Sep 12, 2011

Umaira 035: Awas! Setan qada' keje... ;P

Hujung tahun ni, umur aku akan mencecah 32 tahun. Begitu pantas masa berlalu, tanpa pernah ia menunggu kita yang masih terkial dipentas dunia.


Terkial yang aku maksudkan adalah dalam kita mencari redha Allah. Sebab, banyak benda dan banyak perkara yang menjadi kesukaan serta amalan 'orang sekarang' bukanlah apa yang Allah nak, apa yang Allah suka. Aku namakan sebagai 'konflik hati'. Kita lebih mudah terikut dengan persekitaran. Memang itu logik.


Alhamdulillah la andai persekitaran itu baik dan membawa kita ke arah kebaikan. Namun hakikat serta realiti kehidupan kita hari ini, kita lebih kepada tunduk dan terikut kepada persekitaran yang buruk. Dalam ertikata lain, jadi hamba nafsu. Tewas dengan pujukan syaitan. Nauzubillah...


Aku akui yang akupun begitu. Iman ku nipis. Cumanya, Alhamdulillah persekitaran serta lingkungan hidup aku agak baik dan membawa aku ke arah kebaikan. Memang tiada hidup yang sempurna. Ujian dan dugaan tetap akan hadir sebagai tanda kasihnya Allah pada hambaNya.


Sedang jauh aku mengelamun, aku terasa sedikit sakit dibahu kanan bila aku terlebih gerak. Luka lama, yang dalam serta kurang rawatan susulan. Mungkin sebab dah lama tak 'Taisho'. Baru pagi tadi mula balik sejak Ramadhan lalu.


Err... Bagi yang tak tahu bahasa Jepun, 'Taisho' tu maksudnya bersenam. Kot? Hehe... Akupun tak pasti sangat. Sebab orang pagi-pagi ada lagu dicorong pembesar suara dipasang, dan semua pekerja akan ber'Taisho'. Gerakannya macam bersenam. Takkanlah maksudnya 'menari' pulak? Macam tak kena je dengan aktiviti.


Aish...


Hujung minggu ni cuti 3 hari. Tanpa anak. Kena cari dan buat aktiviti sendiri. Yang merisaukan aku, sindrom kemurungan macam kembali menerjah. Yang paling menakutkan, ia 'meliatkan' aku untuk berjemaah disurau. Adeh!


Aku tak pasti puncanya. Nak kata kurang kasih-sayang, tak logik rasanya. Letih? Err... Apa la sangat yang aku buat?


Hmm... Mungkin sebab setan tengah seronok sangat mengqada' kerja dia lepas sebulan 'kena rantai' hari tu kot? ;P


Bahaya... Bahaya...

No comments:

Post a Comment