Bila dah besar panjang, dah tua berjanggut, aku mulai sedar tentang 'peka perasaan'. Bukan 'cepat perasan'!
Macamana aku nat setatkan bercerita ni ek?
Err...
Sejak alam persekolahan, aku ni seorang budak lelaki normal yang jenis suka buat hal sendiri. Cuma bila meningkat ke penghujung sekolah rendah, time rehat kalau ada aktiviti berkumpulan, aku join la. Contohnya main 'bola kotak'... Err... Ada setengah tempat panggil 'bola tepuk'. Tapi yang aku pasti, bola yang kitorang gunakan tu bukan dibuat dari kotak dan kitorang tidak jugak menepuk bola. Kekadang, kitorang main hantu kejar, main galah panjang.
Dan bagi aku, itulah hidup normal sebagai seorang budak lelaki. Maksud lebih tepat, takde istilah 'kawan perempuan' dalam hidup aku dulu.
Bila aku carik dan kaji balik rakan sekelas bernama perempuan yang 'senang' dengan aku dulu, yang pernah 'suka' dengan aku dulu (kot la...), aku temui satu persamaan. Perincian bab persamaan tu biarlah aku simpan dulu untuk kajian peribadi aku seterusnya. Tapi dapat aku simpulkan yang 'mereka' punya 'peka perasaan'. Seawal sekolah rendah.
Logiknya, mungkin kehalusan perasaan kaum hawa ni dapat merasai benda-benda yang budak lelaki macam aku ni yang tak pernah nak ambik 'port' perasaan sendiri apatahlagi perasaan orang lain.
Mungkin sekadar kebetulan. Mungkin juga petunjuk untuk aku belajar lebih mendalam tentang 'peka perasaan' yang sebenarnya lahir dari jiwa yang menyenangi kehadiran seseorang tanpa wujudnya faktor rangsangan pancaindera.
Hari masih muda. Nasib baik pagi ni banyak jugak aktiviti yang cuba aku buat demi menstabilkan modula oblongata aku yang mudah berdenyut bila keboringan. Nak tak nak, terpaksa. Siapa lagi yang mampu menolong kalau bukan diri sendiri.
Alhamdulillah aku mula terkesan dengan kapsul 'Habbatus sauda' yang aku beli dengan Siti Hajar. Cuma terkadang tersendawa bau pelik. Takpe, yang penting kepala aku boleh 'sihat dan pulih'. Usaha atas sunnah Nabi. Itu yang Siti Hajar bagitau. Usaha secara fizikal. Secara spiritualnya, antara aku dengan Allah. Kena konsisten beb!
Dan Mia pun banyak membantu mengembalikan tenang aku. Sampai bila, tu aku kena usaha keras sikit. Allah dah bagi petunjuk. Dah bagi jalan. Sepertimana doa aku selama ni, kini ia hadir membawa 'tenang' yang aku cari...
Aish... Cam takleh aku nak bercerita lebih. Nanti hati dah berbunga, semua benda tak jadi. Sambung keje... Err... Jom dhuha!
No comments:
Post a Comment