Apr 10, 2011

Umaira 007: Takut...

Entah bila lagi aku berpeluang balik kampung. Bukan jauhpun Kuala Selangor tu dengan Klang mahupun Bukit Beruntung. Tapi kesibukan dengan kehidupan harian ditambah pula ketunggang-langgangan hidup aku yang masih belum mampu untuk aku atasi membuatkan aku kian jarang menjenguk Atok.

Aku nampak Atok makin susut badannya. Tapi cara Atok dari dulu, bila depan orang Atok akan sembunyikan sakit mahupun masalah. Dia akan kelihatan segar dan sihat.

Atok masih gagah melakukan kerja-kerja rumah. Aku yang masih muda ni... Err... Aku yang tak berapa nak muda ni pun kekadang bila buat kerja lebih sikit dah mula 'flat'. Berlainan benar antara semangat dan kekuatan orang dulu nak dibandingkan dengan orang sekarang.

Macam diri aku sendiri. Kerja dalam 'air-cond'. Badan jarang sangat berpeluh. Kerja duduk mengadap komputer. Badan makin manja dan makin lesu. Bersukan? Sebulan sekalipun payah. Macamana la aku dah tua nanti? Nauzubillah...

Sambil mengelamun, mata aku tertumpu pada dinding rumah Atok. Dah bercat! Maksud aku dinding kayu rumah asal yang sebelum ni dicat minyak kini ada 'double tone'. Maksud aku dua kaler.

Rumah Atok dah makin cantik. Macam nak masuk pertandingan. Dengar cerita, ada tetamu dari 'oversea' nak datang rumah. Kalau tak silap aku pelancong dari Korea. Nak melihat rumah-rumah kampung. 'At least' orang Korea tu tahu la yang orang kampung kat Malaysia ni tak duduk atas pokok macam yang disebut si celupar Jeremy Clarkson dalam Top Gear.

Aku sempat gak join Mak berborak dengan Atok dan Mak Long. Macam-macam isu timbul. Tapi apa yang aku dapat simpulkan tentang masyarat Melayu lama adalah kita sebenarnya terlalu banyak dididik dengan perasaan takut. Takut atas setiap perkara yang sebenarnya belum tentu punya asas mahupun hujah yang kukuh.

Contoh, mereka bercerita tentang seorang makcik yang sebelumnya rajin bersenam, berjalan untuk mengeluarkan peluh atas nasihat doktor bagi tujuan kesihatan. Nak dijadikan cerita, suatu hari dia disamun ketika sedang bersenam. Rantai emasnya diambil. Dek kerana kejadian tu, dia tidak lagi keluar bersenam. Sekadar bersenam ringan didalam rumah. Akibatnya, ujian kesihatan menunjukkan kemerosotan.

Disebabkan fobia, mungkin takut, masalah lain pula muncul. Sedangkan kesihatan diri adalah kurniaan Ilahi yang wajib kita jaga. Dan musibah itu adalah ujian dari Allah dan boleh berlaku bila-bila masa, dimana saja dan hadirnya dalam berbagai bentuk.

Aku teringat kisah para sahabat. Umar Al-Khattab tetap keluar rumah untuk menjalankan tugas agama sedangkan telah diingatkan yang ada orang ingin membunuhnya. Dan akhirnya beliau terbunuh. Andai kita, nyawa atau tanggungjawab kepada Allah yang kita pilih? Dan sejarah membuktikan kebanyakan para sahabat syahid dibunuh. Tiada apa yang perlu ditakutkan selain memperolehi redha Allah.

Bila kita aplikasikan ke dalam kehidupan seharian kita, ketakutan sepatutnya wujud apabila kita fikirkan tentang amalan yang bakal kita bawa untuk menghadap Allah SWT. Bukannya takut terhadap manusia, takut untuk mati, mahupun takut kepada makhlus halus yang tergolong dari syaitan dan jin yang kita gelar sebagai hantu.

Mentaliti dan realiti yang perlu kita ubah demi membina masyarakat Islam yang kuat dan mantap pegangannya.

Jauh lamunan aku. Dan sehingga kini, aku masih tak pasti apa yang Mak takuti tentang 'orang baru' (andai ada). Kebanyakan cerita yang aku bawa tentang orang yang kenali atau berkenan setakat ni dipandang dingin. Senang cerita kena pangkah.

Logiklah, takut sejarah berulang. Tapi... Bulan 11 ni nak kahwin dah. Katering, khemah semua dah tempah. Tapi mana calonnya?

Hehe... Gurau jer!

Bukan ker berniat untuk melakukan kebaikan tu diberikan ganjaran pahala? Dapat pahala niat pun jadi la... Hmm...

No comments:

Post a Comment