Sep 15, 2011

Umaira 036: Migrain menjengah...

Kepala tengah sakit. Otak tengah berserabut. Tapi pada siapa Aku nak mengadu? Telan sendiri dan bercakap dengan dinding?
Err.. Adeh!


Tadi Mak telefon. Mujur selepas selesai makan dengan Iskandar. Lyana tak makan sama? Tu nanti aku cerita.


Mak tanya, bila Lyana & Is nak beraya di Klang? Aku tak boleh nak jawab. Aku cakap, "Mak kena redha dengan keadaan ni. Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk hambaNya."
Aku tahan telinga je la lepas tu.


"Allah uji hambaNya sebab Dia sayang.." Itu kata hati aku sebagai motivasi. Walaupun ketidakpuasan hati Mak dengan situasi sekarang ni tidak ditujukan pada aku, tapi aku yang mendengarnya menyebabkan aku rasa agak tertekan. Aku tiada solusi selain 'melayan arus'.


Salahkah aku berbuat baik dengan semua orang? Jadi seorang yang ikhlas dalam perbuatan dan permikiran?


Situasi hari ini... Tengahari tadi aku terima sms dari Al-Amin. Arahan untuk mengambil anak segera sebab bekalan elektrik terputus. Aku terfikirkan yang cuti hujung minggu anak-anak akan bersama Mak diorang dan macam biasa Mak diorang akan datang amik bila habis sekolah.


Aku telefon. Nampak gaya, aku mampu siapkan report lebih awal berbanding kesibukan PSSB pada hari pertama Myvi SE dilancarkan hari ni.


"Ok la, saya amik diorang. Petang nanti datang amik kat rumah," bunyi macam pelik, tapi bagi aku, aku kini tidak lagi mengharap apa-apa dari orang melainkan 'apa yang aku mampu lakukan untuk memperbaiki keadaan'. Matlamat aku satu, bila aku ikhlas, aku mampu memberi jawapan kepada persoalan yang membawa kepada ketenangan hati dan fikiran. Memang payah dan letih sket, tapi berbaloi beb!


Lyana masih merajuk. Salah dia. Tapi Alhamdulillah dia tak mengamuk. Logik la, dah salah sendiri. Aku ajak Lyana dan Iskandar solat bersama. "Lepas solat kita makan..."


Lyana 'buat keras'. Aku beristighfar berulang kali. Ujian buat aku barangkali.


Selesai solat, aku buat air dan ajak Iskandar makan. Peraturan, prinsip, disiplin dan ego. Aku satukan demi membentuk anak-anak yang berdisiplin. Aku tak ajak Lyana. Sambil makan, aku bercerita dengan Iskandar tentang peraturan yang aku buat tadi. Bukannya tak boleh untuk makan dulu, baru solat. Tapi aku inginkan Lyana patuh pada arahan mengetepikan kehendak hati.


"Lagi dua ketul ni Ayah simpan untuk Ayah makan malam nanti yer...," aku menutup bekas plastik. Saja aku cakap kuat dengan Iskandar. Lepas tu aku dengar bantal sofa dicampak ke lantai. Sampai bila nak macam tu? Bab ni aku takde jawapan. Selesai makan, aku bungkus 'makanan malam aku' dan letak diatas peti ais.


Anak buat perangai... Mak meluah amarah...


Alhamdulillah, mujur Iskandar relaks dan patuh.


Moga apa yang bersarang, berserabut dalam kepala ni mampu hilang dengan sendiri. Bilakah kan hadirnya teman untukku yang mampu berada disisi disetiap saat yang aku memerlukan macam ni? Adeh!


Ah! Malas la aku nak tambah soalan...


Lama aku merenung rasa. Akhirnya aku mengambil keputusan menghantar sms berceritakan tentang pertanyaan Mak tadi. Logik jugak Mak budak sedih. Logik jugak Nenek budak sedih. Puncanya sebab masa untuk berjumpa Lyana dan Iskandar amatlah terhad.


Aku cuba berlembut dan tak mengapalah andai aku mengalah. Tentang Mak, pandai-pandailah aku pujuk nanti.


Aku perhatikan Lyana yang sedang enak memakan lemang dengan daging hitam. Bab Lyana, hari ni aku mengalah. Tak sampai hati untuk aku biarkan dia berlapar. Dia masih belum dijelaskan tentang betapa besarnya tanggungjawab untuk bersolat. Moga ada jalan dan petunjuk suatu hari nanti agar Lyana dilembutkan hati dan dipermudahkan jalan untuk 'tunduk' bersolat, berbuat baik, merendah diri, berlembut hati demi mendapatkan redha Allah...


"Tet tet...," bunyi sms...

"Takpelah, awak amik la...," err... Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment