Aug 9, 2011

Umaira 024: Video itu...

2 Ramadhan 1432... Hari kedua berpuasa. Kalau ada yang hari ketiga, pelik! Kalau yang tak berhari lagi tu, uzur syari'e... Bersangka baik!


Memang aku tahu hari ni, 2 Ramadhan. Tapi tahun hijrahnya jenuh gak aku mencari. Salah aku jugak sebab tak pernah peka dengan peredaran bulan Islam. Yang senang ingat, Syawal dan Ramadhan. Itupun sebut Syawal dulu, baru Ramadhan. Nampak sangat!


Punyalah melilau aku cari kat internet, akhirnya jumpa kat Majlis Agama Brunei. Ada kalkulator kalendar Islam. 1432 hijrah...


Mata aku menoleh ke atas CPU. Erk... Kalendar Lembaga Zakat Selangor... Ceh! Ada rupanya...


Aku masih dalam perjalanan untuk memperbaiki diri. Moga Allah beri aku sedikit ruang, masa dan kekuatan. Kepada siapa lagi kita nak memohon kalau bukan kepada Allah, Tuhan Pencipta sekelian alam.


Takkan nak mintak dan bersyukur dengan kerajaan kot? Tu syirik namanya. Berterima kasih pada manusia itu disuruh. Ok la. Err... Jauh pulak lamunan aku pagi ni.


Dua-tiga hari ni, mood aku agak stabil. Aku rasa, aku dah jumpa pengubat 'migrain' aku.


Keterlaluan ker statement aku ni?


Maksud aku, seseorang yang mampu memujuk dan menenangkan hati aku bila aku ada masalah. Jelas, Allah beri apa yang aku perlu.


SubhanAllah...


Automatik wajah itu terbayang dikotak fikiran. Err... Kotak?


Dalam hidup ni, aku macam jugak insan lain yang tetap dan sentiasa dijengah masalah. Cuma bezanya, aku senang dihinggapi migrain andai aku tak ketemu 'jawapan segera' untuk tiap permasalahan tu. Masalah yang setakat ni cuma mampu ku redakan tapi masih belum mampu untuk hilang sepenuhnya.


Aku telah bertemu dengan seseorang...


Hihi...


Err...


Segalanya bermula pada 1-Jun lalu. Sedar tak sedar, 2 bulan dah berlalu. Bagi aku, segalanya bermula dengan satu tindakan yang tak aku jangka yang cukup menarik perhatian aku.


Entah macamana, satu video ceramah agama diberi untuk aku tengok. Ustaznya lawak. Ilmunya padat dan melekat. Ia membuatkan aku cukup teruja.


Tapi yang aku musykilkan, Ustaz tu cerita pasal dia, bukan pasal aku. Cerita pasal dan perihal isteri Solehah. Dah ler saat tu aku tengah dalam keadaan yang buntu dalam mencari si Umaira peneman hati.


Seronoknya rasa macam monyet dapat pisang!


18-Jun-2011 kami bertemu buat kali pertama. Sepatah perkataan rasanya sudah cukup untuk aku perkatakan saat tu... 'Selesa'...


Tapi bagi aku, setiap permulaan kita mengharapkan ada kesudahan yang baik. Ujian tetap datang. Namun bagi aku, segalanya bergantung kepada niat.


Allah akan beri apa yang kita perlukan. Bukan apa yang kita inginkan. Kita kena sentiasa bersyukur atas apa yang kita ada hari ini dan terus memohon agar terus dihadirkan kebaikan buat diri.


Perjalanan perhubungan secara kalkulatifnya masih jauh namun aku dan dia punya komunikasi yang baik, punya perancangan yang elok, InsyaAllah kesudahan yang baik mampu dijelmakan.


Diakah Umaira?


InsyaAllah... ;)


Sebab... Setiap pertemuan punya sebab... Punya hikmah disebalik cerita.

No comments:

Post a Comment