"Aish, teruk sangat nampaknya...," terganggu khusyuk aku melihatkan gelagat Lyana yang sering membetulkan serkup dan telekung ketika solat. Mungkin atas sebab musabab yang macam ni kita tak digalakkan solat sebaris dengan anak kecil. Tapi nak buat macamana, mahu atau tidak inilah masa untuk melatih diorang bersolat.
Gelak aku hampir pecah. Aku tahan untuk tidak tersenyum. Lyana sujud awal. Tali telekungnya dan terjuntai ke depan. Kedua belah tangannya ligat beraksi dibawah telekung. Entah apa yang dia rimaskan entah? Aku terbayang yang telekungnya terbukak ke depan. Rasa macam nak tergelak. Aku ketap bibir. Jahanam solat aku! Aish...
Aku lajukan tempo. Nak cepat abis. Memang tangan dia tak duduk diam. Adeh! Aku cuba mengembalikan khusyuk. Cuba pejam mata. Terpaksa beb!
Selesai beri salam, Aku pandang Lyana. Aku senyum sendirian. Aku tak tahu nak cakap apa. Lyana gosok mata tanda mengantuk. Biasalah, masa solat ni syaitan merata. Jap lagi, segarlah mata tu.
"Ayah, nak tidur..."
"Doa dulu," aku mulakan dengan beristighfar, tiga kali.
"Esok syampu rambut yer."
"Nak Ayah syampukan. Takut kena mata, pedih."
Aku senyum aje la. Nak buat macamana. Aku rasa agakan aku tepat. Memang dia gelisah masa solat tadi sebab kepalanya gatal. Harap bukan dek sebab kutu. Dulu jenuh jugak sebab kutunya banyak. Terpaksa potong pendek. Alhamdulillah ok dah.
Selesai mengemas, aku tutup semua lampu.
Ayat biasa, "Baca doa, tidur..." Arahan rutin. Diorangpun dah faham.
Tapi bak kata aku tadi, mengantuk tu masa bersolat je sebab syaitan bersepah bergayut kat kelopak mata.
Lama jugak la diorang berborak berdua, gelak-gelak. Aku biarkan aje. Tak larat nak membebel. Aku selesaikan sidai baju dan kemas dapur.
"Baca doa... Tidur...," ku ulang berkali-kali.
"Bismikallah humma ahya wa a muth..."
No comments:
Post a Comment