May 1, 2011

Umaira 010: Adat

Masa untuk menikmati ketenangan kampung. Nyaman dan menyegarkan. Tiap nafas yang ku sedut terasa lancar memenuhi dada. Fikiran ku lapang dan jiwa ku tenang... Tanpa apa kegusaran yang perlu aku fikirkan. Buang jauh!


"Syukur... Alhamdulillah..."


Apa yang aku nikmati hari ni tak tentunya akan datang dihari mendatang. Seeloknya untuk dihargai dan disyukuri.


Esok? Err... Biarlah esok datang bersama kesibukannya. Seperti dirancang, aku pecahkan kepada dua. Hari ini untuk aku berehat, esok untuk sedikit kesibukan. Kalau ikutkan bukanlah sibuk sangat. Masa yang ada terlalu cukup untuk semua perkara yang sudah disenarai pendekkan sejak semalam.


Hidup ini sebenarnya mudah. Cuma penerimaan akal dan penilaian hati menyukarkan rasa. Wallahu'alam. Bagi aku, segalanya telah tersusun elok sejak azali, bagi setiap perkara, setiap peristiwa... Err... Atas sebab yang sama jua perlu kita fikir dan amati akan kewajipan diri untuk menerima qada' dan qadar Ilahi. Wajib tu... Takde 'sunat'nya mahupun 'harus'. Allah Maha Adil dan menguji atas kemampuan hambaNya. Yang membezakan adalah 'iman'.


Erm... Aku mengulum senyum nipis. Entah kenapa, banyak pulak aku mengelamun. Banyak sangat 'flashback' yang positif tentang diri. Aku dapat rasakan perubahan positif yang amat terkesan. Ayat terbaru yang mula aku praktikkan,"Ikhlaslah kerana Allah."


Aku tidak lagi mengambil 'port' pandangan negatif yang menghancurkan jiwa. Hati kena kuat. Perlu kering dalam membuat sesuatu kebaikan. Hidup dalam masyarakat yang penuh dengan adat dan pantang-larang sedikit sebanyak membantu aku dalam mematangkan diri dalam membuat penilaian. Antara kebaikan atau kebatilan. Antara hukum Allah atau adat dunia yang menyeksa minda?


Pilihan ditangan kita. Bak kata seorang Ustaz, janganlah kita idam-impikan Syurga Firdausi-Nya sedangkan amal kita umpama ahli Neraka Jahanam... Nauzubillah...


Berdoalah agar kita ditetapkan iman dan sentiasa dipandukan dijalan Allah. Amin...

No comments:

Post a Comment