Lebat hujan diluar. Berderau umpama alunan muzik metal bila hujan menerjah 'owning' zink diluar.
Aku bercadang untuk mandi awal. Yelah, tadi aku bermandi hujan. Risau, takut demam. Aku tak pasti samada mitos atau realiti, tapi tak nak la aku mengambil risiko. Bila dah demam, banyak benda sangkut nanti. Dah la aku punya tanggungjawab besar untuk menguruskan 'rumah yang tak berapa nak bertangga' ni. Semua benda nak kena aku uruskan sendiri. Bukan merungut, tapi pentarbiyahan hati... Hehe...
Sebentar tadi aku suarakan hasrat untuk berkahwin tahun depan. Dan aku bercadang untuk membuat pinjaman. Tapi Mak dan Papa terus membantah walau aku katakan nilai hantaran tu cadangan dari aku. Aku faham tentang kerumitan kedua belah pihak. Dan tak salah meminjam andai mampu, kan?
Aku tak nak berkira sangat. Tapi mungkin mereka melihat kepada kemampuan aku untuk melangsaikan hutang itu nanti. Komitmen bulanan selepas berkahwin. Mungkin bab tu aku tak 'study detail' lagi.
Tapi sesuatu yang agak mengejutkan. Aku rasakan jangkaan aku betul bila wujud 'soalan itu' dari Papa. Bukan sengaja untuk aku membuat andaian. Tapi aku dapat rasakan yang Mak dan Papa seakan 'berat hati'. Aku malas nak fikir sangat tentang 'keserasian' dan 'chemistry' yang aku kaji tu. Tapi, terlalu banyak secara 'kebetulan'nya. Pening la jugak. Aku perlu perhalusi perkara ni. Macamana untuk memperbaiki 'chemistry' mereka. Atau mungkin juga mereka risau dan banyak fikir untuk 'menyetelkan' dulu majlis pertunangan dan kenduri Wan.
Rasa senak jugak kepala aku ni.
Aku kuat memegang teori bahawa, macamana terukpun 'chemistry' sesama insan, agama adalah jalan pengikat yang tepat.
Cumanya, ia perlu penglibatan kedua belah pihak.
Buat masa ni, biar mereka saling mengenali. Biar mereka mencari kebaikan masing-masing. Tiada manusia yang dilahirkan sempurna, kan? Kena terima hakikat tu.
Aku kesian jugak dengan Mak dan Papa. Nak kena fikirkan tentang semua anak dia yang nak kahwin tahun depan.
"Yang dah kahwin tu pun menggatal nak kahwin lagi..." Hah! Mainan perasaan je sebenarnya. Tapi aku tak suka ayat tu! Ayat tak boleh blah...
Err... Camne nih?
Kena buat lagi perbincangan. Secara terbuka. Hati ke hati. Kena tanya betul apa yang terbuku dihati mereka.
Bukan apa, aku perlu menjaga hati semua pihak. Andai terpaksa beralah, aku sedia. Bak kata orang tua-tua, 'menarik benang dalam tepung'. Rambut ditarik keluar, tepung tak berselerak.
Andaikata seeloknya 'postpone' hingga cukup duit, itulah sebaiknya.
Mahu atau tidak, nak tak nak, kena hadapi semua halangan dan rintangan ni. Jodoh tu hak Allah. Dia tahu siapa yang terbaik untuk aku. Tak didunia, InsyaAllah di'sana' nanti.
"Moga ditunjukkan jalan. Moga diberikan kemudahan... Aminn..."
No comments:
Post a Comment