Cerita 1:
"Lyana! Iskandar! Bangun sahur!" Aku separa berteriak dari dapur.
Aku memulakan langkahan untuk ke bilik.
Uih!
Separuh perjalanan, aku terpaku. Melulu diorang keluar dari bilik sambil menggosok-gosok mata.
"Garang sangat ker Ayah ni?" Hati kecilku mula mempersoalkan diri.
Malam tadi, aku membebel. Hingga jam 10 mereka masih aktif dan asyik bermain.
"Tidur cepat, baca doa... Esok nak bangun sahur..."
Walau lampu sudah tertutup, Lyana dan Is masih ligat. Risau la jugak aku kalau terlewat bangun esok.
"Tidur... Esok pagi Ayah nak bila Ayah panggil nama, terus bangun basuh muka. Ayah taknak dukung dah," aku sedikit meninggikan suara.
Lepas tu kami bersama-sama sekali lagi membaca 'doa tidur'. Sebelum sempat terlelap, Lyana bangun dan mengucup pipi aku. Bab mengambil hati, memang pandai. Sejuk la jugak hati aku.
Aku memang dapat rasakan yang ada masanya dan adakalanya aku memang garang dengan anak-anak. Aku takkan marah kalau aku tak sayangkan diorang. Aku tak nak diorang berterusan melakukan kesalahan dan kesilapan. Walaupun macam tu, tapi aku masih mengharapkan harapkan agar mereka mampu merasai rasa kasih dan sayang yang aku curahkan melebihi rasa amarah dan kegarangan aku selama ni... Pergkh! Best jugak sekali-sekala layan sendu camni...
Masa dan keadaan buat masa ni, aku rasakan ini saja cara yang sesuai untuk aku mendidik mereka. Aku kena 'cover' tugas untuk dua orang beb! Nasib baik diorang dah besar sket. Kalau kecik lagi pastu pulak masih menyusu badan, camne?
Haha... Saja mengarut! Ibu susuan kan bersepah yang tengah meragut rumput kat tengah padang tu.
Apakedehal?
Bagi aku, puasa tahun ni penuh bercorak. Ada yang bergaris lurus, abstrak dan ada juga yang bulat cantik indah dipandang. Gabungannya membentuk dimensi baru dalam hidup aku dalam menyambut Ramadhan kali ni.
Cerita 2:
Malam tadi, jantung aku kembali berdebar. Sosak dado den ni hah! Tapi aku tak nak layan sangat. Itu hak 'hati aku'. Semulajadi! Biarkan aja.
Kalau ditahan-tahan takut lain pulak jadinya.
Entah macamana, bak kata orang melayu, 'cubit peha kanan, peha kira terasa'. Dalam pukul 8 lebih, Wan telefon aku. Masa tu aku tengah 'merajuk' dengan anak-anak. Layan diri. Menyandar disofa sambil pejam mata. Aku hangin sebenarnya dengan anak-anak, tapi aku perbanyakkan beristighfar moga ditebalkan kesabaran dan tabah untuk belajar memahami kerenah diorang. Jenuh dan berbuih mulut aku suruh solat. Leka berborak sesama sendiri sambil mewarna lukisan. Selamba! Buat-buat tak dengar. Menoleh pun idak. Adei...
Hati lelaki beb! Sampai tahap, 'temperature' mendadak. Tapi dalam situasi ni,aku kena 'cool down'kan sendiri. Tahan... Bukan ker sabar tu tiada batasnya?
Ha... Sambung!
Wan telefon...
"Along, ada tak sesiapa member Perodua yang berbuka kat Blue Wave?" Ceria lain macam je? Macam monyet nampak pisang!
"Mana la Along tahu...," setat tahun lepas lagi, aku dah tak join berbuka diluar. Lebih selesa dirumah. Lagi-lagi tahun ni dengan anak-anak. Alhamdulillah. Situasi sekarang yang membuatkan otak aku kembali ligat berfikir. Nak beli apa? Nak masak apa? Diorang suka ke nanti? Erm, nasib baik tekak anak-anak aku ni sama 'spesis' dengan aku. Layan je la.
"Kenapa?" Tambah aku.
"Ada awek kat sini. Putih...," dah agak dah. Awek.. Hmmm... Nak mengurat la tu? Sedarlah lepas raya ni nak bertunang.
Entah kenapa wajah itu yang terlintas.
"Kecik, kurus... Tudung macam Arab?," aku menyambung soal.
"Kening tebal, tudung bersepah kaler pink... Err..," tambah Wan. Sah! Baru aku teringat. Yang tudung 'pattern' tu sebenarnya 'stail' Yuna. Err... Lantak aih...
"Tu la awek Serendah tu...," konfiden je aku. Erm, aku main agak jer. Ikut kata hati... Perodua kat Malaysia ni berlambak, merata. Baju semua spesen. Bukan 'dia' sorang yang macam cerita si Wan ni. Oh perasaan lalu...
"Ceyyyy...," haha... Terbantut niat serong tu. Isk, tak elok bersangka buruk dengan adik sendiri.
"Wan amik je gambar dia," aku pulak yang lebih.
"Nanti Wan amik, tunjuk kat Mak," seronoknya la dia. Aku sebenarnya dah tak amik 'port' beb! Tapi kalau Mak sekadar nak tengok spesifikasi awek yang aku cari, spesifikasi yang pernah menawan hati, ok la kot? Takde la Mak kenenkan aku dengan awek yang bukan-bukan nanti. Haha...
"Along call la bagitau...," Adeh! Ni yang berat ni. Malu beb! Orang dah 'reject' kita, kita pulak dah selamat 'lari' dari terus diulit rasa keseganan tahap gaban, nak suruh 'call'?
Talian diputuskan.
Sian pulak adik aku dok tercegat kat situ.
Aku sms bagitau yang adik aku nak amik gambar. Buat bodo je... Lantak!
Baru je sebelum berbuka tadi aku berdoa macam nak rak , minta yang bukan-bukan, jangan la jadi yang bukan-bukan pulak malam ni.
Cuma yang peliknya, kenapa adik aku telefon dan tanya kat aku? Nak 'mengekjas', jalan ler terus. Macam la tak pernah aku bagitau yang Perodua ni beribu pekerjanya.
Dan macam la 'dia' je yang ada kat dunia ni dengan gambaran ringkas yang adik aku bagi tadi. Entah-entah salah orang. Hehe... Lantak! Lantak untuk buat keberapa kalinya.
Cuma bab 'chemistry' aku dan adik aku ni, boleh la diumpamakan, 'Cubit peha KFC, ada orang menjeling'... hehe... Entah apa-apa...
Pencarian yang sukar dalam mencari diri yang hilang. Hilangnya diri bersama semangat dan jiwa. Hilang entah ke mana... Meninggal jasad tanpa rasa... Dipanjatkan doa, agar yang hilang kan ketemu. Dipanjatkan doa, agar yang ketemu kan kekal. Dipanjatkan doa, agar yang kekal kan abadi. Amin Ya Rabbal Alamin...
Aug 28, 2011
Aug 17, 2011
Umaira 030: Rebana ubi
Lebat hujan diluar. Berderau umpama alunan muzik metal bila hujan menerjah 'owning' zink diluar.
Aku bercadang untuk mandi awal. Yelah, tadi aku bermandi hujan. Risau, takut demam. Aku tak pasti samada mitos atau realiti, tapi tak nak la aku mengambil risiko. Bila dah demam, banyak benda sangkut nanti. Dah la aku punya tanggungjawab besar untuk menguruskan 'rumah yang tak berapa nak bertangga' ni. Semua benda nak kena aku uruskan sendiri. Bukan merungut, tapi pentarbiyahan hati... Hehe...
Sebentar tadi aku suarakan hasrat untuk berkahwin tahun depan. Dan aku bercadang untuk membuat pinjaman. Tapi Mak dan Papa terus membantah walau aku katakan nilai hantaran tu cadangan dari aku. Aku faham tentang kerumitan kedua belah pihak. Dan tak salah meminjam andai mampu, kan?
Aku tak nak berkira sangat. Tapi mungkin mereka melihat kepada kemampuan aku untuk melangsaikan hutang itu nanti. Komitmen bulanan selepas berkahwin. Mungkin bab tu aku tak 'study detail' lagi.
Tapi sesuatu yang agak mengejutkan. Aku rasakan jangkaan aku betul bila wujud 'soalan itu' dari Papa. Bukan sengaja untuk aku membuat andaian. Tapi aku dapat rasakan yang Mak dan Papa seakan 'berat hati'. Aku malas nak fikir sangat tentang 'keserasian' dan 'chemistry' yang aku kaji tu. Tapi, terlalu banyak secara 'kebetulan'nya. Pening la jugak. Aku perlu perhalusi perkara ni. Macamana untuk memperbaiki 'chemistry' mereka. Atau mungkin juga mereka risau dan banyak fikir untuk 'menyetelkan' dulu majlis pertunangan dan kenduri Wan.
Rasa senak jugak kepala aku ni.
Aku kuat memegang teori bahawa, macamana terukpun 'chemistry' sesama insan, agama adalah jalan pengikat yang tepat.
Cumanya, ia perlu penglibatan kedua belah pihak.
Buat masa ni, biar mereka saling mengenali. Biar mereka mencari kebaikan masing-masing. Tiada manusia yang dilahirkan sempurna, kan? Kena terima hakikat tu.
Aku kesian jugak dengan Mak dan Papa. Nak kena fikirkan tentang semua anak dia yang nak kahwin tahun depan.
"Yang dah kahwin tu pun menggatal nak kahwin lagi..." Hah! Mainan perasaan je sebenarnya. Tapi aku tak suka ayat tu! Ayat tak boleh blah...
Err... Camne nih?
Kena buat lagi perbincangan. Secara terbuka. Hati ke hati. Kena tanya betul apa yang terbuku dihati mereka.
Bukan apa, aku perlu menjaga hati semua pihak. Andai terpaksa beralah, aku sedia. Bak kata orang tua-tua, 'menarik benang dalam tepung'. Rambut ditarik keluar, tepung tak berselerak.
Andaikata seeloknya 'postpone' hingga cukup duit, itulah sebaiknya.
Mahu atau tidak, nak tak nak, kena hadapi semua halangan dan rintangan ni. Jodoh tu hak Allah. Dia tahu siapa yang terbaik untuk aku. Tak didunia, InsyaAllah di'sana' nanti.
"Moga ditunjukkan jalan. Moga diberikan kemudahan... Aminn..."

Aug 13, 2011
Umaira 029: Moga Ketenangan Ini Kekal
Bila kita menyayangi seseorang, kita akan cuba jaga dirinya dan cuba jaga hatinya. Sessi 'pentarbiahan' yang panjang itu menyedarkan aku tentang kebaikan hubungan ni. Ia betul menyedarkan aku tentang apa yang aku perlukan dalam hidup aku sekarang.
Adakah aku bersedia? Err... Ini rasanya bukan soal sedia atau tidak, tapi keperluan...
Segalanya jelas kini. Aku memerlukan seseorang yang mampu dan ingin mengisi kekosongan hati aku. Seseorang yang mampu berinteraksi baik dengan aku serta mampu menenangkan kegusaran hati yang sering aku hadapi.
Seseorang yang mampu buat aku kembali tersenyum.
Dan seseorang yang mampu beri aku kekuatan untuk meneruskan hidup ini.
Nampak macam banyak sangat kriterianya, tapi bagi aku semua tu wujud dalam satu. Orang jawa menyebutknya sebagai 'chemistry'. Ikatan kimia yang kuat mampu menghadirkan semua. Ditambah pula andai seseorang itu memiliki kemahiran berkomunikasi serta ilmu agama yang baik, Alhamdulillah! Itulah yang terbaik!
Namun ujian dan dugaan tetap akan hadir dalam setiap perhubungan. Sama ada ianya faktor luaran ataupun faktor yang wujud serta hadir dari dalam diri kita sendiri.
Bagi aku, perlu untuk kita mencari seseorang yang mampu menerima diri kita seadanya. Menerima keluarga kita. Menerima cara kita. Cara hidup kita. Selagi mana ianya tak bertentangan dengan syarak. Mengubah seseorang bukan caranya. Membimbing, boleh! Lebih-lebih lagi bab agama.
Dalam bab mengubah ataupun membimbing, jelas kita tak mampu menerimanya seadanya. Risiko, antara berjaya atau tidak. Ianya umpama perjudian. Tapi kalau kita memilih untuk dibimbing, untuk diubah, dah cerita lain la. Jalan je terus kalau dah ok.
Masalah utama yang menyumbang kepada faktor penceraian adalah didikan agama dan didikan ibu-bapa. Punca yang orang 'tak berapa nak jelas' atau 'buat-buat tak faham'. Bagi aku kita patut memiliki kedua-duanya sebagai asas untuk diri dalam menghadapi alam yang penuh pancaroba. Faktor-faktor seperti ekonomi dan orang ketiga itu sebenarnya hanya penambah perisa keadaan. Rencah kehidupan. Yang penting adalah diri kita sendiri. Bekalan dalam memuhasabah diri dalam menghadapi sebarang bentuk ujian dan dugaan.
Hidup bersendirian dihujung minggu ni adakalanya baik, ada masanya buruk. Macam minggu lepas, adalah waktu yang buruk yang mendorong aku banyak sangat berfikir yang negatif yang akhirnya aku menanggung sakit migrain beberapa hari. Yang paling disesalkan, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, bengong jadinya aku berbakul-bakul.
Aku mencari ketenangan dalam hidup ni. Semoga Allah mampu perkenankan doa aku, agar tenang ini kekal dunia dan akhirat.
Moga dikuatkan diri, dicekalkan hati. Yang berjaya adalah bagi mereka yang benar ingin dan bagi mereka yang benar sabar.
Wallahu'alam...

Aug 12, 2011
Umaira 028: Tidur mati?
12 Ramadhan 1432...
"Lyana, Iskandar, jom sahur...," err... Lama aku perhati. Adei... Tak bergerakpun. Takde respon.
Seronok sebenarnya menjaga anak-anak ni. Bermacam gaya, bermacam ragam. Semalam, aku panggil je, dua-dua terus bingkas bangun, duduk sambil mata terpejam. Hari ni, tido tak ingat. Nak kata malam tadi tidur lewat sangat, tak pun.
Aku dukung Iskandar bawa ke dapur. Aku tenggongkan dia atas sinki, basuhkan tangan, basuhkan muka. Nak tak nak kena bekerja keras sikit la nampaknya. Ada masa kena berkeras. Time camni memang perlu berlembut. Comelnyer la...
"Nak kumur-kumur..."
Aku takungkan air ditangan dan suap ke mulutnya. Tak sempat aku alihkan tangan, habis tangan aku disembur. Erk!
"Jangan la buang kat tangan Ayah...," aku buat muka. Aish... Tu la. Sebab tu kita diingatkan supaya tidak melakukan benda-benda yang melibatkan keselamatan seperti mengendalikan mesin atau jentera dalam keadaan separuh sedar. Mengantuk apatah lagi mabuk. Hmmm... Melalut ke laut! Logik la, mengantuk, mata pejam. Dia sembur ikut 'dan' je la.
Aku dudukkan dia dimeja makan. Atas kerusi! Bukan atas meja. Meja tu luas. Mahu je dia sambung tidur atas meja tu.
Erm... Lyana pulak.
"Lyana bangun..."
Tak bergerak.
"Hmm... Saja je nak Ayah dukung ek?" Dia tersenyum. Bertuah betul! Nak manja-manja. Dah besar panjang. Nasib baik la aku kuat nak mengangkat. Kalau Uminya mau tak larat. Umi? Uppsss... Tersasul... ;P
Terbayang pulak wajah itu dikepala ni. Err...
Astaghfirullah hal 'azim... Sekarang kena beristighfar. Dah 'betul' nanti, kena bersyukur Alhamdulillah la pulak...
Boleh pulak aku berkhayal. Tak salah rasanya mengimpikan teman yang halal. Agar kepala tak lagi bebal, agar tak lagi menyeksa bantal... Macam-macam hal...

Aug 11, 2011
Umaira 027: Sahur 'Gajah'
Alamak!
Aku terkejut. Mata aku membulat. Terus aku capai telefon. Aish! Dah mati. Aku meraba dalam gelap mencari telefon yang satu lagi.
Tertera, "5.48 am"... Aku termenung seketika. 'CPU aku' masih belum panas. Masih mamai.
"Adei...," lewat dah.
"Lyana..., Is..., meh bangun makan."
Sambil menggosok mata, mereka bingkas bangun.
Nak tak nak, aku kena sahurkan diorang jugak. Sebab takkan diorang mampu berpuasa tanpa bersahur. Toleransi ketika boleh. Maksud aku, ketika diorang masih kecil dan belum akil baligh.
Segarang-garang aku, Alhamdulillah dalam banyak perkara kini aku makin boleh berlembut. Faktor kematangan kot?
Aku panaskan lauk Kurma Ayam dalam microwave. Air ku panaskan. Kena buat air bersusu. Err... Air susu dah la. Kalau diorang kata tak sedap, 'top-up' je sirap. Senang! Jadi air bandung...
Aku jengah ke depan. Lyana duduk dikerusi meja makan sambil mata terpejam. Iskandar baring disofa. Biasanya aku kejutkan diorang bila semuanya dah terhidang. Mesti diorang pelik hari ni kenapa Ayahnya kelam-kabut semacam.
Dalam kepala dah terbayang kereta yang bertimbun atas jalan. Dah terbayang 'Pak Guard' dah tutup jalan sebab 'parking' dah penuh. Dan aku terbayang yang mungkin aku lewat amik anak-anak petang nanti kalau aku 'parking' jauh nun kat padang. Kena menapak jauh, pastu jem tak ingat! Aish...
Tapi sekurang-kurangnya, semua bayangan tu boleh membuatkan aku bersedia menghadapi semua kemungkinan. Kena positif beb!
"Makan cepat... Lyana cuba rasa air ni?" Aku tunggu sedikit ke dalam cawan.
"Manis," sambil buat muka. Sah, aku masih lagi takleh nak agak 'ratio' yang betul untuk teko air ni. Senang cerita, barang baru, banyak kena balajar, sesuai dan serasikan. Err... Teko. Ha... Betul teko. Jangan fikir jauh sangat!
Laju diorang makan. Macam biasa aku akan asingkan isi ayam dengan tulangnya. Bezanya, pagi ni aku tak hisap tulang ayam tu sebab dah waktu Imsak.
Tak lama lepas tu, azan Subuh berkumandang.
"Ayah, dah azan boleh makan lagi ker?" Soal Lyana sambil mulutnya masih penuh.
"Err...," nak jawab apa ni? Aku tersengih... Hehe...
[Sahur 'gajah' pagi tu diwarnai dengan perdebatan tentang isu sahur, imsak dan 'statement-statement' dari Lyana yang dah pandai berfikir dan dah pandai bercakap yang cenderung untuk mengelak berpuasa.]
"Makan je la... Kena puasa gak!" Aku mematikan cerita ;P

Aug 10, 2011
Umaira 026: Berakhirkah sebuah cerita?
9 Ramadhan 1432...
Agak suram ku rasakan malam yang makin pekat ni. Sedang Lyana asyik berbicara dengan Iskandar, aku pula tertiarap menantikan Isyak sambil menahan sakit kepala yang kembali menjengah.
Tiada lagi senyum buat ku. Tiada lagi tawa dihati yang merimbunkan jiwa dengan bunga-bunga kasih. Wajah itu kini lekat dalam bayangan ku tak kira kala celik mahupun pejam.
Sesungguhnya, ia salah aku. Silap aku. Aku gagal dalam mengawal kepeningan lalu jelas melukakan hati orang yang aku sayang. Bercerita yang bukan-bukan. Hal yang boleh setel sendiri, boleh dibuang jauh sekelip mata kini jadi isu besar.
Astaghfirullah hal 'azim...
Kembalinya aku kepada daerah suram yang gelap mungkin balasan pantas yang setimpal atas ketelanjuran aku melukainya. Benarlah kata orang, hati orang perempuan ni halus. Mudah terasa bila disentuh, apatah lagi bila terkena duri tajam. Sehingga aku sendiri mampu rasai perit luka itu.
Jauh aku menerawang. Dimana silap aku? Err... Jawapannya cukup mudah, terlalu jujur dalam meluah kata dan rasa. Kesilapan yang sukar dilupa semua bila ia melibatkan hati dan perasaan. Bila ia melibatkan kepercayaan dan kesetiaan.
Astaghfirullah hal 'azim...
Kedengaran disurau orang mula berterawikh. Aku menantikan Iskandar dan Lyana yang sedang asyik 'melayan' kuih tepung pelita diselangi hilai tawa. Sesungguhnya memang ini masa dan ketikanya untuk mereka bermain. Tak lah sunyi sangat hidup aku. Tapi hujung minggu ni? Err... Kesunyian sedang menanti. Aku perlu merancang aktiviti. Buat apa yang patut.
Makin sakit tengkuk aku. Stress...
Jelas, dia telah pergi membawa diri meninggalkan aku dipinggir sudut ini dihimpit rasa bersalah.
Inikah akhir cerita tenangku?
....

Aug 9, 2011
Umaira 024: Video itu...
2 Ramadhan 1432... Hari kedua berpuasa. Kalau ada yang hari ketiga, pelik! Kalau yang tak berhari lagi tu, uzur syari'e... Bersangka baik!
Memang aku tahu hari ni, 2 Ramadhan. Tapi tahun hijrahnya jenuh gak aku mencari. Salah aku jugak sebab tak pernah peka dengan peredaran bulan Islam. Yang senang ingat, Syawal dan Ramadhan. Itupun sebut Syawal dulu, baru Ramadhan. Nampak sangat!
Punyalah melilau aku cari kat internet, akhirnya jumpa kat Majlis Agama Brunei. Ada kalkulator kalendar Islam. 1432 hijrah...
Mata aku menoleh ke atas CPU. Erk... Kalendar Lembaga Zakat Selangor... Ceh! Ada rupanya...
Aku masih dalam perjalanan untuk memperbaiki diri. Moga Allah beri aku sedikit ruang, masa dan kekuatan. Kepada siapa lagi kita nak memohon kalau bukan kepada Allah, Tuhan Pencipta sekelian alam.
Takkan nak mintak dan bersyukur dengan kerajaan kot? Tu syirik namanya. Berterima kasih pada manusia itu disuruh. Ok la. Err... Jauh pulak lamunan aku pagi ni.
Dua-tiga hari ni, mood aku agak stabil. Aku rasa, aku dah jumpa pengubat 'migrain' aku.
Keterlaluan ker statement aku ni?
Maksud aku, seseorang yang mampu memujuk dan menenangkan hati aku bila aku ada masalah. Jelas, Allah beri apa yang aku perlu.
SubhanAllah...
Automatik wajah itu terbayang dikotak fikiran. Err... Kotak?
Dalam hidup ni, aku macam jugak insan lain yang tetap dan sentiasa dijengah masalah. Cuma bezanya, aku senang dihinggapi migrain andai aku tak ketemu 'jawapan segera' untuk tiap permasalahan tu. Masalah yang setakat ni cuma mampu ku redakan tapi masih belum mampu untuk hilang sepenuhnya.
Aku telah bertemu dengan seseorang...
Hihi...
Err...
Segalanya bermula pada 1-Jun lalu. Sedar tak sedar, 2 bulan dah berlalu. Bagi aku, segalanya bermula dengan satu tindakan yang tak aku jangka yang cukup menarik perhatian aku.
Entah macamana, satu video ceramah agama diberi untuk aku tengok. Ustaznya lawak. Ilmunya padat dan melekat. Ia membuatkan aku cukup teruja.
Tapi yang aku musykilkan, Ustaz tu cerita pasal dia, bukan pasal aku. Cerita pasal dan perihal isteri Solehah. Dah ler saat tu aku tengah dalam keadaan yang buntu dalam mencari si Umaira peneman hati.
Seronoknya rasa macam monyet dapat pisang!
18-Jun-2011 kami bertemu buat kali pertama. Sepatah perkataan rasanya sudah cukup untuk aku perkatakan saat tu... 'Selesa'...
Tapi bagi aku, setiap permulaan kita mengharapkan ada kesudahan yang baik. Ujian tetap datang. Namun bagi aku, segalanya bergantung kepada niat.
Allah akan beri apa yang kita perlukan. Bukan apa yang kita inginkan. Kita kena sentiasa bersyukur atas apa yang kita ada hari ini dan terus memohon agar terus dihadirkan kebaikan buat diri.
Perjalanan perhubungan secara kalkulatifnya masih jauh namun aku dan dia punya komunikasi yang baik, punya perancangan yang elok, InsyaAllah kesudahan yang baik mampu dijelmakan.
Diakah Umaira?
InsyaAllah... ;)
Sebab... Setiap pertemuan punya sebab... Punya hikmah disebalik cerita.

Aug 7, 2011
Umaira 025: Harapan Untuk Aku?
"Dia nak jaga hati kau tu"
"Err... Camtu pulak?"
Nampak sangat aku masih cetek pengetahuan dalam mengenal hati wanita. Adakalanya, aku sukar untuk menafsir akan maksud tindakbalas mereka. Yelah, selama ni aku berkawan dengan lelaki je. Kalau ada tak puas hati, semua main 'sound direct'. Takdenya nak berkias, takdenya nak berbahasa halus.
"Ikut pengalaman aku, jodoh lebih mudah jika dekat. Perempuan ni lepas masuk kerja baru dia kenal lelaki sejati tu macamana?" Ujarnya memandang aku sambil tergelak.
"Ceh, hampeh ko," akupun tergelak.
Leh pulak dia pandang aku sambil tersengih dan tergelak. Cuma hati aku sedikit berbunga bila ayat tu yang terkeluar. Macam ada harapan? Err... Gurau je. Aku tak nak lagi jadi macam dulu. Aku perlu perhalusi setiap inci tindakan dan perlu juga ada perancangan yang rapi. Bab mencari pasangan ni bukan perkara main-main. Bukan boleh tangkap muat. Perlu mencari yang benar serasi, yang boleh hidup dengan cara masing-masing.
Malam tu, lebih kurang kul 1.00 pagi baru kitorang balik. Berborak memang tak perasan masa yang berlalu. Aku ambil peluang yang ada untuk meminta pendapat agar lebih mudah untuk aku perhalusi tindakan yang sepatutnya dan untuk aku merencana masa depan.
Walau target terdekat untuk melengkapkan keperluan asas rumah, tapi aku masih lelaki normal yang inginkan teman. Teman yang halal yang bergelar isteri. Walau bukan sekarang, tapi aku perlu mencari. Niat baik, cara baik dan doa demi kebaikan, InsyaAllah akan datang kebaikan untuk aku.
Dah lama dah... Err... Walau rasminya bulan April, tapi aku mula membujang sejak Februari 2009. Lebih dua tahun beb! Pantas betul masa berlalu dan payah betul untuk aku bangkit.
InsyaAllah, aku akan mampu stabilkan kehidupan bersama-anak dalam masa terdekat ni. Cabaran demi cabaran aku lalui. Dugaan, masalah, keperitan...
Hmm... Kini dah seminggu aku berpuasa dengan anak-anak. Sedikit demi sedikit, situasi baru ni membuatkan aku mulai yakin dengan kemampuan diri. Kemampuan untuk aku menguruskan rumah-tangga dengan baik.
Benda ni tak ler senang, tapi tidak lah sesukar yang aku jangka. Cuma aku, lelaki yang lahir keras kini perlu punya sabar yang banyak dan kena pandai memujuk. Teman aku dibibir hanyalah istighfar yang tak putus.
"Alhamdulillah..."
Rindu pulak kat diorang...

Subscribe to:
Comments (Atom)