Dua hari aku menahan sakit. Sakit yang mampu menggeletarkan seluruh badan bila aku menggerakkan bahu.
Kenapa? Aku tak pasti dari segi istilah saintifiknya. Cuma yang aku agak pasti ada masalah dengan urat dan pengaliran darah selepas semalaman aku tidur diatas lantai. Wallahu'alam.
Bahu aku ni pun memang tak berapa nak normal sangatpun lepas aku eksiden 2 tahun lepas. Ujian bagi aku. Bukan ker kesakitan yang kita alami tu menghapuskan dosa-dosa kecil?
Seronok aku tengok Lyana makan. Dah dua hari berturut dia 'order' Kuey Tiaw Merah'. Kuey tiaw goreng yang tak letak kicap. Menu yang dia sendiri reka.
Berbanding Iskandar, anak dara aku yang sorang ni kuat membebel. Semalam, masuk je rumah dia dah komplen rumah bersepah. Jihan hanya mampu tersenyum nipis melihat gelagat Lyana.
Memang perangai Lyana ni pelik sikit. Kuat merempan. Kuat merajuk. Suka marah-marah. Senang cerita boleh sakit kepala aku dibuatnya.
Tapi Alhamdulillah, aku mampu menahan kemarahan dan cuba memotivasi dengan cara lembut.
Lapar pulak aku rasa... Err...
Minggu ni aku kurang berimaginasi dan tidak berfantasi. Mahu atau tidak, aku kena berpijak dibumi nyata. Berhadapan realiti.
Bukan mudah untuk aku mencari seorang teman hidup yang mampu diterima Lyana dan Iskandar. Yang mampu mengubati luka yang dialami Mak dan Papa. Jelas semua orang amat berhati-hati agar pisang tidak berbuah dua kali.
Tak lekang doa disetiap solatku, "Robbana hablana min azwajina wa zurriya tina qurratan akyun wa ja alna lil muttaqi na imama"...
InsyaAllah, baik yang kita minta, baik yang Dia akan beri.
Tak didunia, InsyaAllah diakhirat kelak...
Yang penting, lakukan yang terbaik dalam kehidupan ini kerana penghujung kita adalah sama, Syurga atau Neraka...
No comments:
Post a Comment