4 Syawal 1423...
Perjalanan jauh dan penuh ketenangan. Itu yang terlintas dikepala. Buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku menjejakkan kaki ke Johor. Sejak dari kecil, aku tergambarkan Johor yang berada diselatan tanah air itu jauh. Jauh nun ke bawah kalau tengok diatas peta.
Aku 'check' kat Google. Jarak dari rumah aku diKlang ke Segamat lebih kurang 242 km. Payau jugak pada mulanya bila aku tengok satu per tiga perjalanan adalah jalan persekutuan. Aku terbayangkan cuaca yang panas, kereta yang banyak dimusim perayaan ni, jem, selekoh yang banyak. Fobia sebenarnya sebab dulu aku pernah nak ke kenduri kawan di Ipoh, masa tu Tahun Baru Cina. Pergkh, jem tak ingat. Letih macam nak rak.
Namun bila tibanya hari, satu ketenangan hadir tanpa dijangka. Cuaca baik. Tidak terlalu terik. Cuma sedikit renyai dalam perjalanan pulang. Trafik lancar meskipun dijalan persekutuan. Pergi dan balik segalanya lancar dan tenang. SubhanAllah...
Sudah banyak petanda dan 'rasa' yang Allah beri dalam aku mengejar 'Umaira si penenang hati', kali ini ketenangan itu hadir merata. Hadir bersama seorang gadis anak kelahiran Segamat, Johor.
Puncanya aku yakini kali ini aku memilih atas dasar 'suka' kerana Allah. 'Sayang' dan 'kasih' kerana Allah. Aku yakin atas doa disetiap solatku yang mendambakan pasangan dan anak-anak yang menenangkan.
Ujian dan dugaan pastinya kan hadir selepas ni. Lebih-lebih lagi atas dorongan nafsu dan keinginan duniawi yang pernah menggoncang perhubungan kami sebelum ni. Aku perlu lebih kuat selepas ini. Kembali kepada niat dan keinginan yang sepatutnya perlu untuk kita mengejar redha Allah.
Andai dapat aku tanganinya, satu lagi cabaran adalah menyempurnakan sesuatu yang telah dimulakan.
Err...
Seganlah pulak aku nak tulis kat sini. Paham-paham la sendiri... ;P
Cabaran utama adalah faktor masa dan jumlah duit yang mampu aku kumpulkan. Aish... Moga kali ni, tiada unsur tekanan perasaan-stress-hypertension yang wujud dalam tempoh cabaran ini. Mental aku kena kuat beb! Aku harap, dorongan dari keluarga, dari dia serta kawan-kawan, mampu membantu menguatkan mental dan emosi aku. Aku tak larat dah nak sakit macam dulu. Tak nak dah la...
KepadaNya aku memohon... KepadaNya aku berserah... Usaha dan bertawakkal. Itu yang perlu. Niat aku baik. Demi memiliki 'si Umaira penenang hati'... Mungkinkah dia yang kan selamanya bertakhta dihati?
No comments:
Post a Comment