Jul 13, 2011

Umaira 020: Kami 'ter'perasan hensem ;P

Lebat hujan pagi ni. Mulanya agak terkejut dengan bunyi 'owning' zink yang seolah dijatuhkan batu-batu kecil diatasnya. Bising...


Bila mulai lebat, makin best pulak aku rasa. Teringat masa kecil dulu dirumah Atok. Bunyi hujan menghentam atap zink membuatkan mata makin terdorong untuk memejam.


Alarm sudah berbunyi buat kali ke-3... 5.20 dah. Adeh! Mahu atau tidak, kena jugak bangun. Time hujan camni, pastinya kereta penuh atas jalan.


Aku pujuk Lyana untuk bangun. Gagal! Dia merengek.


"Nak bawak baju putih tu..."


"Tu baju raya. Raya nanti la pakai," mataku menoleh ke arah baju kurung 'sendat' yang terletak diatas beg. Baru aku beli Sabtu lepas. Cadangnya nak pakaikan raya nanti.


Lyana sambung tidur. Mogok gamaknya... Aish... Akupun tak mandi lagi. Nasib baik tak banyak kerja perlu dibuat pagi ni sebab dah aku setelkan masa terjaga pukul 3 pagi tadi.


"Is, jom mandi..."


Dia bangun terkejut. Berpeluh? Aku rasa kesejukan yang amat, leh pulak dia berpeluh. Beza kadar metabolisma kot? Bukan bidang aku nak bincang bab-bab sains ni. Tahu basic pun kira ok la kot? Kot...


Sampai dikilang, aku terus ke kantin. 7.10... Nasib baik keluar awal, keretapun tak banyak lagi. Diorang sambung tido kot? Hehe...


Dalam perut yang masih kurang selesa sejak dari rumah tadi, aku isikan dengan kuey tiaw goreng dan teh O panas.


Dah dua hari, bayangnya tak kelihatan. Takde member nak join makan kot?


Siapa dia tu? Entah, akupun tak kenal. Cuma aku pernah 'terkena', dan beberapa orang kawan pun pernah 'terkena'. Dalam erti kata mudah, 'terperasan' hensem. Haha...


Adakalanya, bila kita tengok orang yang berperangai pelik atau kata lembutnya berkelakuan diluar kebiasaan, baru kita sedar kepelikan diri kita sendiri.


Pelik perangai awek ni, dia suka senyum dekat orang dalam keadaan yang tak kita jangka. Jadi ramailah yang terperasan hensem. Hehe...


Sebab tu kita diajar untuk menundukkan pandangan. Bab awek tu, aku rasa elok Ibu-Bapa yang tegur. Kalau kita nak tegurpun, kita jumpa ibu-bapanya dulu. Pastu... Err... Cam tak kena je nasihat aku ni?


Aku tak boleh nak komen lebih. Sebab, biasanya awek-awek cun perangainya sedikit sombong, jual mahal. Tapi bagi yang murah dengan senyum tu elok la sebab ianya sedekah, cuma takut membawa fitnah sebab ramai sangat jejaka-jejaki yang 'kurang kasih-sayang' kat luar tu yang senang 'ter'perasan hensem. Takut mendatangkan susah pada diri... Tu je...


Satu je yang aku pegang, ujian dan dugaan akan selalu hadir dalam hidup kita. Cuma ianya datang dalam pelbagai bentuk. Jadi, perbanyakkan berdoa dihadirkan kebaikan dari Allah dan agar diri terhindar dari perkara-perkara keburukan seperti maksiat dan sebagainya.


Perangai pelik orang kita tak boleh nak buat apa. Kalau mampu untuk tegur, tegurlah. Yang penting, kita perbaiki dan kawal perangai diri kita sendiri.


Yang indah tu sebenarnya bila ia menenangkan hati... Ye tak?


Aish statement...

No comments:

Post a Comment