9 Ramadhan 1432...
Agak suram ku rasakan malam yang makin pekat ni. Sedang Lyana asyik berbicara dengan Iskandar, aku pula tertiarap menantikan Isyak sambil menahan sakit kepala yang kembali menjengah.
Tiada lagi senyum buat ku. Tiada lagi tawa dihati yang merimbunkan jiwa dengan bunga-bunga kasih. Wajah itu kini lekat dalam bayangan ku tak kira kala celik mahupun pejam.
Sesungguhnya, ia salah aku. Silap aku. Aku gagal dalam mengawal kepeningan lalu jelas melukakan hati orang yang aku sayang. Bercerita yang bukan-bukan. Hal yang boleh setel sendiri, boleh dibuang jauh sekelip mata kini jadi isu besar.
Astaghfirullah hal 'azim...
Kembalinya aku kepada daerah suram yang gelap mungkin balasan pantas yang setimpal atas ketelanjuran aku melukainya. Benarlah kata orang, hati orang perempuan ni halus. Mudah terasa bila disentuh, apatah lagi bila terkena duri tajam. Sehingga aku sendiri mampu rasai perit luka itu.
Jauh aku menerawang. Dimana silap aku? Err... Jawapannya cukup mudah, terlalu jujur dalam meluah kata dan rasa. Kesilapan yang sukar dilupa semua bila ia melibatkan hati dan perasaan. Bila ia melibatkan kepercayaan dan kesetiaan.
Astaghfirullah hal 'azim...
Kedengaran disurau orang mula berterawikh. Aku menantikan Iskandar dan Lyana yang sedang asyik 'melayan' kuih tepung pelita diselangi hilai tawa. Sesungguhnya memang ini masa dan ketikanya untuk mereka bermain. Tak lah sunyi sangat hidup aku. Tapi hujung minggu ni? Err... Kesunyian sedang menanti. Aku perlu merancang aktiviti. Buat apa yang patut.
Makin sakit tengkuk aku. Stress...
Jelas, dia telah pergi membawa diri meninggalkan aku dipinggir sudut ini dihimpit rasa bersalah.
Inikah akhir cerita tenangku?
....
No comments:
Post a Comment