24 Syawal 1432
Benarkah awan itu cantik keungu-ungguan ataukah aku yang bermain rasa mencari keindahan?
Senja itu aku panjangkan menungan.
"15 minit lagi...," bisik hati kecil sambil lengan ku lipat. Harap takde apa...
Aku tersenyum sendiri. Sah aku tengah sakit kepala. Dalam klinik mana ada awan...
Takkan demam kot? Tak panaspun. Aku lekapkan tangan didahi. Yang pasti, tekak aku makin 'rabak' rasanya. Dan pinggang aku terasa sakit.
Mata aku sedikit meliar.
"Hmmm," hampa... Tiada sumber inspirasi. Hehe... Sakit-sakit pun sempat lagi...
Senja melabuh. Akupun rasa macam nak 'melabuh' gak nih. Cepat la wei... Confirm pas Maghrib karang aku flat terus. Tak larat dah ni.
Tulah, Allah uji atas mampu hambaNya. Dan dia tahu apa yang terbaik untuk kita.
Disebabkan aku tak larat, terus Mak budak tergerak nak amik anak-anak aku hari ni.
Erm, cabaran bagi seorang ayah macam aku sebenarnya dalam menjaga anak tatkala kesihatan merudum. Hari pertama demam, memang aku cepat naik angin. Lyana tak bersolat sebab aku tak nak berlembut dengan permintaannya untuk menolong melipatkan lengan bajunya untuk berwudhu. Adeh! Keesokannya, aku dah boleh kontrol. Aku layankan aje kerenah diorang. Pagi, bangun tidur siap aku dukung ke bilik air. Aku gosokkan gigi. Dah selesai dua-dua, baru aku mandi.
"Encik Dzul...," nama aku dipanggil nurse.
"Keputusan darah dah keluar. Platlet ok. Cuma...," pastu doktor menerangkan dengan terpeinci hasil ujian darah aku. Panjang lebar dia 'explain'. Doktor baru. Dr. Farid. Nampak muda lagi. Rasanya, kalau ada yang nak cuba cari jodoh, cuba la 'try test' datang Klinik Aniza... Aku tak tanya la pulak dah kahwin ke belum, sebab aku lelaki, diapun lelaki. Hahaha... Korang gi tanya la sendiri...
"Nasib baik demam virus biasa," aku tersengih sendiri sambil menarik nafas lega. Alhamdulillah...
Banyak jugak la ubat yang aku dapat. Masa untuk aku berantibiotik.
Doktor cadangkan untuk buat pembedahan buang tonsil. Errr... Hehe... Bab 'operate' ni memang aku berat. Besi yang tertanam dalam badan aku ni pun kalau diikutkan 2 tahun lepas dah boleh bawak keluar... Tapi...
Nanti la aku fikir. Nak balik, mandi, solat, tidur... Nite!
Pencarian yang sukar dalam mencari diri yang hilang. Hilangnya diri bersama semangat dan jiwa. Hilang entah ke mana... Meninggal jasad tanpa rasa... Dipanjatkan doa, agar yang hilang kan ketemu. Dipanjatkan doa, agar yang ketemu kan kekal. Dipanjatkan doa, agar yang kekal kan abadi. Amin Ya Rabbal Alamin...
Sep 23, 2011
Sep 22, 2011
METAL KEKARATAN 006
"Hujung bulan ni free tak?"
"Kenapa?" Mata aku masih melekat pada Nissan GTR yang diletakkan didepan kedai. Siapalah yang senang sangat hidupnya. Kan 'best' kalau aku ada 'kereta sukan' yang hebat macam tu.
Hihi... Sempat jugak aku mengelamun.
"Awak...," dahinya berkerut.
"Maaf Cik Aisyah... Saya termengelamun sekejap. Hehe...," terpaksa aku buat muka seposen.
"Untuk pengetahuan Cik Aisyah, 28 haribulan ni saya akan fly ke Seattle. Keje. Kenapa yer?"
"Awalnya pegi. SEMA tu bukan ker 1 haribulan baru setat?"
"Hehe... Menyelam sambil minum air. Alang-alang berjalan jauh... Saya ambil peluang bercuti sekali. Alhamdulillah, bos pun agree," aku mengulum senyum sambil kat kepala aku dah terfikirkan aktiviti-aktiviti yang menarik, dan... Errr, yang tak melanggar syariat ler...
"Eee... Tak aci! Takpe...," makin comel aku tengok bila dia mencebik. Teringat pulak aku masa mula-mula aku jumpa dia dulu. Muka dia yang terpinga bila aku 'bercakap sendirian' disebelah telinga dia. Pantas betul masa berlalu. Dalam diam tak diam dah lebih 6 bulan kitorang berkawan. Itulah yang selalu disebut, 'masa tak pernah jemu untuk meninggalkan kita'...
"Kalau camtu, nak mintak hadiah boleh?" Dia kecikkan mata. Buat muka nakal.
"Erm, boleh la kot? Nak apa?"
"Shelby 1969 GT 500!"
Aish! Apa la punya permintaan la...
"Ooo... Takyah gi sana, hari ni pun saya boleh hadiahkan. Jom!"
"Ye ker? Nak gi mana ni?"
"Jusco...," hehe...
"Tak mo la die cast model..."
Lepas Asar, aku hantar dia balik. Katanya adik nak datang rumah. Cuti semester. Macam biasa, turun je kereta diterus meluru masuk rumah. Akupun faham, tak elok orang tengok.
Pernah jugak aku sakat, bila nak jemput masuk minum teh? Dia tak balas soalan aku. Senyap. Buat tak dengar. Macam-macam perangai.
"Apa aku nak buat malam ni?" Aku mengurut dahi bila tengok kereta berduyun bergerak perlahan nak ke Klang. Hmm...
Malam tu, lepas Isyak, aku turun 'mapley' layan bola. Berdua dengan Bard. Aku telefon, terus dia datang. Nampak sangat tengah boring.
"Ada game yang best ker malam ni?" Aku wusha dia. Patutnya soalan ditanya masa aku telefon tadi.
"Entah. Aku saja ajak lepak. Boring..."
"Tulah, sebab tu orang suruh kawin cepat. Takde la boring macam ni," cantik aku kena bebel.
Aku wusha je sambil angkat kening.
"Yelah... Ayat tu untuk aku sekali... Hehe..."
Tetiba aku teringatkan Cik Aisyah. Ada jugak aku berkias-kias untuk serius dengan dia, tapi tindakbalas dia memang cantik. Senyap, buat bodo, buat tak dengar. Erk!
Memang aku tak faham. Aku pernah terbaca, lelaki yang menjalinkan perhubungan tanpa niat untuk berkahwin leh jatuh fasik. Nauzubillah...

Sep 20, 2011
METAL KEKARATAN 005
"Dapur Kak Ina?" Apa la punya SMS aku dapat ni? Soalan tak habis nak tulis ker? Aish...
Aku melihat jam. Uh! Dah dua belas suku. Pantas betul masa berlalu. Err... Hari ni la. Almaklum, keje tengah banyak memang tak terasa masa begitu pantas meninggalkan kita. Tahu-tahu dah nak rehat tengahari. Tahu-tahu dah nak balik. Hmmm...
Aku tak balas lagi SMS tu. Bukan tak nak. Tapi berat hati. Err...
Aku tenung kembali SMS tu. Erk! Nurin?
Sebenarnya, nama Nurin tu sendiri aku yang bagi. Namanya Nurul Asyikin binti Kamarudin. Nak panggil Nurul, tunang adik aku Nurul. Bekas awek sepupu aku pun Nurul. Nak panggil Asyikin, sama la pulak dengan nama 'office mate' aku. Jadi, ikut suka hati aku amik yang pangkal dengan yang hujung. Hehe...
Macamana pulak, takde ribut, takde hujan leh hantar SMS kat aku? Salah hantar kot?
"Abaikan!" Rengus hati aku. Err... Bunyi macam tak puas hati je... Hehe... Malas aku nak singkap cerita lama. Yang sudah tu sudahlah. Yang dah lepas tu lepaslah. Yang dah melepas, jangan lupa nak 'flush'!
"Brrpppp... Brrppp...," bunyi telefon bergetar. SMS lagi?
"Dapur Kak Ina? Saya belanja... ;) ," err... Perut dah lapar. Aku wusha Ajjax. Takde dah? Ooo... Baru teringat, dia 'half day' hari ni.
Apa la punya SMS. Macam la pernah aku makan tengahari berdua dengan dia. Kalau takat makan je takpe la. Tapi nanti dibukaknya buku sejarah kisah silam Uda dan Dara, tak ker aku jugak yang terkedu balik, termenung beberapa hari macam ayam berak kapur. Erk!
Aku nekad, aku tak nak amik port. Dulu lain...
"Jom...," aku disapa dari belakang...
Aku toleh sambil senyum kelat.
"Err... Jom...," aish! Hilang pedoman kejap. Mananya la hilang kekuatan aku tadi?
Adeh!
Dengan Nurin, aku memang rasa lain sangat. Selalunya camni la. Aku plan lain, lain pulak yang jadi. Senang sangat cair.
"Sini...," aku ikut je dari belakang.
"Err... Keta baru ek?" Lama tak jumpa. Lama tak bertanya khabar. Dah lain aku tengok. Aku tengok je la. Tak tenung lagi.
"Baru dapat pagi tadi. Nak drive?"
"Err... Takpe la... Nak rasa jadi co-pilot," payau beb! Terjebak aku. Kereta baru dapat, dia ajak aku keluar makan. Dah la aku ni jenis kuat perasan. Bab kata Sha, 'persintut' yang bermaksud perasaan yang beremosi. Suka-suka je dia cipta perkataan.
Sepanjang perjalanan, aku senyap. Pandang luar tingkap. Macam banduan kena pindah penjara. Sesekali aku pandang dia, dia senyum. Perangai tak berubah. Jangan hati aku kembali cair sudah.
"Kenapa tiba-tiba je?" Suara aku mendatar.
"Saja...," dia mengulum senyum. Mak aih! Senangnya jawapan.
"Tak suka la jawapan tu...," rasa macam telinga aku dah tumbuh bulu. Nasib baik tiga bilah pisau yang tertanam kat tulang tangan aku tak keluar. Kalau tak, mau rabak kereta ni aku siat. Hehe... Perumpamaan je.
"Saya baru pindah balik sini. Effective minggu lepas..."
Dah buat muka tu, ada la episod pilu nak dibuka. Macam biasa, aku leh agak yang akan terkeluar jugak perkataan 'menyesal' tu... Hmmm... Bengang macamana pun, aku layankan aje. Upss... Sebagai kawan. Yang lepas, yang sudah berlalu tu sejarah. Apa yang berlaku hari ni bagi aku bakal jadi cerita. Yang penting, aku sudah punya impian yang lain sebelum hari ini...

Sep 15, 2011
Umaira 036: Migrain menjengah...
Kepala tengah sakit. Otak tengah berserabut. Tapi pada siapa Aku nak mengadu? Telan sendiri dan bercakap dengan dinding?
Err.. Adeh!
Tadi Mak telefon. Mujur selepas selesai makan dengan Iskandar. Lyana tak makan sama? Tu nanti aku cerita.
Mak tanya, bila Lyana & Is nak beraya di Klang? Aku tak boleh nak jawab. Aku cakap, "Mak kena redha dengan keadaan ni. Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk hambaNya."
Aku tahan telinga je la lepas tu.
"Allah uji hambaNya sebab Dia sayang.." Itu kata hati aku sebagai motivasi. Walaupun ketidakpuasan hati Mak dengan situasi sekarang ni tidak ditujukan pada aku, tapi aku yang mendengarnya menyebabkan aku rasa agak tertekan. Aku tiada solusi selain 'melayan arus'.
Salahkah aku berbuat baik dengan semua orang? Jadi seorang yang ikhlas dalam perbuatan dan permikiran?
Situasi hari ini... Tengahari tadi aku terima sms dari Al-Amin. Arahan untuk mengambil anak segera sebab bekalan elektrik terputus. Aku terfikirkan yang cuti hujung minggu anak-anak akan bersama Mak diorang dan macam biasa Mak diorang akan datang amik bila habis sekolah.
Aku telefon. Nampak gaya, aku mampu siapkan report lebih awal berbanding kesibukan PSSB pada hari pertama Myvi SE dilancarkan hari ni.
"Ok la, saya amik diorang. Petang nanti datang amik kat rumah," bunyi macam pelik, tapi bagi aku, aku kini tidak lagi mengharap apa-apa dari orang melainkan 'apa yang aku mampu lakukan untuk memperbaiki keadaan'. Matlamat aku satu, bila aku ikhlas, aku mampu memberi jawapan kepada persoalan yang membawa kepada ketenangan hati dan fikiran. Memang payah dan letih sket, tapi berbaloi beb!
Lyana masih merajuk. Salah dia. Tapi Alhamdulillah dia tak mengamuk. Logik la, dah salah sendiri. Aku ajak Lyana dan Iskandar solat bersama. "Lepas solat kita makan..."
Lyana 'buat keras'. Aku beristighfar berulang kali. Ujian buat aku barangkali.
Selesai solat, aku buat air dan ajak Iskandar makan. Peraturan, prinsip, disiplin dan ego. Aku satukan demi membentuk anak-anak yang berdisiplin. Aku tak ajak Lyana. Sambil makan, aku bercerita dengan Iskandar tentang peraturan yang aku buat tadi. Bukannya tak boleh untuk makan dulu, baru solat. Tapi aku inginkan Lyana patuh pada arahan mengetepikan kehendak hati.
"Lagi dua ketul ni Ayah simpan untuk Ayah makan malam nanti yer...," aku menutup bekas plastik. Saja aku cakap kuat dengan Iskandar. Lepas tu aku dengar bantal sofa dicampak ke lantai. Sampai bila nak macam tu? Bab ni aku takde jawapan. Selesai makan, aku bungkus 'makanan malam aku' dan letak diatas peti ais.
Anak buat perangai... Mak meluah amarah...
Alhamdulillah, mujur Iskandar relaks dan patuh.
Moga apa yang bersarang, berserabut dalam kepala ni mampu hilang dengan sendiri. Bilakah kan hadirnya teman untukku yang mampu berada disisi disetiap saat yang aku memerlukan macam ni? Adeh!
Ah! Malas la aku nak tambah soalan...
Lama aku merenung rasa. Akhirnya aku mengambil keputusan menghantar sms berceritakan tentang pertanyaan Mak tadi. Logik jugak Mak budak sedih. Logik jugak Nenek budak sedih. Puncanya sebab masa untuk berjumpa Lyana dan Iskandar amatlah terhad.
Aku cuba berlembut dan tak mengapalah andai aku mengalah. Tentang Mak, pandai-pandailah aku pujuk nanti.
Aku perhatikan Lyana yang sedang enak memakan lemang dengan daging hitam. Bab Lyana, hari ni aku mengalah. Tak sampai hati untuk aku biarkan dia berlapar. Dia masih belum dijelaskan tentang betapa besarnya tanggungjawab untuk bersolat. Moga ada jalan dan petunjuk suatu hari nanti agar Lyana dilembutkan hati dan dipermudahkan jalan untuk 'tunduk' bersolat, berbuat baik, merendah diri, berlembut hati demi mendapatkan redha Allah...
"Tet tet...," bunyi sms...
"Takpelah, awak amik la...," err... Alhamdulillah...

Sep 12, 2011
Umaira 035: Awas! Setan qada' keje... ;P
Hujung tahun ni, umur aku akan mencecah 32 tahun. Begitu pantas masa berlalu, tanpa pernah ia menunggu kita yang masih terkial dipentas dunia.
Terkial yang aku maksudkan adalah dalam kita mencari redha Allah. Sebab, banyak benda dan banyak perkara yang menjadi kesukaan serta amalan 'orang sekarang' bukanlah apa yang Allah nak, apa yang Allah suka. Aku namakan sebagai 'konflik hati'. Kita lebih mudah terikut dengan persekitaran. Memang itu logik.
Alhamdulillah la andai persekitaran itu baik dan membawa kita ke arah kebaikan. Namun hakikat serta realiti kehidupan kita hari ini, kita lebih kepada tunduk dan terikut kepada persekitaran yang buruk. Dalam ertikata lain, jadi hamba nafsu. Tewas dengan pujukan syaitan. Nauzubillah...
Aku akui yang akupun begitu. Iman ku nipis. Cumanya, Alhamdulillah persekitaran serta lingkungan hidup aku agak baik dan membawa aku ke arah kebaikan. Memang tiada hidup yang sempurna. Ujian dan dugaan tetap akan hadir sebagai tanda kasihnya Allah pada hambaNya.
Sedang jauh aku mengelamun, aku terasa sedikit sakit dibahu kanan bila aku terlebih gerak. Luka lama, yang dalam serta kurang rawatan susulan. Mungkin sebab dah lama tak 'Taisho'. Baru pagi tadi mula balik sejak Ramadhan lalu.
Err... Bagi yang tak tahu bahasa Jepun, 'Taisho' tu maksudnya bersenam. Kot? Hehe... Akupun tak pasti sangat. Sebab orang pagi-pagi ada lagu dicorong pembesar suara dipasang, dan semua pekerja akan ber'Taisho'. Gerakannya macam bersenam. Takkanlah maksudnya 'menari' pulak? Macam tak kena je dengan aktiviti.
Aish...
Hujung minggu ni cuti 3 hari. Tanpa anak. Kena cari dan buat aktiviti sendiri. Yang merisaukan aku, sindrom kemurungan macam kembali menerjah. Yang paling menakutkan, ia 'meliatkan' aku untuk berjemaah disurau. Adeh!
Aku tak pasti puncanya. Nak kata kurang kasih-sayang, tak logik rasanya. Letih? Err... Apa la sangat yang aku buat?
Hmm... Mungkin sebab setan tengah seronok sangat mengqada' kerja dia lepas sebulan 'kena rantai' hari tu kot? ;P
Bahaya... Bahaya...

Sep 8, 2011
Umaira 034: Oh Lyanaku sayang... kita tengah solat ni
"Aish, teruk sangat nampaknya...," terganggu khusyuk aku melihatkan gelagat Lyana yang sering membetulkan serkup dan telekung ketika solat. Mungkin atas sebab musabab yang macam ni kita tak digalakkan solat sebaris dengan anak kecil. Tapi nak buat macamana, mahu atau tidak inilah masa untuk melatih diorang bersolat.
Gelak aku hampir pecah. Aku tahan untuk tidak tersenyum. Lyana sujud awal. Tali telekungnya dan terjuntai ke depan. Kedua belah tangannya ligat beraksi dibawah telekung. Entah apa yang dia rimaskan entah? Aku terbayang yang telekungnya terbukak ke depan. Rasa macam nak tergelak. Aku ketap bibir. Jahanam solat aku! Aish...
Aku lajukan tempo. Nak cepat abis. Memang tangan dia tak duduk diam. Adeh! Aku cuba mengembalikan khusyuk. Cuba pejam mata. Terpaksa beb!
Selesai beri salam, Aku pandang Lyana. Aku senyum sendirian. Aku tak tahu nak cakap apa. Lyana gosok mata tanda mengantuk. Biasalah, masa solat ni syaitan merata. Jap lagi, segarlah mata tu.
"Ayah, nak tidur..."
"Doa dulu," aku mulakan dengan beristighfar, tiga kali.
"Esok syampu rambut yer."
"Nak Ayah syampukan. Takut kena mata, pedih."
Aku senyum aje la. Nak buat macamana. Aku rasa agakan aku tepat. Memang dia gelisah masa solat tadi sebab kepalanya gatal. Harap bukan dek sebab kutu. Dulu jenuh jugak sebab kutunya banyak. Terpaksa potong pendek. Alhamdulillah ok dah.
Selesai mengemas, aku tutup semua lampu.
Ayat biasa, "Baca doa, tidur..." Arahan rutin. Diorangpun dah faham.
Tapi bak kata aku tadi, mengantuk tu masa bersolat je sebab syaitan bersepah bergayut kat kelopak mata.
Lama jugak la diorang berborak berdua, gelak-gelak. Aku biarkan aje. Tak larat nak membebel. Aku selesaikan sidai baju dan kemas dapur.
"Baca doa... Tidur...," ku ulang berkali-kali.
"Bismikallah humma ahya wa a muth..."

Sep 7, 2011
Umaira 033: Mata hati... peka rasa
Bila dah besar panjang, dah tua berjanggut, aku mulai sedar tentang 'peka perasaan'. Bukan 'cepat perasan'!
Macamana aku nat setatkan bercerita ni ek?
Err...
Sejak alam persekolahan, aku ni seorang budak lelaki normal yang jenis suka buat hal sendiri. Cuma bila meningkat ke penghujung sekolah rendah, time rehat kalau ada aktiviti berkumpulan, aku join la. Contohnya main 'bola kotak'... Err... Ada setengah tempat panggil 'bola tepuk'. Tapi yang aku pasti, bola yang kitorang gunakan tu bukan dibuat dari kotak dan kitorang tidak jugak menepuk bola. Kekadang, kitorang main hantu kejar, main galah panjang.
Dan bagi aku, itulah hidup normal sebagai seorang budak lelaki. Maksud lebih tepat, takde istilah 'kawan perempuan' dalam hidup aku dulu.
Bila aku carik dan kaji balik rakan sekelas bernama perempuan yang 'senang' dengan aku dulu, yang pernah 'suka' dengan aku dulu (kot la...), aku temui satu persamaan. Perincian bab persamaan tu biarlah aku simpan dulu untuk kajian peribadi aku seterusnya. Tapi dapat aku simpulkan yang 'mereka' punya 'peka perasaan'. Seawal sekolah rendah.
Logiknya, mungkin kehalusan perasaan kaum hawa ni dapat merasai benda-benda yang budak lelaki macam aku ni yang tak pernah nak ambik 'port' perasaan sendiri apatahlagi perasaan orang lain.
Mungkin sekadar kebetulan. Mungkin juga petunjuk untuk aku belajar lebih mendalam tentang 'peka perasaan' yang sebenarnya lahir dari jiwa yang menyenangi kehadiran seseorang tanpa wujudnya faktor rangsangan pancaindera.
Hari masih muda. Nasib baik pagi ni banyak jugak aktiviti yang cuba aku buat demi menstabilkan modula oblongata aku yang mudah berdenyut bila keboringan. Nak tak nak, terpaksa. Siapa lagi yang mampu menolong kalau bukan diri sendiri.
Alhamdulillah aku mula terkesan dengan kapsul 'Habbatus sauda' yang aku beli dengan Siti Hajar. Cuma terkadang tersendawa bau pelik. Takpe, yang penting kepala aku boleh 'sihat dan pulih'. Usaha atas sunnah Nabi. Itu yang Siti Hajar bagitau. Usaha secara fizikal. Secara spiritualnya, antara aku dengan Allah. Kena konsisten beb!
Dan Mia pun banyak membantu mengembalikan tenang aku. Sampai bila, tu aku kena usaha keras sikit. Allah dah bagi petunjuk. Dah bagi jalan. Sepertimana doa aku selama ni, kini ia hadir membawa 'tenang' yang aku cari...
Aish... Cam takleh aku nak bercerita lebih. Nanti hati dah berbunga, semua benda tak jadi. Sambung keje... Err... Jom dhuha!

Sep 4, 2011
Umaira 032: Umaira si penenang hati
4 Syawal 1423...
Perjalanan jauh dan penuh ketenangan. Itu yang terlintas dikepala. Buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku menjejakkan kaki ke Johor. Sejak dari kecil, aku tergambarkan Johor yang berada diselatan tanah air itu jauh. Jauh nun ke bawah kalau tengok diatas peta.
Aku 'check' kat Google. Jarak dari rumah aku diKlang ke Segamat lebih kurang 242 km. Payau jugak pada mulanya bila aku tengok satu per tiga perjalanan adalah jalan persekutuan. Aku terbayangkan cuaca yang panas, kereta yang banyak dimusim perayaan ni, jem, selekoh yang banyak. Fobia sebenarnya sebab dulu aku pernah nak ke kenduri kawan di Ipoh, masa tu Tahun Baru Cina. Pergkh, jem tak ingat. Letih macam nak rak.
Namun bila tibanya hari, satu ketenangan hadir tanpa dijangka. Cuaca baik. Tidak terlalu terik. Cuma sedikit renyai dalam perjalanan pulang. Trafik lancar meskipun dijalan persekutuan. Pergi dan balik segalanya lancar dan tenang. SubhanAllah...
Sudah banyak petanda dan 'rasa' yang Allah beri dalam aku mengejar 'Umaira si penenang hati', kali ini ketenangan itu hadir merata. Hadir bersama seorang gadis anak kelahiran Segamat, Johor.
Puncanya aku yakini kali ini aku memilih atas dasar 'suka' kerana Allah. 'Sayang' dan 'kasih' kerana Allah. Aku yakin atas doa disetiap solatku yang mendambakan pasangan dan anak-anak yang menenangkan.
Ujian dan dugaan pastinya kan hadir selepas ni. Lebih-lebih lagi atas dorongan nafsu dan keinginan duniawi yang pernah menggoncang perhubungan kami sebelum ni. Aku perlu lebih kuat selepas ini. Kembali kepada niat dan keinginan yang sepatutnya perlu untuk kita mengejar redha Allah.
Andai dapat aku tanganinya, satu lagi cabaran adalah menyempurnakan sesuatu yang telah dimulakan.
Err...
Seganlah pulak aku nak tulis kat sini. Paham-paham la sendiri... ;P
Cabaran utama adalah faktor masa dan jumlah duit yang mampu aku kumpulkan. Aish... Moga kali ni, tiada unsur tekanan perasaan-stress-hypertension yang wujud dalam tempoh cabaran ini. Mental aku kena kuat beb! Aku harap, dorongan dari keluarga, dari dia serta kawan-kawan, mampu membantu menguatkan mental dan emosi aku. Aku tak larat dah nak sakit macam dulu. Tak nak dah la...
KepadaNya aku memohon... KepadaNya aku berserah... Usaha dan bertawakkal. Itu yang perlu. Niat aku baik. Demi memiliki 'si Umaira penenang hati'... Mungkinkah dia yang kan selamanya bertakhta dihati?

Subscribe to:
Comments (Atom)