12 Ramadhan 1432...
"Lyana, Iskandar, jom sahur...," err... Lama aku perhati. Adei... Tak bergerakpun. Takde respon.
Seronok sebenarnya menjaga anak-anak ni. Bermacam gaya, bermacam ragam. Semalam, aku panggil je, dua-dua terus bingkas bangun, duduk sambil mata terpejam. Hari ni, tido tak ingat. Nak kata malam tadi tidur lewat sangat, tak pun.
Aku dukung Iskandar bawa ke dapur. Aku tenggongkan dia atas sinki, basuhkan tangan, basuhkan muka. Nak tak nak kena bekerja keras sikit la nampaknya. Ada masa kena berkeras. Time camni memang perlu berlembut. Comelnyer la...
"Nak kumur-kumur..."
Aku takungkan air ditangan dan suap ke mulutnya. Tak sempat aku alihkan tangan, habis tangan aku disembur. Erk!
"Jangan la buang kat tangan Ayah...," aku buat muka. Aish... Tu la. Sebab tu kita diingatkan supaya tidak melakukan benda-benda yang melibatkan keselamatan seperti mengendalikan mesin atau jentera dalam keadaan separuh sedar. Mengantuk apatah lagi mabuk. Hmmm... Melalut ke laut! Logik la, mengantuk, mata pejam. Dia sembur ikut 'dan' je la.
Aku dudukkan dia dimeja makan. Atas kerusi! Bukan atas meja. Meja tu luas. Mahu je dia sambung tidur atas meja tu.
Erm... Lyana pulak.
"Lyana bangun..."
Tak bergerak.
"Hmm... Saja je nak Ayah dukung ek?" Dia tersenyum. Bertuah betul! Nak manja-manja. Dah besar panjang. Nasib baik la aku kuat nak mengangkat. Kalau Uminya mau tak larat. Umi? Uppsss... Tersasul... ;P
Terbayang pulak wajah itu dikepala ni. Err...
Astaghfirullah hal 'azim... Sekarang kena beristighfar. Dah 'betul' nanti, kena bersyukur Alhamdulillah la pulak...
Boleh pulak aku berkhayal. Tak salah rasanya mengimpikan teman yang halal. Agar kepala tak lagi bebal, agar tak lagi menyeksa bantal... Macam-macam hal...
No comments:
Post a Comment