Semalam yang hangat! Erk, macam tajuk lagu la pulak! Takde la hangat manapun cuma perjalanan ke arah kesepakatan dan keputusan tu agak menggerunkan hati.
Bila bercerita tentang teknik bercinta, permikiran kita sebenarnya telah dirosakkan teruk dengan pengaruh barat. Yang sebenarnya Islam telah membataskan pergaulan sesama lelaki dan perempuan yang bukan muhrim atas sebab musabab yang tak boleh kita pertikaikan. Bab hukum-hakam. Bab suruhan dan larangan yang datangnya dari Yang Maha Mengetahui lagi Luas KuasaNya.
Boleh aku simpulkan disini, buatlah apa yang Allah suka kita buat. Perit hati dan rasa tu sebenarnya nafsu yang perlu kita kawal dan bentuk. Bawa ia ke arah yang betul. Yang diredhai Allah.
Aku bersyukur sangat atas pertemuan dengan seseorang yang mampu mendorong aku untuk terus kekal diatas jalan kebaikan. Bagi aku ini anugerah yang perlu dijaga elok. Walau 'dia' bukan milikku, namun aku rasa perlu untuk aku berusaha dan berdoa agar anugerah dan kebaikan itu kekal disampingku dunia-akhirat.
Segala yang dihadirkan untuk diri, tak kira harta, pangkat, isteri, anak-anak, semuanya hanyalah pinjaman. DariNya ia datang, dan kepadaNya jualah ia kembali. Jadi, tak perlulah bersedih atas kesunyian sementara kerna InsyaAllah kan hadir kebahagiaan yang hakiki.
"Ayah, lapar...," Iskandar mencebik. Comelnya la...
Jauhnya menungan aku tadi...
"Pas solat kita makan ek," aku memujuk sambil mengusap kepalanya. Padahal sebelum Maghrib tadi baru je makan nasi dengan ayam masak kicap dikedai. Sepinggan kongsi 3 orang, takut membazir macam minggu lepas.
Tengokkan seleranya lain macam, aku pesan bungkus nasi ayam. Standby!
Selesai solat, aku suapkan makan. Lyana yang tadi mengadu kenyang, makin berselera pulak bila disuap.
"Moga besar nanti, jadi anak yang soleh dan solehah... InsyaAllah...," tersenyum lebar dibibir, berdoa indah dihati...
Pencarian yang sukar dalam mencari diri yang hilang. Hilangnya diri bersama semangat dan jiwa. Hilang entah ke mana... Meninggal jasad tanpa rasa... Dipanjatkan doa, agar yang hilang kan ketemu. Dipanjatkan doa, agar yang ketemu kan kekal. Dipanjatkan doa, agar yang kekal kan abadi. Amin Ya Rabbal Alamin...
Jun 28, 2011
Jun 17, 2011
Umaira 017: Parah?
Memang tak terjangkau dek benak fikiran aku. Perkara-perkara... Yakni bukan satu perkara, tapi banyak! Perkara-perkara yang selama ni membuatkan aku sakit kepala kini jadi penawar.
Baru aku faham. Dan baru aku rasai. Allah tidak mendatangkan ujian buat kita tanpa sebab. Bertali arus kepala dan otak aku diasak dengan pelbagai ujian hingga menyenakkan modula oblongata aku, rupanya Allah ingin hadirkan kebaikan untuk aku.
Atas asakan dan ujian dulu, aku mulai belajar banyak perkara. Dan pelajaran paling best, jangan gelojoh! Jangan jadi macam monyet dapat pisang. Habis dengan kulit-kulit pisang dibelasah. Akhirnya mati tercekik sbb kat kulit pisang tu ada melekat siput ****. Tak kunyah betul, tersengkang dalam tekak. Naya!
Itu dulu la...
Aku mula kenal erti tenang. Cuba bertenang. Rasai ketenangan. Cuba tenangkan orang. Dan air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Erk! Bab buaya tu takde kena mengena dalam cerita aku ni. Biawak? Cicak? Pun takde. Aish!
Bab ketenangan ni sebenarnya ianya adalah anugerah yang tak ternilai. Namun datangnya bukan begitu saja. Kena usaha. Tabah dan sabar. Senang cerita, kekuatan dan kerendahan hati. Sebab tu Islam mengajar untuk merendah diri, banyakkan bersabar, buang sifat yang tak elok seperti riak, ujub dan sebagainya. Lepas tu, dengan sendiri diri akan terasa kerdil dan mulai sedar akan betapa besarnya kekuasaan Allah. Kita juga akan rasa bersyukur sangat dengan apa yang kita miliki kini. Err... Mungkin itu yang aku buat dan aku rasai ;P Lain orang, lain situasi, pasti punya bezanya...
Pasti.
Aku melihat jam ditelefon.
"9.30 pagi dah..."
Hari masih panjang.
Aku teringatkan perbualan ditelefon malam tadi. Nak kata kitorang bergayut lama tak jugak. Dalam 1690 saat camtu kot? Hehe... Lebih kurang 28 minit je. Takde la lama sangat. Lagipun guna 'hot ticket', ada belen 40 minit lagi.
Esok dah nak 'expired' dah.
Dan seingat aku, itulah perbualan paling selesa dalam sejarah hidup aku. Maksud aku berbual dengan kaum hawa yang bukan muhrim.
Perbualan yang membuatkan aku mampu tidur sambil tersenyum sampai ke pagi.
Macam keterlaluan je statement ni? Err... Parah dah kot? Err...

Jun 8, 2011
Umaira 016: Meresap cepat ke hati
Seronok dengar suara Iskandar dicorong telefon tadi. Tutur dan nadanya lembut. Meresap cepat terus ke hati aku. SubhanAllah..
Kata Mak, Lyana tidur awal tadi. Terbayang-bayang dikotak fikiran aku kedua-dua anak aku yang comel dan manja tu. Yang sentiasa menagih kasih dan sayang aku tanpa jemu.
Kian pandai menjaga hati aku, memujuk aku...
Usia semuda mereka tentunya memerlukan kasih-sayang yang banyak. Dan tanggungjawab untukku mencurahkan sebanyak mungkin kasih dan sayang semampu aku.
Dan tak hairanlah jika hingga kini mereka masih kerap untuk cuba duduk diatas riba aku. Adakalanya meminta untuk didukung serta dipeluk seperti bayi...
Sayu je aku rasa...
Esok baru Khamis. Jumaat diorang dah pergi rumah Pak Uda. Kenduri Kamal. Maknanya Sabtu baru aku leh
jumpa diorang.
Teringatkan Sabtu, berat tanggungjawab yang menanti beb!
Urm, larat ker tangan aku ni?
Kalau diikutkan, tak perlulah difikirkan sangat. Layankan aje. Yang penting niat kena ikhlas. Tak larat nanti, relaks la jap.
Ye tak?
Memang keje basuh pinggan kat kenduri kahwin tu tak glamer, tapi
sekurang-kurangnya dapat gak aku melindung diri dari dosa meng'usha' awek yang datang kenduri tu nanti... Haha... Satu lagi ayat untuk memujuk diri...
Almaklum, dah takde siapa yang mampu memujuk saat kala gini.
Duduk terperap sorang-sorang ni tak eloknya bila terlalu boring, aku akan sakit kepala, datang migrain.
Tapi nasib baik aku ada beberapa buku yang boleh aku baca dan amati.
Bukanlah bukan ilmiah sangatpun. Sekadar cerita bergambar tentang
kehidupan - hiburan hati yang mampu mengurangkan sakit kepala serta 'menyenyumkan' hati aku yang makin hari makin layu dek kerana 'Sindrom Kekurangan Kasih-Sayang'... Hehe... Sekurang-kurangnya...
Aku melirik mata ke arah telefon yang telentang atas lantai.
"Uih, dah kul 11?" Tak sangka, cepat benar masa berlalu.
Ikut kebiasaan, time-time camni aku dah lama lena diulit mimpi. Err...
Mahu atau tidak...
"Bismikallah humma ahya wa a muth...," aish, kenapa tiba-tiba teringat teguran tu... Err...
"Hehe...," aku mengulum senyum nipis.
Tidurlah. Witirpun sudah. Pejamkan mata, pekakkan telinga. Bunyi hujan menitik ke lantai dan bumbung menambah enak suasana.
Layannnn...

Jun 5, 2011
Umaira 015: Kerinduan terlarang... Andai itu dia...
"Assalamualaikum... Pakcik sihat? Lama tak bertanya khabar... Yang terdahulu memberi salam lebih pahalanya, kan?"
Sms itu aku tatapi sekali lagi. Walau aku terimanya dua hari lepas, aku sekadar menjawab salam dan aku lengahkan hingga terlupa. Hingga kini aku masih kebingungan siapakah gerangan empunya nombor?
Sms telahpun aku balas namun tiada sms susulan. Tersilap hantar? Atau wujud kerinduan terlarang?
Erk! Macamana dia boleh menerjah kalbu? Macamana dia yang aku terfikirkan? Adeh... Tak mungkin aku juga mengalami kerinduan terlarang. Ah, Bukan dia!
Err... Cuba telefon?
Err... Andai bukan dia, ok... Tapi andai dia? Masalah beb! Laki dia... Aku kenal jenis lelaki tu. Kaki cemburu dan suka mengambil tindakan kurang rasional. Lain pula ceritanya nanti.
Yang sudah tu sudahlah... Jangan sekali aku menambah masalah. Aku selalu sebut kat dia dulu, "saya belajar 'Engineering', saya lebih cenderung untuk fikir 'the worst case scenario'..."
Bukan bersangka buruk, tapi langkah dan usaha yang logik serta realistik sebelum kita panjatkan doa dan bertawakal...
Biarlah memori tersimpan, tersemat rapi. Hadirnya dulu membawa perubahan positif setelah lama aku jatuh terkapai. Menarik aku bangun, mengajar aku berjalan kembali. Dan kini aku mampu berlari anak.
"Awak... Terima kasih yer..."

Subscribe to:
Comments (Atom)