Kesakitan membuatkan aku hilang rasa untuk mencorak masa depan. Adakah aku tak redha dengan Qada' dan Qadar atau aku takut akan ketidakpastian?
Banyaknyer soalan... Isk...
Adei... Segalanya tentang duit... Segalanya tentang kebendaan. Jelas aku cuba untuk tidak memikirkannya, tapi ia tetap muncul menyesakkan benak hingga aku murung dilanda kesakitan yang amat. Migrain!
"Astaghfirullah hal 'azim...," ku ulang berkali-kali moga mampu menenangkan diri.
Dek migrain yang berpunca dari duit, aku hilang keluarga. Aku dibenci oleh orang yang aku paling sayang. Takkan aku ingin segalanya yang dulu memusnahkan segalanya kembali berulang?
Lama aku menungkan cerita. Terbayang, terpapar umpama ada 'projector' kat depan mata mengulang tayang. Segala kesilapan dan kesedihan lalu silih berganti melintas didepan mata.
Aku perlu menenangkan hati, menguatkan diri. Aku tak mampu mengharapkan 'seseorang' untuk menenangkan hati. Dan aku taknak 'mereka' terjebak dengan masalah aku. Elok atau tidak untuk aku kongsikan, mungkin aku belum benar jumpa 'seseorang' yang mampu memberi ketenangan hakiki. Kata hikmah serta usaha yang mampu menarik aku dari terus jatuh terduduk. Tapi sebaiknya, aku letak segala bebanan dibahu aku sendiri. Bukan sifat aku untuk 'menyusahkan' orang. Atau benar, 'orang' itu bukan lagi 'seseorang' untuk aku? Adeh! Tambah la lagi satu persoalan yang hanya lubuk hati kecil ini yang mampu beri jawapan.
Aku perlu bergerak. Aku perlu bertindak. Mungkin dengan sedikit perancangan dan percaturan jitu, aku mampu untuk menangani masalah ni sambil tersenyum. Mungkin... Tak mustahil.
Tapi bab 'kahwin'... Err... Makin menjauh keinginan tu. Akhir zaman. Perkahwinan menjadi perkara yang makin susah. Terutama lelaki yang berkomitmen macam aku ni.
Dahlah bab mencari calon satu hal. Belanja kahwin pulak kurang-kurang 20 ribu. Entahlah, apa nak jadi?
Hmm... Puasa je la sepanjang tahun. Moga terhindar dari keburukan dan terhindar dari kemaksiatan...
Erm... (tersenyum sambil mengurut dagu)... Kan best kalau ada orang meminang? Haha...
Mana 'screw driver' nih? Macam ada skru yang dah longgar... ;P
Pencarian yang sukar dalam mencari diri yang hilang. Hilangnya diri bersama semangat dan jiwa. Hilang entah ke mana... Meninggal jasad tanpa rasa... Dipanjatkan doa, agar yang hilang kan ketemu. Dipanjatkan doa, agar yang ketemu kan kekal. Dipanjatkan doa, agar yang kekal kan abadi. Amin Ya Rabbal Alamin...
Jul 25, 2011
Jul 18, 2011
Umaira 022: Adeh...
[Semalam]
Astaghfirullah hal 'azim...
Sudah namanya budak, kanak-kanak, pastinya akal mereka cetek. Masih belum mampu membuat penilaian konkrit antara betul dan salah. Cuma terkadang mulut aku ni yang tak larat memberi nasihat hingga berbuih. Sampai satu tahap, terpaksa jugak untuk aku menghukum.
Iskandar tidur sambil menangis. Dan aku tak pujuk. Bagi aku, kesalahan dia serius. Bagi aku kesalahan terbahagi dua. Kesalahan biasa dan kesalahan yang melibatkan dosa. Moga dia faham hendaknya erti dosa.
Walau termenung aku seketika bila teringatkan umurnya yang belumpun mencecah 6 tahun. Perlukah untuk aku garang dan marah-marah dengan anak-anak sekecil ini? Aku tak mampu beri jawapan. Sesungguhnya keadaan dan matlamat kehidupan itu sendiri memaksa aku untuk bertindak sedemikian.
Dua tiga hari ni diorang nampak seronok sangat. Asyik gelak tak berhenti. Walaupun adakalanya aku inginkan suasana yang senyap, tapi aku tolak tepi perasaan tu sebab umur diorang yang macam sekarang ni memang masanya untuk mereka bermain. Lagu 'enjit semut' Kak Limah diulang-ulang diselangi gelak-tawa. Kemudian diorang guling-guling main geletek perut. Secara positifnya, tiada erti sunyi dalam hidup aku kini.
Cuma malam tadi, Lyana ikut aku bersolat Witir. Iskandar tak nak. Aku tak paksa, sebab ianya cuma solat sunat. Cuma Nabi pernah pesan untuk umatnya melakukan Witir, Dhuha dan puasa 3 hari dalam sebulan. Setakat ni, puasa sunat tu je yang asyik kantoi.
Mula sahaja solat, Iskandar terkinja-kinja. Jelas dia cuba mengganggu Lyana. Bersungguh dia ajak Lyana bergelak. Hilang khusyuk aku. Namun aku teruskan jugak sebab mata dah tak tertahan, mengantuk. Lyana ku lihat cuba bertahan. Alhamdulillah hingga habis Lyana mampu menahan diri dari ikut gelak.
Selesai salam, pantas tangan aku mencubit celahan peha Iskandar dan tidak aku lepaskan. Aku marah. Aku geram yang amat!
"Jangan ganggu orang bersolat. Berdosa!" Aku tengking. Dia menangis.
"Keluar!"
Sambil menangis, dia menuju ke bilik sebelah dan tidur.
Aku beristighfar berulang kali. Tiada apa yang aku mampu lakukan. Aku tak tahu tindakan yang macam mana lagi yang aku patut buat. Usaha aku, tidak pernah tinggal dalam sujud terakhir aku berdoa agar mendapat pasangan dan anak yang menenangkan.
Moga besar kelak mereka menjadi insan yang soleh dan sokehah...
[Hari ini]
Selesai Isyak, aku terus menunaikan solat Witir. Lyana dan Iskandar turut sama.
Berlainan dengan semalam, Lyana bersolat sambil tangan bergerak-gerak. Badan bergoyang-goyang. Macam orang menari pun ada. Aku tahu dia mengantuk, tapi nak jugak ikut aku. Sabar je la.
Iskandar, masa bersujud kepalanya terus ke sejadah. Terhenti tengah jalan. Pastu jarinya melukis ikut garisan pintu gerbang masjid yang terlukis di atas sejadah. Macam-macam
perangai.
Aku agak 'cool' malam ni. Mungkin aku tak rasa nak marah atas sebab keinginan diorang untul sama bersolat witir dengan aku.
Selesai solat, Iskandar bertanya,
"Kenapa Ayah cubit Iskandar semalam?" Adeh! Tak faham rupanyer ;P
Aku perjelaskan satu persatu salah tindakan dia semalam...
"Jom tidur...," termampu untuk aku hanyalah tersenyum. Budak, kot marah macamanapun bukan dia faham sangat.
Jadi, tak perlu la marah-marah sangat... Adeh...

Jul 17, 2011
Umaira 021: Yang datang jangan ditolak... Itu anugerah!
Menghitung kesuraman tak terperi. Mataku tidak ku alih jauh dari angka-angka ini. Beratnyer la aih...
Mulut ku juih ke depan. Terasa diri bagai dihimpap benda berat hingga sesak untukku bernafas.
Oh, inikah ujian? Aku tersenyum nipis segaris.
Mudahnya aku terleka dengan nikmat dunia. Walau niat itu baik, namun jarak masa dan ketikanya buat aku seakan lupa akan sarat hidup.
Apapun yang dirancang, kita sebagai manusia hanya mampu untuk berusaha. KepadaNya jualah kita berserah... Tanda kita bertawakkal. Walau apa jua pengakhirannya, redha adalah tuntutan.
Ku lihat jam. Uh... 11.00 pagi dah. Dok golek-golek kepeningan tak jadi apa. Bukan boleh selesai masalahpun.
Aku dukung Lyana yang sedang teresak ke dapur. Tudung saji ku buka. Nasi lemak. Sambalnya? Kat depan kot.
"Makan donut yer. Gi basuh tangan..," pisau ku capai, basuh lantas donut itu ku belah empat. Senang untuk dimakan.
Aku menatap wajah sugul Lyana. Meminta perhatian dan belaian. Tidak mahu makan kalau tidak dengan ku menemani. Oh... Anak dara ku yang sorang ni agak tegas keputusannya. Antara larat atau tidak untuk melayan. Selagi mana tidak melampaui batasan agama dan adab.
"Nak nasik lemak?" Dibalas dengan anggukan. Kali ini aku ajak Iskandar sekali.
"Jom dok depan."
Benda yang bersarang dikepala ku biar pudar. Mahu atau tidak, terpaksa beb! Takkan nak jadi macam dulu, terlantar migrain dok asyik memikir benda yang sama. Cukuplah 'dulu', tidak lagi sekarang. Tidak lagi...
Duit banyak manapun takkan cukup. Tapi cara hidup menjadi titik penentu. Aku rasa, dah agak bersederhana. Cukup makan-minum-pakai. Cumanya, untuk 'masa depan' tu aku... Err... Senang cerita, kongkongan kapitalis membuatkan ramai yang 'kais bulan, makan bulan'. Tidak mampu untuk menyimpan.
Jadi? Macamana?
Ah! Entah... Senang aku menjawab soal hati.
"Nak nasik lagi?"
"Nak!" Pantas Iskandar membalas.
"Lyana?"
Dia geleng.
Hari macam nak hujan. Tapi dek sebab jerebu sepanjang minggu, aku rasa kena basuh jugak cinta hati baru kat luar tu.
Selesai menyuap makan, aku kerah diorang mandi sambil aku bersiap untuk ke 'car wash'.
Agak mendatar hidup aku pagi Ahad ni bercampur merudumnya jiwa dek migrain yang menyerang pagi tadi. Tak boleh dilayan sangat.
Allah Maha Kaya dan Luas PengetahuanNya. Maha Pemurah... Takkan ditimpakan ujian kalau bukan untuk dihadirkan kebaikan... Motivasilah sikit hati tu... Hehe... Aku tersenyum sendiri...
"Teruskan beristikharah... Pasti ada jalan. Jalan yang terbaik untukku dan anak-anak. Cinta tu kan anugerah, kenapa perlu ditolak jauh," aku melamun...
"Tapi kalau datang dua-tiga cinta, camne la pulak?" Aku melabun!

Jul 14, 2011
METAL KEKARATAN 004
"Abaikan!"
"Kenapa?"
"Aku mahu yang itu, bukan yang ini..."
"Apa bezanya?"
"Yang itu ada yang aku inginkan, tapi yang ini tak ada..."
"Betul? Pasti ker?"
"Itu yang aku nampak."
"Kata hati?"
"Yang itu, aku dapat rasai tenangnya."
"Ada kau bagi peluang dengan yang ini?"
"Tak..."
"Kenapa?"
"Aku tak nak..."
"Kau silap! Setiap kehadiran membawa hikmah tersendiri..."
Ayat penutup mimpi membuat aku kebingungan. Dengan siapa aku berbicara? Adeh!
Astaghfirullah hal'azim... Ku ulang beberapa kali.
Aku bangun dan terus berwudhu'. Jam didinding menunjukkan 4.30 pagi. Selesai Tahajjud, aku menyandarkan diri disofa. Pagi masih muda. Mata pulak tak terasa nak sambung tidur...
Masih terngiang soalan dan jawapan dalam mimpi tadi. Adeh! Kalaulah disebabkan Istikharah yang aku buat, takkanlah makin banyak soalan yang timbul. Makin banyak menyerabutkan benak.
Dan yang paling pelik, 'yang ini' dalam mimpi tu tak terlintaspun dalam Istikharah aku.
Astaghfirullah hal'azim... Ku ulangi berkali-kali sambil mata rapat ku pejam.
Gangguan syaitan mungkin...
Aku tutup cerita dengan jawapan yang aku rasakan pasti.
"Assalamualaikum...," suara lembut dihujung talian. Err... Siapa pulak yang telefon aku pagi-pagi buta ni. Aish... Jam belumpun pukul 5 lagi...
"Waalaikumsalam. Nak bercakap dengan siapa?" Suaraku teragak-agak.
Dia sebut nama aku. Lengkap dengan nama bapak aku. Erk! Nasib baik dia tak sebut nama arwah Tok Aji aku sekali.
"Ok ker?" Soalan apa ni?
"Err... Apa yang ok?" Aku makin kebingungan.
"Saya dapat surat awak. Saya baca dan faham segalanya. Dan sekarang saya tunaikan permintaan awak..."
Permintaan? Surat?
"Awak mamai lagi ni yer?" Dia tergelak kecil.
"Apa permintaan saya tu?"
"Saja je tau. Kan dalam surat tu awak suruh saya telefon awak tepat jam 5 pagi hari ni... Saya segan sangat dah ni. Takpe la. Assalamualaikum..."
"Tuuutt..." Talian terputus.
Atau wayar kat kepala aku yang dah putus?
Aish! Macam ada berbaur 'keranjauan tahap cipan'...
Suara tadi... Err... "Yang ini?" Adeh!
'Jangan biarkan hati dibuai perasaan, dan jangan menolak sesuatu kehadiran, sekadar abaikan kehadiran itu sudah memadai... Sebab, lagi kita tolak, lagi kuat ia datang pada kita'...
Nota kecil itu ku tenung tepat. Bestnya la 'permainan' ni. Siapa la yang kuat nak meranjau aku ni. Siap boleh hiposintesis dalam mimpi aku lagi... Erk? Hiposistesis? Hipnosis kot? Ker fotosintesis. Ah... Lantak! Aku dah pening...

Jul 13, 2011
Umaira 020: Kami 'ter'perasan hensem ;P
Lebat hujan pagi ni. Mulanya agak terkejut dengan bunyi 'owning' zink yang seolah dijatuhkan batu-batu kecil diatasnya. Bising...
Bila mulai lebat, makin best pulak aku rasa. Teringat masa kecil dulu dirumah Atok. Bunyi hujan menghentam atap zink membuatkan mata makin terdorong untuk memejam.
Alarm sudah berbunyi buat kali ke-3... 5.20 dah. Adeh! Mahu atau tidak, kena jugak bangun. Time hujan camni, pastinya kereta penuh atas jalan.
Aku pujuk Lyana untuk bangun. Gagal! Dia merengek.
"Nak bawak baju putih tu..."
"Tu baju raya. Raya nanti la pakai," mataku menoleh ke arah baju kurung 'sendat' yang terletak diatas beg. Baru aku beli Sabtu lepas. Cadangnya nak pakaikan raya nanti.
Lyana sambung tidur. Mogok gamaknya... Aish... Akupun tak mandi lagi. Nasib baik tak banyak kerja perlu dibuat pagi ni sebab dah aku setelkan masa terjaga pukul 3 pagi tadi.
"Is, jom mandi..."
Dia bangun terkejut. Berpeluh? Aku rasa kesejukan yang amat, leh pulak dia berpeluh. Beza kadar metabolisma kot? Bukan bidang aku nak bincang bab-bab sains ni. Tahu basic pun kira ok la kot? Kot...
Sampai dikilang, aku terus ke kantin. 7.10... Nasib baik keluar awal, keretapun tak banyak lagi. Diorang sambung tido kot? Hehe...
Dalam perut yang masih kurang selesa sejak dari rumah tadi, aku isikan dengan kuey tiaw goreng dan teh O panas.
Dah dua hari, bayangnya tak kelihatan. Takde member nak join makan kot?
Siapa dia tu? Entah, akupun tak kenal. Cuma aku pernah 'terkena', dan beberapa orang kawan pun pernah 'terkena'. Dalam erti kata mudah, 'terperasan' hensem. Haha...
Adakalanya, bila kita tengok orang yang berperangai pelik atau kata lembutnya berkelakuan diluar kebiasaan, baru kita sedar kepelikan diri kita sendiri.
Pelik perangai awek ni, dia suka senyum dekat orang dalam keadaan yang tak kita jangka. Jadi ramailah yang terperasan hensem. Hehe...
Sebab tu kita diajar untuk menundukkan pandangan. Bab awek tu, aku rasa elok Ibu-Bapa yang tegur. Kalau kita nak tegurpun, kita jumpa ibu-bapanya dulu. Pastu... Err... Cam tak kena je nasihat aku ni?
Aku tak boleh nak komen lebih. Sebab, biasanya awek-awek cun perangainya sedikit sombong, jual mahal. Tapi bagi yang murah dengan senyum tu elok la sebab ianya sedekah, cuma takut membawa fitnah sebab ramai sangat jejaka-jejaki yang 'kurang kasih-sayang' kat luar tu yang senang 'ter'perasan hensem. Takut mendatangkan susah pada diri... Tu je...
Satu je yang aku pegang, ujian dan dugaan akan selalu hadir dalam hidup kita. Cuma ianya datang dalam pelbagai bentuk. Jadi, perbanyakkan berdoa dihadirkan kebaikan dari Allah dan agar diri terhindar dari perkara-perkara keburukan seperti maksiat dan sebagainya.
Perangai pelik orang kita tak boleh nak buat apa. Kalau mampu untuk tegur, tegurlah. Yang penting, kita perbaiki dan kawal perangai diri kita sendiri.
Yang indah tu sebenarnya bila ia menenangkan hati... Ye tak?
Aish statement...

Jul 8, 2011
Umaira 019: Antara keperluan dan kehendak
Hari kedua aku memandu kereta yang elok penghawa dinginnya, senyap ekzosnya dan yang paling penting, seluarku tidak lagi kebasahan bila hujan lebat serta tidak ada lagi bau asap dalam kereta.
Itu perasaan sebenar yang aku jelas rasai. Keterujaan yang aku rasa jelas berbeza apabila sesuatu yang baru hadir dalam hidup.
Kenapa?
Err...
Bila aku perhalusi, segala perbezaan tu letaknya disebabkan perbezaan pada awal niat yang hadir dihati, antara KEHENDAK atau KEPERLUAN.
Faktor menghargai turut berbeza. Sesuatu yang kita inginkan atas faktor KEPERLUAN sebenarnya lebih kita rasai nikmat dan bahagia bila kita bandingkan dengan ketiadaannya sebelum in. Sesuatu yang lebih bersifat 'lama' dan berguna untuk jangkamasa yang panjang.
Hinggalah muncul KEHENDAK yang bagi aku... Err, aku ulang... Bagi aku yang aku maksudkan lebih bersifat pandangan peribadi... Bagi aku KEHENDAK ni nikmat dan bahagianya lebih terarah kepada penghargaan dari pihak ketiga. Pandangan aku! Hehe... Kepuasan jelas terasa bila dihargai. Memang rasa bahagia dan seronok dihati sebab apa yang kita KEHENDAKkan, kita dapat. Tapi KEHENDAK itu sendiri dari segi perkataannya lebih merujuk kepada NAFSU.
Tak salah. Cuma kena kawal la...
Alhamdulillah, apa yang terzahir lebih kepada KEPERLUAN seharian, kesihatan penggunanya dan perancangan jangkamasa panjang yang praktikal. Keputusan yang berjaya meminggirkan KEHENDAK diri untuk menjadi 'local Chip Foose' yang memerlukan lebih banyak kerja serta modal dan secara semulajadinya lebih terarah untuk memperolehi kepuasan hati serta pujian. Nasib baik!
Sebagai insan yang normal, kehendak dan nafsu tu tetap ada. Banyak idea inovatif serta reka cipta bentuk yang bersarang kat dalam kepala aku ni. Tapi belum masanya atau tak sesuai untuk kehidupan aku yang inginkan kesederhanaan. Err... Sederhana... Kot?
Atas apa yang aku rasai dua hari ni, boleh aku simpulkan dengan dua perkataan,
"Lagi best!" Hehe...
Alhamdulillah...

Jul 7, 2011
METAL KEKARATAN 003
"Hari tu ada kawan tanya, Pakwe tak 'jeles' ker awak mudah senyum kat lelaki lain. Bukan ker cemburu tanda sayang..."
"Awak jawab apa?" Aku senyum sambil mengecilkan mata. Perempuan ni sensitif. Ada masanya ok, boleh gurau ngarut-ngarut. Tapi hari ni, aku rasa macam tengah 'masa yang tak sesuai' untuk mengarut lebih.
"Saya jawab, entah! Kita kawan je, kan? Lagipun kita tak pernah 'declare' apa-apapun...," sah! Suara mendatar. Berbaur rajukan kalbu... Adeh...
"Ikatan, hubungan serta pertalian yang lebih menjurus ke arah rasa untuk mengasihi, menyayangi dan mencintai sebenarnya akan wujud rasa cemburu. Cuma kita perlu sentiasa ingat, cinta lebih elok jika kita lebih banyak memberi dari menerima... Sebab tu orang kata, cinta perlukan pengorbanan..."
Sepi pulak tempat ni aku rasa. Dia senyap terpaku dengar kata-kata aku sambil bermain jari.
"Awak faham apa yang saya maksudkan?" Aku mengangkat kening.
Dia menggeleng...
"Kita buat apa yang kita ingin pasangan kita buat. Kita tinggal apa yang kita tak suka pasangan kita buat. Tapi perlu dijelaskan macam apa yang saya buat sekarang. Komunikasi tu penting. Bagi saya bab senyum tu ok sebab sedekah. Tapi dalam satu aspek yang lebih penting perlu kita jaga... Aurat. Senyum yang boleh membawa kepada tarikan yang salah boleh jadi fitnah..."
"Kenapa awak tak tegur..."
"Saya tiada hak untuk tegur. Tapi saya cuma mampu bercerita, macam ni..."
"Sebab kita tak pernah 'declare'?"
"Itu cara barat. Tapi apa yang hati kita kata, apa yang kita buat dah cukup menggambarkan segalanya."
"Awak cemburu tak?"
"Err... Ada la sikit...,"
"Jadi awak sayang saya la?"
"Erk! Ada la sikit... Secukup rasa," aku tersenyum nipis. Biasalah, lelaki. Tak banyak ada la sikit egonya.
"Secukup rasa?" Dia buat muka.
"Hehe...," seeloknya jangan dilayan sangat soalan yang menjerut leher sendiri. Perlu ada tolak-tarik. Diserang, kita undur. Dia undur, kita terkam! Perumpamaan je...
"Cemburu sebenarnya rasa yang perlu dikawal. Hubungan kita saya umpamakan macam memegang gelas. Kalau kita genggam kuat sangat, ia akan pecah. Kalau kita pegang sambil lewa, nanti ia jatuh dan pecah jugak. Jadi, genggam biasa-biasa je. Biar gelas tu mampu bernafas dan menjalani kehidupan gelasnya seperti gelas-gelas yang lain..."
"Urm... Gelas la pulak..."
"Hehe..."

Subscribe to:
Comments (Atom)