Menghitung kesuraman tak terperi. Mataku tidak ku alih jauh dari angka-angka ini. Beratnyer la aih...
Mulut ku juih ke depan. Terasa diri bagai dihimpap benda berat hingga sesak untukku bernafas.
Oh, inikah ujian? Aku tersenyum nipis segaris.
Mudahnya aku terleka dengan nikmat dunia. Walau niat itu baik, namun jarak masa dan ketikanya buat aku seakan lupa akan sarat hidup.
Apapun yang dirancang, kita sebagai manusia hanya mampu untuk berusaha. KepadaNya jualah kita berserah... Tanda kita bertawakkal. Walau apa jua pengakhirannya, redha adalah tuntutan.
Ku lihat jam. Uh... 11.00 pagi dah. Dok golek-golek kepeningan tak jadi apa. Bukan boleh selesai masalahpun.
Aku dukung Lyana yang sedang teresak ke dapur. Tudung saji ku buka. Nasi lemak. Sambalnya? Kat depan kot.
"Makan donut yer. Gi basuh tangan..," pisau ku capai, basuh lantas donut itu ku belah empat. Senang untuk dimakan.
Aku menatap wajah sugul Lyana. Meminta perhatian dan belaian. Tidak mahu makan kalau tidak dengan ku menemani. Oh... Anak dara ku yang sorang ni agak tegas keputusannya. Antara larat atau tidak untuk melayan. Selagi mana tidak melampaui batasan agama dan adab.
"Nak nasik lemak?" Dibalas dengan anggukan. Kali ini aku ajak Iskandar sekali.
"Jom dok depan."
Benda yang bersarang dikepala ku biar pudar. Mahu atau tidak, terpaksa beb! Takkan nak jadi macam dulu, terlantar migrain dok asyik memikir benda yang sama. Cukuplah 'dulu', tidak lagi sekarang. Tidak lagi...
Duit banyak manapun takkan cukup. Tapi cara hidup menjadi titik penentu. Aku rasa, dah agak bersederhana. Cukup makan-minum-pakai. Cumanya, untuk 'masa depan' tu aku... Err... Senang cerita, kongkongan kapitalis membuatkan ramai yang 'kais bulan, makan bulan'. Tidak mampu untuk menyimpan.
Jadi? Macamana?
Ah! Entah... Senang aku menjawab soal hati.
"Nak nasik lagi?"
"Nak!" Pantas Iskandar membalas.
"Lyana?"
Dia geleng.
Hari macam nak hujan. Tapi dek sebab jerebu sepanjang minggu, aku rasa kena basuh jugak cinta hati baru kat luar tu.
Selesai menyuap makan, aku kerah diorang mandi sambil aku bersiap untuk ke 'car wash'.
Agak mendatar hidup aku pagi Ahad ni bercampur merudumnya jiwa dek migrain yang menyerang pagi tadi. Tak boleh dilayan sangat.
Allah Maha Kaya dan Luas PengetahuanNya. Maha Pemurah... Takkan ditimpakan ujian kalau bukan untuk dihadirkan kebaikan... Motivasilah sikit hati tu... Hehe... Aku tersenyum sendiri...
"Teruskan beristikharah... Pasti ada jalan. Jalan yang terbaik untukku dan anak-anak. Cinta tu kan anugerah, kenapa perlu ditolak jauh," aku melamun...
"Tapi kalau datang dua-tiga cinta, camne la pulak?" Aku melabun!
No comments:
Post a Comment