"Mana Ayah?" Iskandar seakan terpinga menuding ke arah kereta aku yang berada ditempat parkir. Err... Suara tu?
Rindu la tu... Hehe...
Hari masih gelap. Jam menunjukkan 6.50 pagi.
Aku masih kurang faham. Sebelum ini aku fikirkan dia ingin menjauhi aku. Aku fikir secara realistik selepas perbualan tempoh hari.
"Takpe... Kalau ada peluang, petang ni aku tanya 'direct'," hehe... Macam boleh jer...
Macam biasa, dalam pukul 7.05 aku dah sampai kilang. Terus bergegas ke ofis.
"Huh...," Aku lupa nak matikan komputer petang semalam sambil sedikit mencebik.
Peristiwa pagi tagi masih terngiang di telinga. Dan akupun masih tak pasti tentang apa yang perlu aku lakukan.
Dah masuk hari ketiga aku tak jumpa dia. Dan dah tiga hari berturut aku berhenti agak lama didepan taska. Entah macamana Iskandar inginkan nasi lemak ayam. Secara spontan dia minta aku suap bila sampai ke taska.
Tak sampai hati aku nak menolak. Aku suap separuh, separuh lagi Iskandar akan sambung makan kemudian.
"Bila Iskandar nak sambung makan?" Aku risaukan nasi terbuang. Takut membazir.
"Nanti... Bila dah masuk sekolah," balasnya sambil tersenyum.
Walau tak jelas, tapi ada jawapan. Oklah tu.
Hari yang panjang. Hmm... Lambatnya nak balik...
Tepat jam 5.45, aku bergegas balik. Lambat 'sure' sangkut. Almaklum, hari Jumaat 'Production' tak OT.
Sampai di Taska, aku sambut Iskandar. Sejuk aku tengok wajah bersih anak kecilku. Tersenyum girang. Seharian keletihan bekerja hilang rasanya.
Aku jengah ke dalam. Dia dimuka pintu. Memandang sambil tersenyum. Err...
Lama aku terpaku. Dia terus tersenyum memandang aku. Aku mengangguk lantas berlalu.
Aku tahu, kalau boleh dia nak melambai... Hehe...
Perasan!
No comments:
Post a Comment