Memang tak terjangkau dek benak fikiran aku. Perkara-perkara... Yakni bukan satu perkara, tapi banyak! Perkara-perkara yang selama ni membuatkan aku sakit kepala kini jadi penawar.
Baru aku faham. Dan baru aku rasai. Allah tidak mendatangkan ujian buat kita tanpa sebab. Bertali arus kepala dan otak aku diasak dengan pelbagai ujian hingga menyenakkan modula oblongata aku, rupanya Allah ingin hadirkan kebaikan untuk aku.
Atas asakan dan ujian dulu, aku mulai belajar banyak perkara. Dan pelajaran paling best, jangan gelojoh! Jangan jadi macam monyet dapat pisang. Habis dengan kulit-kulit pisang dibelasah. Akhirnya mati tercekik sbb kat kulit pisang tu ada melekat siput ****. Tak kunyah betul, tersengkang dalam tekak. Naya!
Itu dulu la...
Aku mula kenal erti tenang. Cuba bertenang. Rasai ketenangan. Cuba tenangkan orang. Dan air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Erk! Bab buaya tu takde kena mengena dalam cerita aku ni. Biawak? Cicak? Pun takde. Aish!
Bab ketenangan ni sebenarnya ianya adalah anugerah yang tak ternilai. Namun datangnya bukan begitu saja. Kena usaha. Tabah dan sabar. Senang cerita, kekuatan dan kerendahan hati. Sebab tu Islam mengajar untuk merendah diri, banyakkan bersabar, buang sifat yang tak elok seperti riak, ujub dan sebagainya. Lepas tu, dengan sendiri diri akan terasa kerdil dan mulai sedar akan betapa besarnya kekuasaan Allah. Kita juga akan rasa bersyukur sangat dengan apa yang kita miliki kini. Err... Mungkin itu yang aku buat dan aku rasai ;P Lain orang, lain situasi, pasti punya bezanya...
Pasti.
Aku melihat jam ditelefon.
"9.30 pagi dah..."
Hari masih panjang.
Aku teringatkan perbualan ditelefon malam tadi. Nak kata kitorang bergayut lama tak jugak. Dalam 1690 saat camtu kot? Hehe... Lebih kurang 28 minit je. Takde la lama sangat. Lagipun guna 'hot ticket', ada belen 40 minit lagi.
Esok dah nak 'expired' dah.
Dan seingat aku, itulah perbualan paling selesa dalam sejarah hidup aku. Maksud aku berbual dengan kaum hawa yang bukan muhrim.
Perbualan yang membuatkan aku mampu tidur sambil tersenyum sampai ke pagi.
Macam keterlaluan je statement ni? Err... Parah dah kot? Err...
No comments:
Post a Comment