendatang. Seeloknya untuk dihargai dan disyukuri.


Esok? Err... Biarlah esok datang bersama kesibukannya. Seperti dirancang, aku pecahkan kepada dua. Hari ini untuk aku berehat, esok untuk sedikit kesibukan. Kalau ikutkan bukanlah sibuk sangat. Masa yang ada terlalu cukup untuk semua perkara yang sudah disenarai pendekkan sejak semalam.


Hidup ini sebenarnya mudah. Cuma penerimaan akal dan penilaian hati menyukarkan rasa. Wallahu'alam. Bagi aku, segalanya telah tersusun elok sejak azali, bagi setiap perkara, setiap peristiwa... Err... Atas sebab yang sama jua perlu kita fikir dan amati akan kewajipan diri untuk menerima qada' dan qadar Ilahi. Wajib tu... Takde 'sunat'nya mahupun 'harus'. Allah Maha Adil dan menguji atas kemampuan hambaNya. Yang membezakan adalah 'iman'.


Erm... Aku mengulum senyum nipis. Entah kenapa, banyak pulak aku mengelamun. Banyak sangat 'flashback' yang positif tentang diri. Aku dapat rasakan perubahan positif yang amat terkesan. Ayat terbaru yang mula aku praktikkan,"Ikhlaslah kerana Allah."


Aku tidak lagi mengambil 'port' pandangan negatif yang menghancurkan jiwa. Hati kena kuat. Perlu kering dalam membuat sesuatu kebaikan. Hidup dalam masyarakat yang penuh dengan adat dan pantang-larang sedikit sebanyak membantu aku dalam mematangkan diri dalam membuat penilaian. Antara kebaikan atau kebatilan. Antara hukum Allah atau adat dunia yang menyeksa minda?


Pilihan ditangan kita. Bak kata seorang Ustaz, janganlah kita idam-impikan Syurga Firdausi-Nya sedangkan amal kita umpama ahli Neraka Jahanam... Nauzubillah...


Berdoalah agar kita ditetapkan iman dan sentiasa dipandukan dijalan Allah. Amin...