Jun 8, 2011

Umaira 016: Meresap cepat ke hati

Seronok dengar suara Iskandar dicorong telefon tadi. Tutur dan nadanya lembut. Meresap cepat terus ke hati aku. SubhanAllah..


Kata Mak, Lyana tidur awal tadi. Terbayang-bayang dikotak fikiran aku kedua-dua anak aku yang comel dan manja tu. Yang sentiasa menagih kasih dan sayang aku tanpa jemu.
Kian pandai menjaga hati aku, memujuk aku...


Usia semuda mereka tentunya memerlukan kasih-sayang yang banyak. Dan tanggungjawab untukku mencurahkan sebanyak mungkin kasih dan sayang semampu aku.


Dan tak hairanlah jika hingga kini mereka masih kerap untuk cuba duduk diatas riba aku. Adakalanya meminta untuk didukung serta dipeluk seperti bayi...
Sayu je aku rasa...


Esok baru Khamis. Jumaat diorang dah pergi rumah Pak Uda. Kenduri Kamal. Maknanya Sabtu baru aku leh
jumpa diorang.


Teringatkan Sabtu, berat tanggungjawab yang menanti beb!


Urm, larat ker tangan aku ni?


Kalau diikutkan, tak perlulah difikirkan sangat. Layankan aje. Yang penting niat kena ikhlas. Tak larat nanti, relaks la jap.
Ye tak?


Memang keje basuh pinggan kat kenduri kahwin tu tak glamer, tapi
sekurang-kurangnya dapat gak aku melindung diri dari dosa meng'usha' awek yang datang kenduri tu nanti... Haha... Satu lagi ayat untuk memujuk diri...
Almaklum, dah takde siapa yang mampu memujuk saat kala gini.


Duduk terperap sorang-sorang ni tak eloknya bila terlalu boring, aku akan sakit kepala, datang migrain.
Tapi nasib baik aku ada beberapa buku yang boleh aku baca dan amati.


Bukanlah bukan ilmiah sangatpun. Sekadar cerita bergambar tentang
kehidupan - hiburan hati yang mampu mengurangkan sakit kepala serta 'menyenyumkan' hati aku yang makin hari makin layu dek kerana 'Sindrom Kekurangan Kasih-Sayang'... Hehe... Sekurang-kurangnya...


Aku melirik mata ke arah telefon yang telentang atas lantai.


"Uih, dah kul 11?" Tak sangka, cepat benar masa berlalu.


Ikut kebiasaan, time-time camni aku dah lama lena diulit mimpi. Err...


Mahu atau tidak...

"Bismikallah humma ahya wa a muth...," aish, kenapa tiba-tiba teringat teguran tu... Err...


"Hehe...," aku mengulum senyum nipis.


Tidurlah. Witirpun sudah. Pejamkan mata, pekakkan telinga. Bunyi hujan menitik ke lantai dan bumbung menambah enak suasana.


Layannnn...

No comments:

Post a Comment