Jul 14, 2011

METAL KEKARATAN 004

"Abaikan!"


"Kenapa?"


"Aku mahu yang itu, bukan yang ini..."


"Apa bezanya?"


"Yang itu ada yang aku inginkan, tapi yang ini tak ada..."


"Betul? Pasti ker?"


"Itu yang aku nampak."


"Kata hati?"


"Yang itu, aku dapat rasai tenangnya."


"Ada kau bagi peluang dengan yang ini?"


"Tak..."


"Kenapa?"


"Aku tak nak..."


"Kau silap! Setiap kehadiran membawa hikmah tersendiri..."


Ayat penutup mimpi membuat aku kebingungan. Dengan siapa aku berbicara? Adeh!


Astaghfirullah hal'azim... Ku ulang beberapa kali.


Aku bangun dan terus berwudhu'. Jam didinding menunjukkan 4.30 pagi. Selesai Tahajjud, aku menyandarkan diri disofa. Pagi masih muda. Mata pulak tak terasa nak sambung tidur...


Masih terngiang soalan dan jawapan dalam mimpi tadi. Adeh! Kalaulah disebabkan Istikharah yang aku buat, takkanlah makin banyak soalan yang timbul. Makin banyak menyerabutkan benak.


Dan yang paling pelik, 'yang ini' dalam mimpi tu tak terlintaspun dalam Istikharah aku.


Astaghfirullah hal'azim... Ku ulangi berkali-kali sambil mata rapat ku pejam.


Gangguan syaitan mungkin...


Aku tutup cerita dengan jawapan yang aku rasakan pasti.


"Assalamualaikum...," suara lembut dihujung talian. Err... Siapa pulak yang telefon aku pagi-pagi buta ni. Aish... Jam belumpun pukul 5 lagi...


"Waalaikumsalam. Nak bercakap dengan siapa?" Suaraku teragak-agak.


Dia sebut nama aku. Lengkap dengan nama bapak aku. Erk! Nasib baik dia tak sebut nama arwah Tok Aji aku sekali.


"Ok ker?" Soalan apa ni?


"Err... Apa yang ok?" Aku makin kebingungan.


"Saya dapat surat awak. Saya baca dan faham segalanya. Dan sekarang saya tunaikan permintaan awak..."


Permintaan? Surat?


"Awak mamai lagi ni yer?" Dia tergelak kecil.


"Apa permintaan saya tu?"


"Saja je tau. Kan dalam surat tu awak suruh saya telefon awak tepat jam 5 pagi hari ni... Saya segan sangat dah ni. Takpe la. Assalamualaikum..."


"Tuuutt..." Talian terputus.


Atau wayar kat kepala aku yang dah putus?


Aish! Macam ada berbaur 'keranjauan tahap cipan'...


Suara tadi... Err... "Yang ini?" Adeh!


'Jangan biarkan hati dibuai perasaan, dan jangan menolak sesuatu kehadiran, sekadar abaikan kehadiran itu sudah memadai... Sebab, lagi kita tolak, lagi kuat ia datang pada kita'...


Nota kecil itu ku tenung tepat. Bestnya la 'permainan' ni. Siapa la yang kuat nak meranjau aku ni. Siap boleh hiposintesis dalam mimpi aku lagi... Erk? Hiposistesis? Hipnosis kot? Ker fotosintesis. Ah... Lantak! Aku dah pening...

No comments:

Post a Comment