May 29, 2011

Umaira 014: Tidur

"Kita rasa tak sihat la Mak. Kepala sakit...," ujarku sambil mengurut kepala.


Jelas kegusaran terpancar diwajah Mak. Anak sulungnya tak putus dirundung masalah. Bila aku fikirkan balik, rasa serba-salah la pulak.


Aku melangkah perlahan ke bilik air. Air 'shower' aku buka habis. Aku biar lama membasahi tubuh. Kesakitan tu kan menghapuskan dosa-dosa kecil... Aku tersenyum sendiri.


Aku mengerling ke dinding. 7.45 malam. Papa baru balik dari Surau sedang aku baru selesai mengambil wuduk.


Selesai mengenakan pakaian, aku siapkan Lyana untuk bersolat. Aku pakaikan kain dan telekung. Mahu atau tidak, itu saja cara untuk aku mendidik dia. Hendak atau tidak, aku kena berusaha lebih agar dia dapat membiasakan diri bersolat.


"Iskandar, qamat cepat..."


Malam ni ada dua buah rumah kenduri kahwin. Satu, adik angkat Mak masa kerja kat Innopower dulu. Satu lagi, Eri anak Pakcik Wahab. Jiran lama yang kini menetap di Meru.


Separuh perjalanan, Iskandar mula tidur. Tak lama lepas tu aku terdengar dengkuran Lyana.

"Dah agak dah..."


Siang tadi aktif bermain, tak tidur langsung dan macam biasa kalau naik kereta dengan aircond akupun boleh terlelap.


"Mak ngan Papa pergi la. Kita jaga budak-budak..."

Dua buah rumah, aku kekal didalam kereta dengan Lyana dan Is. Dikejutkan, macam biasalah Lyana akan 'mengamuk'. Kena pujuk dan tidurkan dia balik. Iskandar senang diurus walau adakalanya nakal 'semedang'.


Ada hikmahnya aku masih bersendiri hingga kini. Sesungguhnya Lyana dan Iskandar perlukan kasih-sayang yang banyak. Masih inginkan belaian. Aku redha dengan ketentuan Ilahi. Apa yang jadi hari ini, adalah yang terbaik untuk kami.


Lyana tidur menyarap diriba, manakala Is tidur disisi sambil memeluk tangan kiri aku.


"Adeh...," kaki ku kekejangan...

No comments:

Post a Comment