Yang menenangkan hati atau menenangkan mata?
"Erk...," susahnya aku nak jawab. Kalau boleh nak kedua-duanya. Tapi kalau tamak macam tu, sampai ke tua la aku 'memyinglekan' diri.
Setiap orang punya pendapat dan keinginan masing-masing. Bagi aku, memang aku rasa seakan 'tamak' sebab inginkan kedua-duanya. Tapi tak salah, kan? Dan aku punya pendapat dan keinginan aku tersendiri. Logiknya, aku masih normal dan aku tak 'terdesak'. Hehe...
Aku perlu lebih berhati-hati agar 'pisang tidak berbuah dua kali'. Pengalaman lalu cukup mengajar aku erti bersabar, teliti dan buat keputusan yang betul. Kurangnya rasa sabar dan kurang ketelitian menyebabkan aku jadi macam ni. Keputusan aku dikaburi dengan kecantikan duniawi.
Tapi sikitpun aku tak rasa menyesal. Sebab, bagi aku segala yang telah berlaku, segala yang sedang berlaku dan segala yang akan berlaku adalah sesuatu yang terbaik untuk diri kita dari Allah. Ianya kurniaan. Dan tak boleh kita nafikan. Bukankah kewajipan bagi kita untuk beriman kepada qada' dan qadar?
Pertemuan lalu, percintaan lalu yang disusuli dengan perkahwinan atas dasar cinta suci, kami dikurniakan sepasang insan comel yang bijak, yang senantiasa aku doakan agar besar mereka nanti menjadi insan yang soleh dan solehah. InsyaAllah...
Berbalik kepada persoalan tadi, yang menenangkan mata atau menenangkan hati?
"Err..."
Aku tak sebut tentang 'kecantikan', tapi aku sebut tentang ketenangan.
Sebenarnya itu bukannya masalah pokok. Masalah terbesar aku adalah sifat semulajadi aku dari kecik sampai 'besor' yang mana aku sentiasa cuba memenangi hati semua orang. Terlalu ambil 'port' apa pendapat, komen serta pandangan orang... Aish... Payau beb!
"Adeh..."
Pencarian yang sukar dalam mencari diri yang hilang. Hilangnya diri bersama semangat dan jiwa. Hilang entah ke mana... Meninggal jasad tanpa rasa... Dipanjatkan doa, agar yang hilang kan ketemu. Dipanjatkan doa, agar yang ketemu kan kekal. Dipanjatkan doa, agar yang kekal kan abadi. Amin Ya Rabbal Alamin...
Apr 22, 2011
Apr 12, 2011
Umaira 008: Kuey Tiaw Merah
Dua hari aku menahan sakit. Sakit yang mampu menggeletarkan seluruh badan bila aku menggerakkan bahu.
Kenapa? Aku tak pasti dari segi istilah saintifiknya. Cuma yang aku agak pasti ada masalah dengan urat dan pengaliran darah selepas semalaman aku tidur diatas lantai. Wallahu'alam.
Bahu aku ni pun memang tak berapa nak normal sangatpun lepas aku eksiden 2 tahun lepas. Ujian bagi aku. Bukan ker kesakitan yang kita alami tu menghapuskan dosa-dosa kecil?
Seronok aku tengok Lyana makan. Dah dua hari berturut dia 'order' Kuey Tiaw Merah'. Kuey tiaw goreng yang tak letak kicap. Menu yang dia sendiri reka.
Berbanding Iskandar, anak dara aku yang sorang ni kuat membebel. Semalam, masuk je rumah dia dah komplen rumah bersepah. Jihan hanya mampu tersenyum nipis melihat gelagat Lyana.
Memang perangai Lyana ni pelik sikit. Kuat merempan. Kuat merajuk. Suka marah-marah. Senang cerita boleh sakit kepala aku dibuatnya.
Tapi Alhamdulillah, aku mampu menahan kemarahan dan cuba memotivasi dengan cara lembut.
Lapar pulak aku rasa... Err...
Minggu ni aku kurang berimaginasi dan tidak berfantasi. Mahu atau tidak, aku kena berpijak dibumi nyata. Berhadapan realiti.
Bukan mudah untuk aku mencari seorang teman hidup yang mampu diterima Lyana dan Iskandar. Yang mampu mengubati luka yang dialami Mak dan Papa. Jelas semua orang amat berhati-hati agar pisang tidak berbuah dua kali.
Tak lekang doa disetiap solatku, "Robbana hablana min azwajina wa zurriya tina qurratan akyun wa ja alna lil muttaqi na imama"...
InsyaAllah, baik yang kita minta, baik yang Dia akan beri.
Tak didunia, InsyaAllah diakhirat kelak...
Yang penting, lakukan yang terbaik dalam kehidupan ini kerana penghujung kita adalah sama, Syurga atau Neraka...

Apr 10, 2011
Umaira 007: Takut...
Entah bila lagi aku berpeluang balik kampung. Bukan jauhpun Kuala Selangor tu dengan Klang mahupun Bukit Beruntung. Tapi kesibukan dengan kehidupan harian ditambah pula ketunggang-langgangan hidup aku yang masih belum mampu untuk aku atasi membuatkan aku kian jarang menjenguk Atok.
Aku nampak Atok makin susut badannya. Tapi cara Atok dari dulu, bila depan orang Atok akan sembunyikan sakit mahupun masalah. Dia akan kelihatan segar dan sihat.
Atok masih gagah melakukan kerja-kerja rumah. Aku yang masih muda ni... Err... Aku yang tak berapa nak muda ni pun kekadang bila buat kerja lebih sikit dah mula 'flat'. Berlainan benar antara semangat dan kekuatan orang dulu nak dibandingkan dengan orang sekarang.
Macam diri aku sendiri. Kerja dalam 'air-cond'. Badan jarang sangat berpeluh. Kerja duduk mengadap komputer. Badan makin manja dan makin lesu. Bersukan? Sebulan sekalipun payah. Macamana la aku dah tua nanti? Nauzubillah...
Sambil mengelamun, mata aku tertumpu pada dinding rumah Atok. Dah bercat! Maksud aku dinding kayu rumah asal yang sebelum ni dicat minyak kini ada 'double tone'. Maksud aku dua kaler.
Rumah Atok dah makin cantik. Macam nak masuk pertandingan. Dengar cerita, ada tetamu dari 'oversea' nak datang rumah. Kalau tak silap aku pelancong dari Korea. Nak melihat rumah-rumah kampung. 'At least' orang Korea tu tahu la yang orang kampung kat Malaysia ni tak duduk atas pokok macam yang disebut si celupar Jeremy Clarkson dalam Top Gear.
Aku sempat gak join Mak berborak dengan Atok dan Mak Long. Macam-macam isu timbul. Tapi apa yang aku dapat simpulkan tentang masyarat Melayu lama adalah kita sebenarnya terlalu banyak dididik dengan perasaan takut. Takut atas setiap perkara yang sebenarnya belum tentu punya asas mahupun hujah yang kukuh.
Contoh, mereka bercerita tentang seorang makcik yang sebelumnya rajin bersenam, berjalan untuk mengeluarkan peluh atas nasihat doktor bagi tujuan kesihatan. Nak dijadikan cerita, suatu hari dia disamun ketika sedang bersenam. Rantai emasnya diambil. Dek kerana kejadian tu, dia tidak lagi keluar bersenam. Sekadar bersenam ringan didalam rumah. Akibatnya, ujian kesihatan menunjukkan kemerosotan.
Disebabkan fobia, mungkin takut, masalah lain pula muncul. Sedangkan kesihatan diri adalah kurniaan Ilahi yang wajib kita jaga. Dan musibah itu adalah ujian dari Allah dan boleh berlaku bila-bila masa, dimana saja dan hadirnya dalam berbagai bentuk.
Aku teringat kisah para sahabat. Umar Al-Khattab tetap keluar rumah untuk menjalankan tugas agama sedangkan telah diingatkan yang ada orang ingin membunuhnya. Dan akhirnya beliau terbunuh. Andai kita, nyawa atau tanggungjawab kepada Allah yang kita pilih? Dan sejarah membuktikan kebanyakan para sahabat syahid dibunuh. Tiada apa yang perlu ditakutkan selain memperolehi redha Allah.
Bila kita aplikasikan ke dalam kehidupan seharian kita, ketakutan sepatutnya wujud apabila kita fikirkan tentang amalan yang bakal kita bawa untuk menghadap Allah SWT. Bukannya takut terhadap manusia, takut untuk mati, mahupun takut kepada makhlus halus yang tergolong dari syaitan dan jin yang kita gelar sebagai hantu.
Mentaliti dan realiti yang perlu kita ubah demi membina masyarakat Islam yang kuat dan mantap pegangannya.
Jauh lamunan aku. Dan sehingga kini, aku masih tak pasti apa yang Mak takuti tentang 'orang baru' (andai ada). Kebanyakan cerita yang aku bawa tentang orang yang kenali atau berkenan setakat ni dipandang dingin. Senang cerita kena pangkah.
Logiklah, takut sejarah berulang. Tapi... Bulan 11 ni nak kahwin dah. Katering, khemah semua dah tempah. Tapi mana calonnya?
Hehe... Gurau jer!
Bukan ker berniat untuk melakukan kebaikan tu diberikan ganjaran pahala? Dapat pahala niat pun jadi la... Hmm...

Apr 9, 2011
Umaira 006: Perasan!
"Mana Ayah?" Iskandar seakan terpinga menuding ke arah kereta aku yang berada ditempat parkir. Err... Suara tu?
Rindu la tu... Hehe...
Hari masih gelap. Jam menunjukkan 6.50 pagi.
Aku masih kurang faham. Sebelum ini aku fikirkan dia ingin menjauhi aku. Aku fikir secara realistik selepas perbualan tempoh hari.
"Takpe... Kalau ada peluang, petang ni aku tanya 'direct'," hehe... Macam boleh jer...
Macam biasa, dalam pukul 7.05 aku dah sampai kilang. Terus bergegas ke ofis.
"Huh...," Aku lupa nak matikan komputer petang semalam sambil sedikit mencebik.
Peristiwa pagi tagi masih terngiang di telinga. Dan akupun masih tak pasti tentang apa yang perlu aku lakukan.
Dah masuk hari ketiga aku tak jumpa dia. Dan dah tiga hari berturut aku berhenti agak lama didepan taska. Entah macamana Iskandar inginkan nasi lemak ayam. Secara spontan dia minta aku suap bila sampai ke taska.
Tak sampai hati aku nak menolak. Aku suap separuh, separuh lagi Iskandar akan sambung makan kemudian.
"Bila Iskandar nak sambung makan?" Aku risaukan nasi terbuang. Takut membazir.
"Nanti... Bila dah masuk sekolah," balasnya sambil tersenyum.
Walau tak jelas, tapi ada jawapan. Oklah tu.
Hari yang panjang. Hmm... Lambatnya nak balik...
Tepat jam 5.45, aku bergegas balik. Lambat 'sure' sangkut. Almaklum, hari Jumaat 'Production' tak OT.
Sampai di Taska, aku sambut Iskandar. Sejuk aku tengok wajah bersih anak kecilku. Tersenyum girang. Seharian keletihan bekerja hilang rasanya.
Aku jengah ke dalam. Dia dimuka pintu. Memandang sambil tersenyum. Err...
Lama aku terpaku. Dia terus tersenyum memandang aku. Aku mengangguk lantas berlalu.
Aku tahu, kalau boleh dia nak melambai... Hehe...
Perasan!

Apr 7, 2011
Umaira 005: Aku nak...
Aish... Sakit pulak kepala aku petang ni bila bermandikan hujan yang turun lebat secara tiba-tiba kat Perodua tadi.
Nak tak nak, balik ni kena terus mandi.
Tapi macam biasa, walau macam mana keadaan cuaca, hujan-ribut-petir, 'soru' tak boleh 'miss'.
Err... "Dia takde la hari ni...," bisik hati kecilku sambil tersenyum melihat telatah Iskandar yang asyik menikmati 'hot dog'.
Antara realiti dan fantasi... Tak salah untuk berfantasi, tapi janganlah sampai lupa akan realiti. Dan janganlah pulak terlalu sangat realistik dengan realiti sebab kita tak tahu ada fantasi indah yang sebenarnya terselit dicelah realiti yang mana tidak kita tahu dan tidak kita nampak. Hehe... Agaknya laa...
Bukan saja-saja aku nak mengarut, cuma setahun dua kebelakangan ni aku terlalu realistik. Mengejar realiti dan terlalu realistik yang akhirnya membuat aku jadi takut untuk berhadapan dengan orang dan takut untuk merencana 'masa depan'. 'Masa depan'... Diulang, 'masa depan'... Haa... Ditulis dengan bertanda dihadapan dan belakangnya...
Allah Maha Kaya. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Setiap sesuatu, wujud dan terjadinya adalah bersebab. Sebab dan tujuan yang jelas bila kita mampu memuhasabah diri serta memperhalusi setiap inci kejadian.
Hmm... Aku rasa aku nak... Err... Hehe...
Aku rasa... Err...
Aku nak ke tandas... Aish...
"Iskandar, jom balik."

Apr 6, 2011
Umaira 004: Redup
Petang ni redup sepertimana redupnya hati aku sejak pagi tadi.
Adeh! Entah... Sejak aku terima 'feedback' yang kurang memberangsangkan dari Mak tentang hadirnya 'pandangan indah' dalam hidup aku, mood aku untuk 'mencari' makin merudum.
Aku faham tentang kerisauan Mak. Aku juga tahu yang Mak tak sanggup lagi melihat aku kecewa, menderita. Dipendekkan cerita, Mak takut aku tersalah pilih. Cuma adakalanya kerisauan serta rasa sayang yang terlalu tebal boleh menjadikan kita takut kepada bayang-bayang sendiri. Ketakutan atas alasan yang kita sendiri reka.
Dan aku pulak jenis yang sekarang ni makin malas nak berdebat, malas nak panjangkan cerita.
Sesungguhnya memang aku masih lagi tak pasti tentang harapan dan keinginan aku untuk 'mencari' teman hidup.
Tapi entah kenapa, wujud 'kehadiran' yang tiba-tiba mampu membuka pintu hati aku yang sekian lama tertutup rapat. Walau bukaan tu hanya baru 1 sentimeter... Hehe... Macam orang nak bersalin la pulak...
Hmmm... Ada perbezaan pendapat. Dan masing-masing punya hujah tersendiri. Err... Tunggu je la orang 'masuk meminang'. Malas aku nak fikir. Kuang kuang kuang...

Umaira 003: Mee Hailam
Bengong pulak aku rasa. Macam dalam cerita Hang Tuah lakonan P. Ramlee masa mula-mula jatuh hati dengan Tun Teja. Berbalas pandang, kemudian tersenyum sipu. Bersimpul urat tekak aku. Konfiuspun ada. Tapi entah macamana, boleh la pulak aku balas senyuman tu... Spontan!
Umur dah camni, makin mati kutu aku dibuatnya. Tak pernah-pernah beb! Aku bukan nak menidakkan senyuman indah yang hadir tu, cuma... Err... Indah! Hah... Memang itulah perkataan yang paling sesuai.
Hmmm... Apa langkah seterusnya? Lambat, melepas...
Sebab bukan sekali dua dia bagi 'jalan'... Err...
'Jalan'...??? Betul ker 'jalan'? Atau sekadar cermin gambar yang aku boleh lihat, tapi tak
boleh disentuh gambarnya? Erk... Ligat kepala aku bermain soalan.
"Macamanapun jalan cerita - kisah - hikayat, ko dah bersedia ker beb?" Pandai pulak hati kecil aku ni bagi soalan bukan-bukan. Adeh!
Itu cerita dua minggu lepas.
Iskandar baru baik demam. Alhamdulillah. Lega sangat. Tapi permintaan dia petang ni agak pelik.
"Ayah... Nak nasi lemak ayam...," rayu Is.
Err... Mana la pulak aku nak cari nasi lemak petang-petang ni?
Anjung! Hihi... Entah macamana terpacul la pulak kat kepala aku. Walaupun takde nasi lemak ayam, aku pasti ada makanan lain yang masuk dengan tekak dia.
"Nasi Goreng Bangkok, soya suam, air panas...," aku senyum. Ok agaknya. Ada telur mata, ada ayam goreng kunyit. Nasi yang telah digoreng tentunya terasa lemak sebab proses menggoreng tu sendiri memerlukan minyak sebagai agen utama pemasakan. Dan minyak tu sendiri ada lemak dan kolesterol yang boleh menggembirakan hati orang yang makan. Hahaha... "Harap-harap..."
"Aiyak!!!" Dia datang... Dia senyum!!!
Kini dia depan mata aku. Sambil aku menyuap Is, mata aku adakalanya meliar mencari matanya yang indah bersinar tu. Pergkhh ayat!
Memang aku musykil. Kerap dia menoleh dan bila tepat mata bertemu, dia mengukir senyum. Giler la kalau aku tak balas senyuman manis tu.
Tersekat-sekat nasi goreng ni kat tekak aku. Kadang-kala terasa macam Mee Hailam pulak nasi goreng nih. Err...
Aku balas senyuman. Tapi senyum aku agak plastik la jugak sebab dipaksa-paksa. Dalam erti kata lain, aku segan. Awww!!!

Apr 4, 2011
Umaira 002: Demam Campak... Demam Panas
Hadir rasa segar dijiwa. Nyaman udara pagi ni. Cuacapun redup. Awal subuh tadi hujan setelah beberapa hari terik mentari mengiring langit.
"Alhamdulillah...," perlahan sambil senyum nipis terukir dibibir.
Cepat betul masa berlalu. Cuti 5 hari begitu pantas rasanya.
'Action Packed'! Itu je konklusi yang mampu aku ungkapkan. Bertarung dengan perasaan dan rasa dalam menghadapi ujian Allah.
Alhamdulillah pagi ni Iskandar dan Lyana menunjukkan perkembangan positif.
Syukur ada Mak dan Papa yang banyak membantu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Percaturan dan pembentukan yang kemas dalam hidup aku dulu untuk hidup aku kini.

Subscribe to:
Comments (Atom)