Sep 22, 2011

METAL KEKARATAN 006

"Hujung bulan ni free tak?"


"Kenapa?" Mata aku masih melekat pada Nissan GTR yang diletakkan didepan kedai. Siapalah yang senang sangat hidupnya. Kan 'best' kalau aku ada 'kereta sukan' yang hebat macam tu.


Hihi... Sempat jugak aku mengelamun.


"Awak...," dahinya berkerut.


"Maaf Cik Aisyah... Saya termengelamun sekejap. Hehe...," terpaksa aku buat muka seposen.


"Untuk pengetahuan Cik Aisyah, 28 haribulan ni saya akan fly ke Seattle. Keje. Kenapa yer?"


"Awalnya pegi. SEMA tu bukan ker 1 haribulan baru setat?"


"Hehe... Menyelam sambil minum air. Alang-alang berjalan jauh... Saya ambil peluang bercuti sekali. Alhamdulillah, bos pun agree," aku mengulum senyum sambil kat kepala aku dah terfikirkan aktiviti-aktiviti yang menarik, dan... Errr, yang tak melanggar syariat ler...


"Eee... Tak aci! Takpe...," makin comel aku tengok bila dia mencebik. Teringat pulak aku masa mula-mula aku jumpa dia dulu. Muka dia yang terpinga bila aku 'bercakap sendirian' disebelah telinga dia. Pantas betul masa berlalu. Dalam diam tak diam dah lebih 6 bulan kitorang berkawan. Itulah yang selalu disebut, 'masa tak pernah jemu untuk meninggalkan kita'...


"Kalau camtu, nak mintak hadiah boleh?" Dia kecikkan mata. Buat muka nakal.


"Erm, boleh la kot? Nak apa?"


"Shelby 1969 GT 500!"


Aish! Apa la punya permintaan la...
"Ooo... Takyah gi sana, hari ni pun saya boleh hadiahkan. Jom!"


"Ye ker? Nak gi mana ni?"


"Jusco...," hehe...


"Tak mo la die cast model..."


Lepas Asar, aku hantar dia balik. Katanya adik nak datang rumah. Cuti semester. Macam biasa, turun je kereta diterus meluru masuk rumah. Akupun faham, tak elok orang tengok.


Pernah jugak aku sakat, bila nak jemput masuk minum teh? Dia tak balas soalan aku. Senyap. Buat tak dengar. Macam-macam perangai.


"Apa aku nak buat malam ni?" Aku mengurut dahi bila tengok kereta berduyun bergerak perlahan nak ke Klang. Hmm...


Malam tu, lepas Isyak, aku turun 'mapley' layan bola. Berdua dengan Bard. Aku telefon, terus dia datang. Nampak sangat tengah boring.


"Ada game yang best ker malam ni?" Aku wusha dia. Patutnya soalan ditanya masa aku telefon tadi.


"Entah. Aku saja ajak lepak. Boring..."


"Tulah, sebab tu orang suruh kawin cepat. Takde la boring macam ni," cantik aku kena bebel.


Aku wusha je sambil angkat kening.


"Yelah... Ayat tu untuk aku sekali... Hehe..."


Tetiba aku teringatkan Cik Aisyah. Ada jugak aku berkias-kias untuk serius dengan dia, tapi tindakbalas dia memang cantik. Senyap, buat bodo, buat tak dengar. Erk!


Memang aku tak faham. Aku pernah terbaca, lelaki yang menjalinkan perhubungan tanpa niat untuk berkahwin leh jatuh fasik. Nauzubillah...

No comments:

Post a Comment