Alhamdulillah... Hari ini aku betul benar berjaya untuk 'membuang' segalanya jauh dari hati. Apa yang aku buang? Erm, aku buang perasaan.
Aku padam segala yang berkaitan. Aku kawal perasaan. Aku jaga mata. Aku pelihara hati. Terzahir segalanya melalui tindakan.
Secara rasminya, aku akan mula merencana hidup tanpa cinta pada wanita. Sampai bila? Itu percaturan Allah. Aku tak mengelak dan aku tak lari. Aku tetap disini. Kerja, makan, tidur, bermain, semua dan segalanya disini. Tak ke mana. Jadi, tak perlulah sebut aku bukan umat Nabi Muhammad sebab taknak kahwin. Bukan taknak, tapi masa-ketika-keadaan-calon belum memungkinkan benda tu berlaku.
Memilih?
Err... Katakan kita nak pergi beli kereta, duit merupakan hak kita. Kereta adalah perumpamaan untuk calon isteri. Kita beli kereta untuk apa? Keperluan atau kehendak? Ok... Sebagai contoh, kita reka satu cerita. Encik Razak Hensem ingin membeli kereta. Dia ada 50 ribu. Tujuan dia membeli sebab dia sudah berpindah tempat kerja. Jauh sedikit dan banyak lori. Jadi, tak sesuai untuk menunggang motosikal. Dalam bab ni, sebab utama adalah kerana keperluan. Tapi Encik Razak Hensem inginkan kereta baru yang selesa dan cantik. Sebab kedua adalah kehendak. Nak dijadikan cerita, sampai di 'show room', dia membelek beberapa jenis kereta. Kereta model B menarik minatnya. Harga dan rekabentuk kereta tersebut menepati kemampuan dan kehendak dia.
"Maaf Encik, kereta ni takde stok. 2 bulan lagi baru ada. Sebab Thailand banjir, ada bahagian kereta ini yang tak memungkinkan proses pengeluaran dijalankan"
Sedikit kecewa rasa dihati Encik Razak Hensem. Nak naik motor selama dua bulan, tak larat dan bahaya.
"Apa kata Encik beli model A ni. Harganya murah sikit, tapi lebih cantik dari yang tadi," tambah jurujual.
Encik Razak perlukan sangat sebuah kereta. Jadi, dia ambil keputusan untuk beli model A. Walau tak memenuhi kehendaknya, tapi kereta ini lebih jimat, murah dan lebih menarik. Cuma tak berkenan dihati.
Selepas 3 tahun, Encik Razak menjual kereta model A dan membeli kereta model B keluaran terbaru. Cerita sedikit berpusing, tapi faham-fahamkan sendiri la...
Tapi dalam bab aku, aku teringin nak beli kereta. Err... Reka satu cerita la. Hah... Aku guna nama Encik Dzul Berambut. Encik Dzul Berambut teringin nak beli kereta. Tapi, sekadar untuk beriadah dan sekali-sekala balik kampung nenek. Rumahnya dengan tempat keje, kalau berjalan kaki mengambil masa 3 minit. Untuk ke rumah Maknya, 30 saat je sebab sebelah rumah. Kalau ke bandar, dia akan ambil bas sahaja sebab biasanya dia akan ke bandar 2 kali sebulan. Sekali untuk bayar duit rumah. Sekali untuk pergi makan KFC ditengah bulan.
So, dalam keadaan ni, kereta hanyalah kehendak. Dia masih mampu untuk berjalan kaki ke mana-mana...
Encik Dzul Berambut ni pun meminati kereta model B. Kena tunggu dua bulan. Jadi dia tunggu la dua bulan.
Erm, leh faham?
Habis dah kot cerita aku tu...
Nak bestkan lagi cerita rekaan aku tu, aku sambung sket lagi...
Dua bulan lepas tu, sehari sebelum dia ingin membeli kereta model B, dia menerima panggilan, "Encik menang kereta model B!"
Akhirnya Encik Dzul Berambut pulang ke rumah dengan bergaya dengan kereta model B hasil peraduan gores dan menang... -TAMAT-
Tihihi...
Pencarian yang sukar dalam mencari diri yang hilang. Hilangnya diri bersama semangat dan jiwa. Hilang entah ke mana... Meninggal jasad tanpa rasa... Dipanjatkan doa, agar yang hilang kan ketemu. Dipanjatkan doa, agar yang ketemu kan kekal. Dipanjatkan doa, agar yang kekal kan abadi. Amin Ya Rabbal Alamin...
Nov 28, 2011
Nov 27, 2011
Aku dan Dia 009: Salam Maal Hijrah 1433
1 Muharram 1433... Aku tidur agak lewat. Lebih kurang jam 1 pagi baru aku benar lelap. Apa yang aku menungkan? Entahlah... Yang pasti, sehari-dua ni aku agak sunyi. Mujur siang hari aku ada banyak aktiviti. Pergi pasar. Pergi kedai hardware. Pergi rumah orang kahwin. Semua tu aktiviti dalam beribadah. Beribadah maksud aku adalah berbakti kepada kedua ibu-bapa.
Bab sunyi, segala kemungkinan untuk mendapat pasangan tidak lagi ku fikirkan sangat kini. Aku tahu agak payah untuk aku mencari yang mampu aku terima sepenuh hati. Punya asas agama yang baik, mampu terima aku, mampu terima anak-anak aku, mampu terima keluarga aku, bekerja dekat dengan rumah aku... Mahu atau tidak, hakikat perlu aku telan yang pencarian kini semakin sukar.
Mata aku mampu dikaburkan dengan kecantikan, tetapi hati, rasional serta sifat realistik aku amat sukar untuk diyakinkan.
"Aku nak bangun tahajjud...," aku berniat sebelum tidur. Dalam pada itu, aku teringin untuk menghadiri kuliah Subuh di Masjid Nurul Iman Kampung Delek. Sempat aku belek risalah Sambutan Maal Hijrah daerah Klang sebelum membaca doa akhir tahun senja tadi. Ustaz Don yang akan beri ceramah.
Sebelum ini, aku tak kenalpun Ustaz muda ini. Entah macamana beberapa hari lepas aku tergerak untuk menonton tv dan aku buka tv Al-Hijrah. Ada seorang ustaz sedang mengajar cara mewudhu'kan orang yang lumpuh. Cara penyampaiannya segar dan bersahaja.
Tepat jam 4.44 penggera handphone berbunyi. Alhamdulillah aku bangun dengan rasa cukup segar.
Aku bingkas bangun. Tuala ku capai. Rutin biasa, aku akan cari sedikit air masak. Kumur dan telan.
Selesai mandi, sempat untuk aku bertahajjud dua rakaat.
Sempat nak ke masjid ni. Wajah Ustaz Don mula terbayang. Dengan berniat, aku dapat rasai akan dorongan rasa itu akan membuatkan kita jadi kuat. Sedar atau tidak, tubuh badan juga beri reaksi yang sama.
"5.30...," masa untuk gerak. Aku tanya Papa semalam. Papa kata Masjid Nurul Iman letaknya di Kampung Delek Baru. Dekat jugak ler dengan tempat memancing yang rakan-rakan VID pergi hari tu.
Aku letak kereta diluar masjid. Dari luar aku lihat banyak khemah didalam pagar masjid. Malas nak parking kat dalam, nanti susah nak keluar.
Imam sedang membawa makmum berqiamullail. Tak habis lagi...
Ramai budak-budak. "Dari sekolah tahfiz mungkin?" Kata hati kecil.
Aku, Tahiyyatul masjid...
Mereka, witir...
Azan mula berkumandang. Aku rasa agak segar Subuh ini. Cuaca agak sejuk diluar. Ku perhati, orang makin ramai.
Selesai solat, Ustaz Osman yang membawa jemaah berqiamullail tadi, membaca doa. Sedap suaranya. Indah intonasinya... Setiap butir meruntun kalbu. Meresap...
Kehadiran Ustaz Don selepas itu dinanti.
Murah dengan senyuman. Berbeza dengan ustaz lain, Ustaz Don ni banyak menggunakan bahasa badan. Muka, tangan, badan. Agak menarik. Ustaz Don Daniyal. Namapun unik.
Pakcik sebelah sering gagal mengawal tawa. Kuliahnya santai. Kupasan Al-Quran dan Hadis tentang tidur, selawat dan kepentingan untuk melahirkan generasi yang hafaz, faham dan amal Al-Quran. SubhanAllah...
Ibu-bapa yang anaknya menghafal, faham dan mengamal Al-Quran, diakhirat kelak akan dikurniakan sepasang mahkota. Mahkota itu bercahaya bersinar yang terang melebihi terangnya cahaya Matahari. SubhanAllah...
InsyaAllah, itu niat aku untuk Lyana dan Iskandar. Tapi perlu juga perbincangan, penerangan dan pemahaman antara aku dan Ila. Tiada yang lebih baik untuk ibu-bapa melainkan amal soleh, sedekah jariah dan anak-anak yang soleh.
Hari ini hari baru. Tahun baru. Azam baru. Aku terniat untuk berkahwin. Duit boleh cari. Calon isteri...? Err... Susah nak jawab. Kriteria meninggi atas banyak sebab. Aku yakin akan ada untuk aku.
Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Andai tiada di'sini', InsyaAllah ada di'sana'.
Aku teruskan berdoa... Aku teruskan berusaha...
"Ya Allah ya tuhanku, andai ada insan yang baik untukku, untuk anak-anakku, untuk keluargaku, Kau satukanlah kami. Andai sebaliknya, Kau jauhkanlah... Hanya kepadaMua aku berserah dan meminta pertolongan..."
Selesai Dhuha, aku berangkat pulang sambil menundukkan pandangan... "Cooobaaa annn...", hehe...

Nov 20, 2011
Aku dan Dia 001: Pertunangan
Tanggal 19 November 2011, menjadi tarikh bersejarah buat adik perempuan aku yang perasan lawa; Lin. Hehe... Mesti dia hangin dengan statement tak sayang mulut dari Alongnya.
Pada hari itu, Lin bertunang dengan kekasihnya; Aznam. Perkenalan yang agak lama, berkawan, bercinta, moga kekal hingga diijab-kabul dan hingga ke akhir hayat. Itulah hakikat serta harapan semua orang dalam melayari hubungan cinta.
Kata seorang teman, cinta tanpa niat perkahwinan boleh membawa seseorang itu jatuh fasik. Na'uzubillah... Tapi sampai sekarang, aku masih kurang jelas tentang maksud fasik itu sendiri. Banyak perkara yang aku belajar melalui pengalaman dan kuliah. Moga bab fasik ni melalui kuliah. Takmo la melalui pengalaman diri.
Berbalik kepada majlis pertunangan, Alhmdulillah segalanya berjalan lancar. Persediaan majlis agak baik. Berkat kerjasama banyak pihak terutama ahli keluarga terdekat. Ribuan terima kasih aku ucapkan buat semua yang menjayakan majlis ini.
Jam 12.30, rombongan pihak lelaki tiba. Aku tak pasti pulak berapa dulang. Sebab tak cukup jari aku mengira. Meskipun telah dicampur dengan jari kaki. Adeh!
Tak mengapalah... Asal kedua belah pihak hepi dan tak rasa terbeban, Alhamdulillah.
Lain benar aku tengok Lin lepas mekap. Mahu atau tidak, kena mekap jugak sebab tanpa mekap, gambar tak boleh jadi cantik seperti diharapkan. Dari sudut mata aku, kecantikan semulajadi lebih memikat. Err... Berbalik kepada cerita asal... Lin nampak gembira sangat. Akupun jadi hepi dan bersemangat untuk bekerja.
Jadi, lepas makan, aku pantas menukar baju dan memikul tugas membasuh pinggan. Tugas yang ramai orang mengelak. Cara aku, usah mengharap orang lain. Hanya diri kita yang mampu mengubah keadaan.
Syukur, ada dua orang pekerja kontrak Papa menolong. Aku kesian jugak sebab bagi aku mereka adalah tetamu majlis. Hari ni lah masanya untuk mereka berehat. Tapi mereka bersungguh ingin menghulur bantuan.
Sehingga pukul 3.30 masih ada tetamu yang datang. Lewat, mungkin ada hal. Baru aku terasa lapar.
"Tugas dah selesai," hehe... Aku banyak basuh cawan. Pinggan majoritinya dibasuh diluar rumah.
"Dengan rasminya, kaunter ditutup," ada sikit-sikit tu harap adalah yang sudi setelkan. Yang ringan tangan. Perut dah lapar, tangan pun dah sakit, kini masa untuk berehat.
Selesai makan, aku baring kat bilik Mak. Tutup lampu, pasang kipas kuat-kuat sambil layan FB dan habiskan menaip untuk Intro 'Aku dan Dia'.
Terlelap...
Seronok majlis macam ni, dapat berkumpul dan berjumpa saudara-mara. Sesuatu ikatan takkan mampu bertahan elok tanpa berjumpa. Banyak bezanya.
Lin, aku lihat dia mampu akur dan mengikut kehendak tunangnya dalam persiapan hantaran. Walau banyak komen dan kritikan yang sengaja aku mainkan, dari hal jumlah hantaran melebihi seluruh jari, jenis barang hantaran dan banyak lagi, namun segalanya nampak tak membebankan sangat kepala dia dan boleh mengikut rentak keluarga sebelah sana.
Elok bagi aku. Latihan untuk bakal isteri untuk taat kepada suami dan bakal mertuanya. Syurga si suami pada ibunya. Syurga isteri pada suaminya. Sepatutnya jelas untuk semua menilai bagaimana dan apa yang patut kita turuti. Islam mengajar untuk kebaikan seluruh alam. Hanya pada yang taat dan ikhlas akan merasai nikmatnya.
Aku yakin, kebahagiaan milik mereka. Mak dan Papa pun jenis yang boleh banyak bertolak-ansur dengan orang. Untung dapat mertua macam Mak dan Papa.
"Aik, ayat macam promote diri je?"
Err...
Cuma satu aku nak tambah... Harap tak terkejut la sebab Mak dan Papa aku macam hero dan heroin cerita Full House. Loving couple yang suka bercakaran. Tapi elok bahagia sampai ke anak-cucu-cicit... Alhamdulillah... Kena belajar dari diorang tentang rasional dan tahap kesabaran yang tinggi untuk mengekalkan rumah-tangga.
Tahniah Lin... Tahniah Aznam... ;)
Dan Selamat Hari Lahir untuk aku... Huhu... Terima Kasih Mak!

Aku dan Dia: Intro (Part 2)
Kembalinya kehadiran anak-anak dalam hidup aku kini kembali mencorak kehidupan aku.
Kehadiran itu atas dasar perbincangan dan niat untuk bantu-membantu dengan bekas isteri dan suaminya demi kebaikan, demi masa depan Lyana dan Iskandar. Kesilapan lalu, kejatuhan masa lalu membentuk saya kebangkitan bersama untuk menjadi seseorang yang lebih baik. Dan kata 'lebih baik' itu kini bagi aku lebih terarah kepada penambah baikan diri dalam segala segi terutama dalam sudut keredhaan Allah.
Meskipun komitmen bertambah dari segi perbelanjaan, tenaga, masa, yang tampak optimum, namun semua itu masih didalam mampu. Bab komitmen, bagi aku segalanya boleh dan mampu tapi perlu ada rasa ikhlas yang tinggi serta rasa ingin mendapat redha Allah yang menebal. Permulaannya agak sukar. Perlu latihan hati, serta praktikal yang berterusan. Alhamdulillah, buat masa ini semuanya dalam jangkauan.
Sesungguhnya, kehidupan kita ini adalah satu proses pembelajaran jangka panjang. Tak dinafikan, kesilapan yang kita buat adalah pengajaran paling berkesan. Terkesan dan memberi kesan mendalam dihati. Cuma yang sedikit menyesakkan dada, lumrah masyarakat yang lebih mudah untuk mengingati 1 kesilapan terakhir yang kita buat berbanding 1000 kebaikan yang kita ada. Nak buat macamana, nasi dah jadi bubur. Paling tidak, langkah terakhir yang termampu adalah ubahsuai bubur itu menjadi 'bubur lambuk'. Digemari ramai. Sedap dimakan dan boleh dihadiahkan pada ramai. Erm... ;)
Alhamdulillah, nilai positif kian menebal pada diri. Terima kasih kepada Mak, Papa, Wan, Lin, Is, Lyana, Atok, seluruh ahli keluarga, teman-teman, rakan-rakan dan insan-insan istimewa serta keluarga mereka yang pernah hadir dalam hidup aku. Semangat, pengajaran, sokongan, kasih dan sayang membentuk satu anjakan tak terjangka. Tanpa kalian, aku tak mampu berdiri elok seperti hari ini.
Kini, usia perpisahan melampaui 30 bulan. Bukanlah satu jangkamasa yang pendek untuk aku harungi. Kalau berhutang dengan Court Mammoth boleh dikatakan dah habis bayar lah... Hehe... Saja mengarut!
Bab sunyi, aku tak nak fikirkan sangat. Rasa sunyi itu telah melukakan hati orang. Dan akhirnya aku yang berdosa.
Siapa kata aku mampu hidup tanpa teman? Jelas, memang aku tak mampu. Tapi perlu tenang dan betul mengenali hati.
Banyak perhubungan yang berakhir ditengah jalan. Sebab ia dimulakan dengan rasa sunyi. Sunyi tidak boleh dijadikan alasan untuk bercinta. Aku bercerita tentang diri aku. Dan itu pendapat aku. Pengalaman mencorak hujah dan pendapat.
Sunyi kemudian berteman. Seronok! Lepas tu? Seronok berteman dan jatuh cinta? Benarkah cinta atau desakan rasa dan nafsu yang memuncak? Seringkali, rasa itu makin menyurut dan goyah.
Kegoyahan rasa itu membuatkan aku tak kuat untuk berkomitmen. Fikir itu tak mampu. Ini tak mampu. Aku pernah benar-benar jatuh cinta. Aku tahu bagaimana rasa itu dan tinggi ketahanannya. Yang mana dengan rasa itu orang mampu mengeluarkan kata, "Lautan api akan ku renangi..."
Aku kenal diri aku. Tahap kemampuan aku. Dan aku taknak jadi lelaki yang mementingkan diri dengan mengambil kesempatan atas rasa cinta wanita.
Kalau orang tanya, "Kau nak kahwin?"
Jawapan pasti aku adalah "Ya!" Konfiden tahap cipan! Bersemangat macam masa aku menyanyi lagu sekolah masa darjah dua dulu. Err...
Tapi dengan siapa? Jawapan itu hanya hati dan jiwa didalam aku yang mampu menjawab. Yang mampu kekal dan kuat mengasihi dengan hadirnya ikatan luar biasa yang tak terjangkau dek fikir logik kita.
Mengikut pengalaman, ada 3 golongan wanita yang membentuk rasa luar biasa.
Aku pernah kenal 3 orang berbintang Cancer. SubhanAllah... Tenang dan mendamaikan hati. Sungguh luar biasa. Namun mereka bukan milik aku. Positif perhubungan, mudah untuk berinteraksi, komunikasi dan saling mampu mendengar kata.
Aku pernah kenal 2 orang berbintang Virgo. Ikatan rasa yang baik walau tanpa kata. Walau kurang berhubung, ikatan masih baik. Agak pelik. Tapi itu hakikat. Golongan Virgo cepat mesra dengan Lyana dan Iskandar.
Dan aku paling tertarik dengan Leo. Aku tak tahu kenapa? Apa kaitan Singa dengan Kala-Jengking? Mungkin sama-sama punya kekuatan tersendiri tapi takkan mampu menjatuhkan antara satu sama lain. Pendapat sekadar teori kosong. Cumanya, aku tak tahu si Leo mudah mesra atau tidak dengan anak-anak aku yang berbintang Sagitarrius. Tiada peluang...
Itu semua sekadar kebetulan. Namun rasa itu hadir dihati dan tak siapa tahu.
Aku sentiasa berdoa agar dikurniakan pasangan dan zuriat yang menyejuk hati.
Aku bersyukur dengan apa yang aku ada hari ini. Namun aku masih berharap akan ada jodoh untukku. Jodoh yang baik untuk aku, anak-anak serta keluarga. Dalam masa yang sama aku kuat untuk memberi yang terbaik.
"Cinta adalah memberi... Seikhlas mungkin, sebanyak boleh... Balasan cinta adalah anugerah. Untuk dipelihara dan dijaga baik."

Nov 19, 2011
Aku dan Dia: Intro (Part 1)
Malam yang sejuknya agak luar biasa. Kipas dengan kelajuan 2 mampu membengkakkan tonsil. Huh! Silap aku...
Aku terlupa yang tekak aku dah mula lain macam sejak malam tadi. Ditambah pula dengan 'ais krim salad' yang menjilat jari. Err... Nak menyesalpun, benda dah lepas... Urm...
Semalam...
Hari Jumaat yang indah namun agak pendek ku rasakan bilamana kesibukan dari rumah hingga ke pejabat sampai la ke Klang menghiasi hari dari mula bangunnya aku jam 4.44 pagi hinggalah tidurnya aku jam 12.00 tengah malam.
Awal pagi, aku menjalani rutin harian bergelar seorang bapa yang menyekolahkan dua orang anak yang comel dan baik, aku harus pantas untuk bangun, 'termenung' dalam bilik air dan mandi. Masa agak kritikal. Terlewat sedikit, aku akan terlepas untuk berTahajjud. Alhamdulillah, amalan yang banyak membantu aku dalam memperbaiki kesihatan.
Memperbaiki dalam menenangkan emosi dan memperkasakan jasmani.
5.30 pagi, tiba masa untuk mengejutkan Iskandar. Kacau dia tidur... Cium pipi dia banyak kali, gomol sepuasnya dan lekapkan bibir dipipinya. Pastinya lepas tu Iskandar akan tersenyum. Hatinya lembut. Mudah tersenyum meskipun tengah marah.
Aku tepuk pehanya perlahan. Dua kali.
"Is, bangun mandi. Ayah gosokkan gigi, sabun belakang...," ayat memujuk. Ayat tu kini dah jadi seakan rutin. Salah satu 'permintaan manja' dari Lyana dan Iskandar adalah pertolongan dari aku untuk menggosokkan gigi mereka. Takde sebab dan tanpa alasan apapun dari mereka. Saja, nak manja atau malas. Aku ambil alasan 'nak bermanja' sebab lebih memotivasi... Dan bab sabunkan belakang mereka tentunya sebab tangan sendiri memang tak sampai dan tak rata.
"Huh! Belakang aku siapa nak sabun kan?" hehe... Mengomel sendiri didalam hati.
Mula-mula dulu, agak kelam kabut jugaklah. Setiap inci perkara dan perbuatan perlu tangan aku. Tapi bila aku dah bertemu rentak kerja, yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan sambil masa menunggu aku gunakan untuk tugasan lain. Kiranya 'line balancing' yang aku buat agak berjaya.
Hal penyediaan baju, basuh, sidai, gosok semuanya aku lakukan dimalam hari. Perlu selesai sebelum tidur.
Dalam baring, Is mendepakan tangan. Aku angkat dan dukung hingga ke depan bilik air.
Aku bantu bukakan baju dan seluar.
"Baju masuk dalam bakul," arah aku.
"Is kencing dulu... Kejap lagi Ayah gosokkan gigi...," mata seakan sukar dibuka, Is berjalan lesu memasukkan baju ke dalam bakul, masuk bilik air dan mencangkung.
"Zuuupppp..."
Ceh! Tutup la pintu kot yer pun...
Aku mengambil kesempatan menjerang air.
Aku buka pintu bilik air, Is masih mencangkung. Statik!
"Basuh cepat Is...," barulah bergerak. Pili dibuka, air paip mencurah perlahan. Aku tutup pintu kembali.
Selesai menggosok gigi, aku 'on'kan shower. Water heater.
Tengah Is mandi, sempat untuk aku bancuhkan air sirap untuk dibawa ke sekolah. Kena bawak bekal air. Tapi mereka taknak air kosong. Sirap kegemaran Iskandar. Lyana pula suka 'air hijau Pak Uda'. Tapi sebab mereka masih batuk, aku tak beri air hijau tu. Tak pastilah samada teori logik atau mitos, tapi tekak aku memang tak selesa minum air hijau tu bila batuk.
Selesai bancuh air, aku 'off'kan shower.
"Sabun badan...," aku capai sabun dan sabunkan belakang Iskandar. Dah buat janji, kena tunaikan. Hehe... Kalau tak lupa, mereka akan tuntut. Layankan aje!
Hingga selesai mandi, aku selesai sediakan air untuk bekal mereka dan air minum pagi. 2 hari ni, aku bagi air susu coklat Dutch Lady kotak kecik yang mampu memenuhkan dua biji cawan. Nak cepat.
"Cari baju dan spenser dalam almari," sejak ada almari minggu ni, kerja pagi aku dah berkurang. Iskandar dan Lyana aku dah ajar yang situ tempat baju Lyana, yang situ Iskandar. Sini spender Lyana. Situ Iskandar. Dan aku ajar mereka untuk menyusun baju dalam almari.
Masa untuk mengejut Lyana.
Adakalanya senang Lyana bangun. Alhamdulillah. Tapi kebiasaannya...
"Astaghfirullah hal 'azim..."
"Lyana, meh mandi. Ayah dukung. Ayah gosokkan gigi. Ayah sabun belakang..."
"Nak ayah mandikan...," cakapnya tersekat-sekat. Mamai!
"Lyana dah besar. Ayah gosokkan gigi, sabun belakang..."
"Nak Ayah mandikan...," Lyana sambung tidur.
Erk!
"Jom tukar baju sekolah. Tak yah mandi," aku buat-buat nak bukak seluar dia.
Lyana mengamuk kecil. Aku peluk dan aku dukung.
Sebelum ni, aku jadi naik angin dan berkeras, memang tak jalan. Kena main psikologi. Kena banyak bersabar. Alhamdulillah ok la sket.
Sambil Lyana mandi, sempat aku sediakan roti tuna mayonais. Sequence sama macam Iskandar tadi. Cuma aktiviti selitan tu yang berbeza.
Selesai pakai baju, kami solat Subuh sama-sama. Tapi bukan berimam. Sebab masing-masing nak duduk depan. Yang paling best, bila nak sujud ada pulak yang berjalan ke depan sebab nak sujud sama depan dengan tempat sujud dahi aku. Bangun sujud boleh pulak merangkak kebelakang untuk duduk sama sebelah aku. Mula-mula dulu, aku memang tergelak kecil dalam hati. Hilang kusyuk beb! Ditambah pula konsisten Lyana yang tangan tak reti nak diam macam bersilat pun ada. Masa solat la baru mula sibuk nak betulkan serkup kepala dan tudung. Erm... Tapi sekarang aku dah terbiasa. Geli dihati tetap ada. Macam-macam kerenah.
Bila difikirkan, keindahan sebuah kehidupan sebenarnya akan wujud bila susah dan senang itu bercampur. Silih berganti mencorak rasa dihati agar kita sentiasa berfikir dan menghayati.
SubhanAllah... [sambung...]

Nov 17, 2011
Umaira 047: Kisah Berakhir...
Umaira...
Panggilan itu cukup manja bagi yang tahu. Sungguh, Rasulullah S.A.W memperlihatkan kepada kita keindahan berbahasa dengan memanggil isteri dengan gelaran atau panggilan yang baik.
Putih kemerahan...
Aku mengambil nama itu sebagai tajuk cerita hidup aku, dalam aku yang tercari dan tergapai untuk bangun dari lena yang panjang. Lena mungkin kurang tepat, tapi ia adalah perkataan yang lebih baik dari aku gunakan kata 'derita'. Mungkin ego... Lumrah manusia bernama lelaki. Tapi nasihat seorang teman, usah menggunakan ayat dan kata buruk mengenai diri kerana bila disebut selalu, bila disebut ramai, kelak ia akan berupa doa. Doa yang buruk. Na'uzubillah...
Sebentar tadi, entah macamana aku tergerak untuk menonton cerita 'Terowong' di TV3. Kisah yang dipaparkan untuk episod hari ini mirip kepada cerita 'Nang Nak'. Cumanya, dalam slot 'Terowong' ni si suami lebih kepada berhalunisasi dek kerana terlalu mencintai dan merindui si isteri yang sebenarnya telah meninggal dunia akibat kemalangan.
Apa kaitan cerita ni dengan aku?
"Cinta..."
"Cinta?"
"Ya, cinta...," senyuman nakal terukir dibibir.
"Cinta? Spesifik?"
"Cinta pada yang tiada...," err... Jangan salah faham. Aku tak berhalunisasi. Tapi cerita tu banyak menyedarkan aku. Spesifiknya, dalam cerita tu, si suami kelihatan macam orang gila sebab dia menganggap isteri dia masih hidup. Bercakap seorang. Pada dirinya dia rasa bahagia. Tapi hakikat lahiriahnya dia umpama mayat hidup yang gila bila kehidupan tak terurus, serabut, kusut masai, muka pucat, makan-minum tak terjaga hanya kerana dia merasa bahagia dengan kehidupan bersama 'isteri' tercinta. Dia merasakan semua soal pengurusan rumah-tangga dan diri dia diuruskan oleh 'isteri' walhal si isteri sesungguhnya tidak wujud.
Aku off tv. Aku pegi gosok baju Lyana...
Malas aku nak tengok adegan tahyul dan kurafat dihujung cerita.
Terdetik dihati. Apa yang kalian lihat pada diri aku?
Sungguh, kebelakangan ni emosi aku agak terganggu. Dan hati aku benar rasa kekosongan. Cuma cinta itu tetap mekar walau hakikatnya aku bertepuk sebelah tangan. Cinta itu membentuk motivasi yang mana menguatkan hati dan semangat aku dalam menjalani kehidupan seharian.
Sesungguhnya kekuatan dan semangat hakiki hanya dari Allah. Namun lumrah bagi aku yang Alhamdulillah masih sihat dan normal ni menginginkan rasa dikasihi dan mengasihi.
Apa yang kalian lihat pada diri aku?
Aku masih keliru... "Adakah aku sudah bersedia untuk berkomitmen?"
Positif tindakan aku untuk setia pada cinta ini, ia sebenarnya menidakkan komitmen dalam jangkamasa terdekat ni melainkan berlaku keajaiban yang tak disangka.
Aku tahu, secara keseluruhannya tetap salah.
Tapi, apa yang perlu aku lakukan?
Aku terfikir untuk menamatkan cerita.
Seorang teman berkata, bilamana seorang wanita berdiam bila kita berkali meluah rasa cinta itu bermaksud wanita itu menolak dengn cara yang baik.
Err... Sebenarnya, dah lama Aku tahu benda ni. Tapi... Aish! Banyaknya la alasan dengan bertapi.
Elok rasanya buat masa ni aku curahkan sepenuh rasa kasih dan sayang aku pada Lyana dan Iskandar. Pada Mak dan Papa. Pada adik-adik...
"Cinta yang suci hadirnya sekali dan ia akan kekal selama-lamanya... InsyaAllah akan ada untukku...," aku pejamkan mata. Doa tidur dibisik perlahan...
"Selamat malam Sayang..."

Nov 16, 2011
Umaira 046: Kenapa dia?
Aku amati, memang benar kata seorang teman yang kita tak boleh biarkan mental kita sakit bila mana Allah turunkan ujian kesakitan pada fizikal kita. Didalam hati kita masih mampu berdoa. Masih mampu berzikir. Bermakna kita mampu beribadah kepada Allah selagi mana kita masih mampu berfikir.
Allah menguji atas mampu hamba-Nya...
Syukur punya teman yang mampu mengingatkan aku tentang kesilapan aku. Atau lebih tepat, atas kelalaian dan keterlupaan aku untuk berzikir dikala aku terlantar kesakitan. Pitam yang aku alami semalam cumalah ujian kecil dari Allah. Tapi aku lebih risaukan kesihatan anak melebihi kesihatan aku, mental aku serta jiwa aku yang memerlukan makanan rohani. Zikir, tasbih, tahmid dan takbir... SubhanAllah, Alhamdulillah, La ila ha illAllah, Allahuakbar...
Aku sedikit bersemangat diawal pagi. Wajah itu seakan terkejut dengan kehadiran aku tanpa dijangka.
"Assalamualaikum," aku menguntum senyum.
"Err... Waalaikum salam... Nape?" Matanya membulat. Akupun tak jangka dan aku main redah je sebenarnya.
"Untuk awak...," aku hulurkan beg plastik merah kepadanya.
"Ambillah...," dia seakan ragu. Mungkin keliru. Beg plastik merah itu bertukar tangan. Dan aku berlalu.
"Hadiah bila ikhlas nak bagi, bagi aje, jangan cerita banyak. Tak elok. Tak manis! Jalan terus...," hati kecilku mengomel sendiri.
"Dah, usah difikir apa yang dia rasa. Yang penting ko rasa lega, kan?" Ooo... Ok...
Sedikit kekeliruan yang aku mulai sedari beberapa hari ni. Sebenarnya aku tak ingat betulpun wajah itu? Ataukah hanya bayangan? Erk! Parah ni beb!
Atau mungkin atas sebab tak memandang demi menjaga syariat dan menjaga hati membuatkan aku tak ingat wajah dia yang sebenar?
"Habis tu apa yang 'mengikat hati' kau selama ni?" Err... Aish! Entah? Mungkinkah sekadar ikatan rasa dek pandang pertama tu bolehkah selamanya bertahan macam ni? Tiada nombor telefon, tiada gambar...
"Telefon dan gambar tu dorongan nafsu...," logiknya camtulah.
"Pelik. Tapi agak bagus. Tapi macamana kau boleh mengekalkan rasa tu?" Aish... Soalan yang sebenarnya aku tak mampu nak jawab.
"Serius, akupun tak tahu. Soal ikatan hati dan perasaan yang pelik. Yang aku pasti, aku sahaja alami benda ni sebab dia tak pernah cakap apa-apa tentang diri dia. Dalam ertikata lain aku ni dalam situasi 'Syok Sendiri'...," peritnya statement untuk ditelan.
"Ooo... Haha... Kesian!" Cet!
"Aku dah cuba lari. Malah aku cuba mencari cinta pada insan lain. Cuba lupakan dia. Masalahnya, makin aku cuba jauh, makin ia dekat. Dan akhirnya, orang lain terluka, aku dan dia dok macam tu jugak."
"Kenapa kau syok sangat kat dia?"
"Aku tak tahu... Bak aku cakap tadi, dia taknak aku dan aku pun bawak diri. So, patutnya setel. Tapi makin aku lari, makin ia datang. Jadi sekarang aku biarkan aje perasaan tu. Tak buat apa-apa. Orang kata, cinta perlu dibaja. Tapi kes ni, dah kemarau tak berair, takde baja, tapi elok mekarnya. Lagi aku cantas lagi banyak ia tumbuh. Penat aih. Asal tak memudaratkan hidup aku, ok la," panjang aku merapu.
"Jadi apa kau nak buat sekarang?"
"Seeloknya aku relaks macam ni. Aku cuba untuk tak jengahkan diri depan dia. Jangan pandangpun andai terserempak. Mungkin dengan cara ini aja lama-lama segalanya kan berakhir. Bagi aku semua ni takdir Allah. Bukan aku tak berusaha untuk dapatkan dia. Setelah gagal, aku berusaha pula melupakan dia. Dan sekarang, aku serah pada takdir. Mungkin juga ini yang terbaik untuk aku sekarang ni"
"Maksud kau?"
"Mungkin... Wallahu'alam... Mungkin saat dan ketika ini aku masih tak mampu lagi atau belum bersedia lagi untuk bergelar suami sekali lagi. Walaupun aku rasa 'boleh', tapi mungkin 'boleh lah'. Jawapan yang tak meyakinkan. Jadi, dengan cinta yang tak berbalas, hati aku mekar dan elok begini dan mampu memotivasikan diri untuk hidup lebih baik dalam masa yang sama aku tidak lagi mengecewakan orang lain sepertimana terjadi sebelum ni," ujarku sambil mengurut kening. Sakit kepala yang tak surut. Kurang tidur agaknya?
"Tapi sampai bila?"
"Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Aku akan terus perbaiki diri dan terus berdoa...," senyum nipis terukir. SubhanAllah... Minda aku lega. Jiwa aku tenang. Alhamdulillah...
"Err... Nak tanya sket boleh?"
"Tanyalah..."
"Siapa gadis tu?"
"Erm... Biarlah rahsia... Kali ni tak siapa tahu. Hanya aku dan dia..."

Nov 15, 2011
Umaira 045: Aku dan dia...
"Lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik, dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin."
[An-Nur: Ayat 3]
"Dan janganlah kamu nikahi wanita-wanita musyrik sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita hamba yang mukmin lebih baik daripada wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke syurga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pengajaran."
[Al-Baqarah: Ayat 221]
Amat jelas sebenar larangan Allah dalam kita mencari pasangan hidup. Antara apa yang kita lihat, antara apa yang kita ingini dengan apa yang sebenarnya patut kita miliki.
Bumi Allah ni luas dan pastinya masih ramai calon isteri mahupun suami yang mampu kita pilih.
Bagi aku, faktor kesabaran tu amat penting dalam menanti 'kurniaan' Allah. 'Anugerah' yang akan kita jaga baik, yang akan kita pimpin ke syurga.
Ada ketika, kita akan bertemu dengan seseorang yang baik dan menarik hati. Kita rasakan yang dialah pasangan hidup dan mati kita. Tapi sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Ditakdirkan orang itu tidak menerima kita tetapi orang lain.
Sepertimana pengalaman cinta lalu. Katanya, "Mungkin saya dirakdirkan untuk membimbing bakal suami saya. Saya redha dengan pilihan Mak dan Ayah saya..."
Seorang rakan juga pernah berkata, "Lelaki baik untuk perempuan yang baik. Begitu juga sebaliknya. Tapi mungkin juga lelaki yang baik itu yang mampu membimbing seorang perempuan yang kurang baik untuk jadi baik. Diakhir cerita, kedua-duanya akan jadi baik. Boleh juga berlaku sebaliknya..."
Ada logiknya.
Bagi aku, janganlah berputus asa atas setiap ketentuan. Dan banyakkan berdoa. Berusaha dalam mendapatkan pasangan yang baik bukanlah memaksa orang yang kita suka itu menerima kita. Tetapi adalah usaha memperbaiki diri dan perbanyakkan doa agar di'anugerah'kan seorang yang baik buat diri. Soal hati dan perasaan itu adalah subjektif malah ia mampu berubah-ubah.
Dalam soal hati dan perasaan, mahu atau tidak aku perlu cari seseorang yang aku punya 'rasa' kuat agar aku mampu lebih bertanggungjawab. Agar 'rasa' itu mampu memotivasikan aku dalam menjalani kehidupan seharian. Rasa cinta, kasih dan sayang yang kuat dan utuh itu penting. Cuma bila masanya, siapakah orangnya, dimana tempatnya, disitu letaknya jodoh yang akan ditentukan oleh Allah S.W.T.
Sebagai hamba-Nya, teruskanlah berdoa dan perbaiki diri agar kita mampu memimpin (bukan dipimpin) pasangan ke jalan yang diredhai Allah. Kerana pengharapan itu hanyalah pada Allah, bukan kepada manusia.
Aku yakin, tak siapa tahu pada siapa cinta ku halakan? Aku yakin, tak siapa tahu kenapa aku macam ni? Sebab, aku tahu apa yang sebenarnya aku rasai dan nikmati. Sebab, aku tahu yang aku yakin dengan janji Allah... SubhanAllah...

Nov 14, 2011
Umaira 044: Ujian dan dugaan serta lagu baru
"Aku mencintaimu,
Dan aku perlukan cintamu,
Bilakah kan hadir cinta untukku dan untukmu?"
Serangkap lagu yang baru aku cipta sebentar tadi. Melodinya indah, tapi senikatanya merapu. Dah jatuh cinta kat orang tu, leh pulak ditanya bilakah akan hadir cinta untuk orang tu. Aish... Macam tak ikhlas je?
Lama jugak aku ulangi rangkap tu sambil menyidai baju. Ada logiknya bagi situasi hidup kita hari ni. Realiti kehidupan. Cinta biasanya akan lahir dari mata. Kemudian baru turun ke hati. Ok, setel stage pertama yang disebut 'cinta pandang pertama'.
Otak analisis. Kita pada stage awal ni disebut syok sendiri. Bila kita mengharapkan cinta berbalas, akan hadir usaha. Samada usaha yang bukan mahupun yang bukan-bukan (yang pasti, hindari syirik kepada Allah)... Dalam stage mengharapkan cinta berbalas ni kita akan diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan. Luaran dan dalaman.
Ujian dan dugaan luaran seperti biasa, kita tak tahu awek tu suka kat kita ke idak, awek tu mungkin dah ada 'balak' (kena pastikan dia single yakni belum bernikah dengan sesiapa)... Ibu-Ayah dia dah ada pilihan lain - bab ni seeloknya berundurlah sebab restu Mak-Ayah tu penting, dia bela kucing dan kita alergi pada kucing - pun masalah jugak. Manakala ujian dan dugaan dalaman adalah faktor keyakinan diri, faktor persediaan serta kematangan, dan banyak lagi yang boleh membuatkan rasa cinta tu 'tergantung', 'tergayut' dan 'terjuntai' di awangan.
So, baru kena dengan baris terakhir rangkap lagu aku tu, 'bilakah kan hadir cinta untukku dan untukmu?' atau lebih mudah disebut 'bilakah cinta kan bersatu?'
Itu ayat cinta orang muda. Namun tiadalah penyatuan cinta terbaik melainkan melalui jalan pernikahan. Kan?
Sampai situ je 'review' lagu terbaru aku yang baru serangkap siap yang hadirnya dikala kepala tengah pening termakan lebih MonoSodium Glutamat sambil menyidai baju diiringi bunyi rintik hujan menerjah 'awning'.
Berbalik kepada realiti hidup aku hari ni, erm... Menarik!
Aku mampu menyerap tekanan dan berjaya menenangkan diri dan menghadapi satu lagi ujian hidup.
Malam tadi batuk Lyana masih teruk. Antibiotik memberi kesan positif (dengan izin Allah), cuma ketika tidur entah macamana batuknya datang tak henti. Tiba-tiba dia bangun.
"Ayah, nak muntah...," aku pantas membuka lampu. Aku lihat tangannya menekap mulut. Tapi tanpa mampu ditahan, segalanya keluar mencurah. Aku tak mampu buat apa.
Selesai muntah, Aku dukung Lyana ke bilik air.
"Bukak baju dan seluar... mandi terus la. Basuh kepala tu...," macamana nasik muntahnya boleh terbang ke atas kepala Lyana? Erk!
Aku kembali ke bilik. Aku tengok Iskandar masih lena.
"Is, bangun...," aish!
Bukan aku cemburu Iskandar tidur. Tapi tadi tu Lyana muntah atas peha Iskandar. Habis seluar corak petak bertukar corak nasik dan ayam yang tak hancur. Pergkh!
Lama jugak aku ambil masa untuk mengemas. Mujur ada tilam yang Mak tinggalkan hari tu. Hikmah setiap tindakan kita. Kalau tak, tentu kami bertiga tidur atas tikar je.
Isk.. Isk..
Malam tu, aku tunggu hingga Lyana benar lena. Aku tinggikan bantalnya. Sediakan baldi untuk dia muntah (besen takde kat rumah ni), tisu dan aku duduk dekat memerhati sambil meng'update' status di Facebook. Terima kasih pada rakan yang prihatin.
Selepas berkumur air garam, Alhamdulillah Lyana makin kurang batuknya. Dan muntah sekadar mengeluarkan lendir dan kahak.
6.50 pagi, Lyana bangun. Memang aku tak kejutkan. Sebab doktor dah bagi cuti. Tapi agenda penting hari ni adalah Iskandar.
Semalam, Klinik Aniza dah keluarkan surat untuk rujuk masalah Iskandar pada doktor pakar. Dan melihatkan demam Lyana beransur pulih, hari ni aku ambil kesempatan untuk bawa Is ke Sri Kota Specialist Medical Center.
Petang semalam semasa memandu balik ke Bukit Sentosa, dalam lebat hujan yang turun hati aku merasa syahdu semacam. Bayangan itu cukup kuat untuk aku menidakkan. Ia hadir difikiran membuatkan aku tersenyum sendiri.
Tak perlu untuk aku hadir dalam hidup dia. Mungkin itu juga mahunya. Aku serahkan segalanya pada Allah. Terlalu banyak situasi 'kebetulan' berupa pertemuan dan situasi yang tak terjangka tu hadir buat kami. Cuma pastinya buat masa ni dia bukan untukku.
"Err...," sukar untuk aku pastikan 'rasa' tu. Tapi sebolehnya aku nak mengelak dari berjumpa dia pagi ni walau berlainan kata hati. Aku cuba tundukkan pandangan.
Itu lebih baik dalam sesuatu hubungan, err... Demi redha Allah...
Selesai mengambil 'Guarantee Letter', sempat aku naik ke opis ditingkat 4. Alhamdulillah, bos ok. Melihat wajah rakan sekerja, aku sedikit bermotivasi. Selama ni diorang banyak memberi sokongan moral dalam aku cuba membesarkan dua orang anak.
Orang 'jantan' jaga anak, faham-faham ler camne gayanya.
2 haribulan November 2011 akan datang, andai batuknya pulih, Iskandar akan menjalani pembedahan kecil seterusnya akan disunatkan oleh doktor yang sama. InsyaAllah semuanya akan ok...
"Kepada-Nya aku berserah... Kepada-Nya jua aku memohon pertolongan..."
"Amiinn Ya Robbal 'Alamin..."

Nov 13, 2011
Umaira 043: Cinta dan Tanggungjawab
"Seeloknya jumpa Urologist dulu...," antara ayat doktor yang aku masih ingat. Dia boleh sunatkan Iskandar. Tapi 'belon' pelik tu perlu mendapat komen pakar Urology. Mula-mula agak pelik jugak dengan perkataan tu sebab memang aku tak pernah dengar sebelum ni. Almaklum, belajar tak berapa tinggi. Neurology pernah la sebab aku ada masalah migrain sebelum ni.
Tertangguh...
Lyana pula demam panas. Aku suspek tekak yang jadi punca. Budak. Berbuih aku pesan jangan minum air sejuk, jangan minum ais, jangan makan ais krim... Tapi apa kan daya. Lagi dilarang, lagi seronok la bila aku takde. Setiap kali demam, punca tekak sebab ais. Wallahu'alam. Tapi Allah menguji atas mampu hambaNya. Dan Dia uji sebab Dia sayang.
Malam ni aku tidur awal. Migrain sket bila adalah masalah (ada alasan untuk cari teman berkongsi suka dan duka... Hehe...).
3.30 pagi aku terjaga sebab nak solat Isyak. Dah niat, memang senang bangun. Aku rasa badan Lyana. Makin bahang. Aku pakaikan 'Cool Fever' didahinya.
Selesai Isyak, aku cari bekas, ais dan tuala. Isi air paip, lap badannya. Lepas makan ubat, Lyana sambung tidur. Masih batuk-batuk. Agak teruk. Awal pagi esok terus kena pergi Klinik Aniza.
Sambung Tahajjud dan Witir. Dah jadi rutin. Tapi biasanya aku buat Witir lepas Isyak. Sebab takut terlajak tidur dan tak sempat berTahajjud. Satu proses perubahan jangkamasa panjang. Macam kebanyakan insan bergelar manusia, segala perubahan positif tu hanya berlaku selepas mengalami kegagalan dalam hidup. Kegagalan yang memberi impak besar dalam kehidupan. Susah sangat nak ambil iktibar dari kegagalan orang lain.
Macam aku, kegagalan rumahtangga membawa aku kepada proses kemurungan yang panjang. Sebab terlalu lama aku 'menyorok', akhirnya aku mula mendekatkan diri dengan Masjid. Menginsafi kekurangan diri. Aku mulai mendekati majlis-majlis ilmu. Solat berjemaah diawal waktu. Aku yakin itu doa Mak. Sebab Mak memang risau dengan masalah kemurungan aku.
Hinggalah aku bertemu beberapa orang insan bergelar wanita. Yang mengajar aku berTahajjud. Ada yang mengajar aku berWitir dan Dhuha. Ada yang menekankan cara hidup yang sihat. Yang mengajar aku erti 'bersedia dan realistik' menghadapi alam perkahwinan. Dan kini, mungkin masa yang elok untuk aku benar-benar mencari pasangan hidup sekali lagi.
Jam menunjukkan 4.30 pagi. Lyana mengigau. Cakap sorang-sorang. Macam berborak dengan adiknya siang tadi. Comel pulak aku dengar. Tapi tak sempat nak rakam. Hehe...
Kipas ku perlahankan. Tekak aku pulak yang terasa sakit bila kipas laju sangat.
Aku matikan lampu. Menulis dalam gelap tak elok. Tapi mengganggu orang tidur disebabkan lampu siling terang benderang lagi tak elok.
Sedikit persoalan berlegar.
Jawapannya mungkin berguna untuk semua.
Soalan: 'Benarkah cinta yang hangat dan mendalam itu penting dalam sesuatu perhubungan?'
Jawapan peribadi aku, Ya! Sangat penting.
Kenapa? Bagi aku, perasaan cinta, kasih dan sayang membentuk motivasi luar biasa dalam kita menjalankan tanggungjawab kepada pasangan dan keluarga. Sebab itu ia perlu sentiasa hangat.
Aku realistik bab benda ni sebab aku tahu benar tentang kerenah diri aku, jiwa aku.
Urm... Ketandusan idea.
Mata makin pedih. Nak sambung tidur ker?
Aku rasa badan Lyana. Erm, panasnya dah surut.
Doa aku, akan ada insan yang benar buat aku. Saling punya rasa cinta, saling bertanggungjawab dan saling menenangkan hati. Aku yakin dengan doa. Aku yakin dengan janji Allah. Dan sesungguhnya hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya hari ini dan apa yang terbaik untuk hamba-Nya hari esok dan seterusnya...
SubhanAllah...
Alhamdulillah... ;)

Nov 12, 2011
Umaira 042: Kehadiran di hati...
Rasulullah S.A.W. bersabda; "Barangsiapa yang menikahkan (puterinya) kerana kekayaan lelaki, meskipun buruk agama dan akhlaknya, maka pernikahan itu tidak diberkati-Nya.
Siapa yang menikahi wanita kerana kedudukannya, Allah akan menambahkan kehinaan kepadanya, Allah hanya akan memberi kemiskinan.
Siapa yang menikahi wanita kerana bagus nasabnya, Allah akan menambah kerendahan padanya.
Namun barangsiapa yang bernikah kerana ingin menjaga pandangan dan nafsunya atau kerana ingin mempereratkan kasih-sayang, Allah akan sentiasa memberi berkat dan menambahkan keberkatan itu padanya"
[Hadith Riwayat Tabrani]
Alhamdulillah, selesai urusan sekolah anak-anak.
Lyana dapat tempat ke-14 dari 18 pelajar dalam kelas. Alhamdulillah...
Peratusan keseluruhan menurun sedikit. Bila aku teliti dua subjek yang markahnya menurun. Agak ketara. Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Erm, kira logik la jugak. Sebab kitorang ni berketurunan Peranchis. Sebab tu Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab kitorang lemah. Hehe...
Bekas isteriku datang sorang. Jadi kami berempat la tadi disekolah. Boleh la disebutkan sebagai 'ex-family'.
Apapun keadaan, bagi aku perkara yang paling penting ialah lakukan yang terbaik untuk anak-anak. Dan jangan kedekut untuk mendoakan kebaikan serta kebahagiaan orang lain.
Aku lega bila melihat bekas isteri ku kini hidup bahagia dan stabil dengan suami barunya. Tambah-tambah selepas dikurniakan seorang putera yang comel. Sesungguhnya Allah Maha Luas Pengetahuan-Nya. Jelas, perpisahan adalah jalan terbaik buat kami. Walau pada mulanya, banyak kekurangan perlu ditampung selain masalah emosi. Tapi hakikatnya, Allah menunjukkan cara bagaimana untuk keluar dari jalan buntu walau betapa pahit rasa ketika itu dan betapa perit untuk ditelan.
Kesan positif kebahagiaan dan kestabilan rumahtangga akhirnya akan mengalir pada Lyana dan Iskandar. Akupun dapat tempias. Tiada apa yang lebih baik selain kebahagiaan dan ketenangan dalam kita hidup didunia ni.
"Lyana nak ikut Ayah," err... Aku pandang bekas isteriku. Muka dia tenang. Masa dan pengalaman banyak membantu mematangkan kami. Belajar untuk tenang, bertoleransi dan berkomunikasi.
"Ok la. Mommy tak nak paksa-paksa," lega aku dengar jawapan tu. Lagipun emosi Lyana agak 'fragile' yang memerlukan teknik yang berkesan dalam menangani kehendaknya.
Aku dan Lyana balik Klang. Iskandar akan menyusul kemudian. Perancangan petang ni untuk mendaftarkan Iskandar bersunat di Klang. Is 'buta'. Doktor perlu periksa sebelum tarikh 'penyunatan' (hehe) dapat ditetapkan.
Dalam kereta Lyana batuk-batuk. Risau gak melarat. Suara diapun berubah. Sakit tekak agaknya. Moga cepat sembuh!
Mujur ada Lyana meneman. Memang banyak ketika kini aku rasakan yang aku kesunyian. Mujur ada 'perasaan' yang kuat itu membangkitkan motivasi. Perasaan yang membangunkan aku dari lena. Kembali tekun mendekatkan diri dengan Ilahi. Tidak lagi berkhayal yang tidak-tidak. Dan yang paling penting, aku tidak lagi migrain mahupun sakit kepala.
Kini tiba giliran aku untuk mencari pasangan hidup. Mampu menemani aku disetiap saat aku memerlukan. Berkongsi rasa kasih dan sayang.
Jodoh yang baik dan solehah untuk aku, anak-anak, keluarga dan masyarakat. Bunyi macam keterlaluan, tapi tanpa impian takkan terzahir usaha. Dan aku yakin dengan doa dan Istikharah.
Bukan tidak penah aku mencuba, namun berkali juga aku gagal sebelum ni bila mana perasaan aku menyurut dan adakalanya hilang. Suka dan seronok yang hanya hadir dipermulaan perkenalan sedikit merunsingkan. Mungkin juga itu hanya keterujaan dek terlalu lama sunyi bersendirian.
Bukan aku tak mencuba. Aku juga beristikharah. Aku yakin pengakhiran duka sebelum-sebelum ini petunjuk Istikharah.
Kini aku perlu lebih berhati-hati agar tiada lagi yang terluka. Dan yang satu ini telah lama ku kenali. Lama juga aku berkawan dan aku juga pernah 'lari' demi mengelak dari kekecewaan yang sebenarnya aku tak pasti. Tapi, tak benar mencuba, manakan tahu jaya atau kecewa dihujung cerita, kan?
Aku nekad. Kali ni aku akan fokus dan hadapi setiap saat dan ketika dengan tenang dan teratur. Perlu ada niat yang kukuh serta perancangan yang rapi.
Demi memiliki 'si Umaira penenang hati'...
Moga Allah permudahkan jalan untukku... Amiinn...

Nov 10, 2011
Umaira 041: Jodoh untukku...
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
(Ar-Rum: Ayat 21)
Aku tertarik dengan apa yang ditulis oleh Burhan Sodiq didalam bukunya; 'Ya Allah, Diakah Jodohku'.
Katanya,
"Islam memahami bahawa manusia tidak mungkin boleh hidup bersendirian. Dia memerlukan teman, bahkan lebih dari sekadar teman. Dia memerlukan suami. Dia memerlukan isteri. Dialah manusia. Manusia yang ditakdirkan untuk memiliki dan dimiliki. Bersandar dan disandari, saling menyayangi dan saling mencintai."
"Tip daripada Rasulullah S.A.W. dalam memilih calon belahan jiwa, carilah yang cantik parasnya, baik keturunannya, banyak hartanya dan yang paling baik agamanya. Namun, pilihlah calon yang beragama kerana ia lebih baik daripada seluruh isi dunia. Mohonlah petunjuk-Nya lewat Istikharah. Jika belum bertemu, bersabarlah dan yakinlah bahawa jodoh kita sudah ditentukan sejak azali."
"Teruslah mencari, berjalanlah tanpa henti. Semoga bertemu permata yang terbaik untuk dirimu, keturunanmu dan agamamu."
Lebih kurang jam 12.30 tengahari, aku berlegar ditingkat 1 Kompleks PKNS Shah Alam.
Terpandang si penjaga butik.
"Err... Tundukkan pandangan...," aku mengomel sendiri. Almaklum, penyakit keturunan - suka melihat keindahan ciptaan Ilahi.
Mak dan Lin ke tandas. Tujuan utama mencari selendang dan tudung Lin. Minggu depan Lin dah nak bertunang. Senang cerita, bertunang macam nak rak. Aku memang kurang bersetuju dengan cara orang sekarang. Keterlaluan dan berlebihan dan urusan tunang-nikah-kahwin. Tapi hak masing-masing.
Dalam menanti, aku terhenti disebuah kedai buku agama.
Mata aku terpaut pada sebuah buku. 'Ya Allah, Diakah Jodohku'. Penampilan kulitnya menarik disamping tajuk yang aku rasakan kena dengan keadaan aku sekarang.
Aku teliti muka yang menyenaraikan isi kandungan. Erm... Menarik. Aku menyelak spontan. '30 perbezaan Cinta antara Lelaki dan Wanita'...
Kali ni aku betul terpukul dengan perbezaan kedua, "Wahai lelaki, ketika engkau berasa tidak mampu menyimpan rahsia daripadanya, bererti engkau menyintainya..."
Erk!
Ada dua situasi dengan dua insan berbeza. Satu, aku berahsia untuk menjaga hatinya. Satu aku tak mampu berahsia juga untuk menjaga hatinya. Uh! Aku taknak olah lebih. Sedikit input yang berguna dalam kita menilai hati dan perasaan sendiri.
Terus Aku tutup buku tersebut.
"Assalamualaikum Bang. Ada tak buku yang macam ni lagi?"
"Wa'alaikum salam. Penulis yang sama?"
"Err... Tak. Tajuk. Err... Maksud saya tentang perihal mencari jodoh...," aku kurang fokus. Sesuatu kuat berlegar difikiran.
Beberapa jenis buku dari penulis dan penerbit yang berbeza. Namun, yang mula-mula aku temui tu yang terbaik. Terlalu kena dengan situasi. Tentang konflik hati.
"17 ringgit. 15 dah lah...," diskaun diberi tanpa diminta. Alhamdulillah.
Aku mohon resit. Untuk 'income-tax'.
Selesai solat Zohor, aku terperap dibilik melayan buku yang baru aku beli tadi. Dari coretan pengarang, setiap butir kata aku amati perlahan.
Baru semalam aku cakap pada Mak dan Papa...
"Kalau tak kahwin boleh tak?"
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas."
(Al-Ma'idah: Ayat 87)
Bernikah itu halal. Dan menidakkannya umpama aku mengharamkan diri aku menikah. Dan tindakan itu bolehlah dikategorikan sebagai melampaui batas. Urm...
SubhanAllah... Sesungguhnya aku amat terkejut dengan 'jodoh' aku dengan buku ni. Dua perkara yang mampu dirungkai. Satu, tentang perasaan aku. Dua, tentang keinginan aku.
Aku mulai sedar yang aku sebenarnya dalam bibit untuk 'menyintai' seseorang walau berkali aku cuba menidakkannya.
Walau berkali aku nafikan rasa dan cuba lari dari kenyataan.
Dan aku perlu kuat mengembalikan keinginan aku untuk berkahwin. Setidak-tidaknya jangan diulang kata 'tak nak kawin' atau berputus asa untuk berkahwin.
Ilmu Allah itu luas. Betapa kerdilnya aku dalam bermain rasa. Namun Alhamdulillah aku diberi petunjuk olehNya.
Kini, aku perlu fokus. Andai aku inginkannya, aku perlu berterus-terang dan cuba sedaya mampu. Tiada lagi masalah soal hati dan perasaan. Cuma perlu diperkuat agar tiada lagi konflik keyakinan.
Yang baik takkan datang bergolek. Kriteria aku, komitmen serta status membayangkan segalanya tentang jodoh buat aku tampak kritikal. Dengan usaha, aku yakin segalanya mampu terzahir buat aku.
"Ya Allah ya Tuhan ku... Andai dia baik untukku, Kau satukanlah kami. Andai sebaliknya, Kau jauhkanlah kami... Dan Kau berikanlah aku kekuatan dalan mengharungi hari mendatang..."
"Ya Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang yang bertaqwa."
(Al-Furqan: Ayat 74)
"Amiinn..."

Umaira 040: Lari? Apakata hati?
"Suka itu datang dan pergi. Dan cinta itu pula kekal abadi..."
"Andai cinta itu pergi?"
"Itu bermaksud, cinta itu letaknya bukan dihati..."
Dia hanya tersenyum. Senyuman itu meruntun jiwa, memukau rasa...
SubhanAllah...
"Salah...," dia mencebik sambil mengangkat kening.
"Ok...," aku membalas.
"Andai cinta itu pergi, lahir cinta itu bukan dari hati. Mana mungkin letaknya dihati jika tidak lahir dari hati?" Dia senyum lagi. Kali ni senyuman yang agak nakal. Comel! Tapi dinafikan. Katanya itu senyuman yang cantik, bukan comel. Sifat semulajadinya suka akan sesuatu melebihi pujian biasa.
"Ayah awak lahir Kelantan, tapi duduk di Selangor..., kan?" Aku tersengih.
"Alaa... Itu lain...," dia buat muka. Bab ni dia tak tunjuk kat orang lain. Ok la, at least ada sesuatu yang istimewa hanya untuk aku.
Astaghfirullah...
Malam itu, selesai solat Isyak, aku sempat mendongak ke langit semasa dalam perjalanan pulang dari surau. Sebab aku rasa malam tu agak terang.
Err... Cantiknya bulan. Terang sangat!
"Indahnya bulan malam ni... Adakah awak pun melihat bulan yang sama?" bisik hati kecilku. Entah kenapa hanya wajah itu yang terbayang dimata.
Aku tak nafikan yang aku punya keinginan untuk lebih mendekatinya. Namun aku perlu sedar antara keperluan dan kehendak. Antara mampu atau tidak. Antara takdir dan keputusan. Semuanya berlegar diruang yang sama.
Dan kini ia memenuhi benakku. Yang peliknya, aku selesa. Tanpa prejudis!
Aku pernah untuk cuba lari. Sejauh mungkin. Semakin jauh aku lari, semakin dekat ia datang. Ini soal hati dan perasaan yang cuba aku buang jauh. Perlu dan mesti demi menegakkan prinsip hidup aku yang tidak mahu menjadi 'makhluk perosak'.
Aku pernah berjanji. Dan kini aku mungkiri. Aku cuba lari, namun aku tak cukup kuat untuk mengelak diri.
Berkali aku cuba ingatkan diri, cuba jauhi agar diri tidak disakiti. Namun aku masih terus gagal dalam mengelak rasa itu untuk terus hadir memeluk diri.
Astaghfirullah hal'azim...
Kenapa boleh jadi macam ni?
Takdir terlalu kerap menemukan aku dan dia. Terlalu banyak kebetulan yang sukar untuk aku bayangkan rasionalnya.
Astaghfirullah hal'azim...
"La ila ha illa anta subha nakainni kun tuminazzo limin...," berkali aku ulangi.
Dia bukan milik aku. Dia tak nak walau dia bukan milik sesiapa secara sahnya.
Ke mana harus aku lari? Ke mana harus aku bawa diri?
"Bro... Agak-agak la kaki tu. Kot tak nak tido pun, jangan la kacau orang tido..."
Erk!
"Sori... Sori..."
Sehari-dua ni, kreativiti aku memuncak. Aku curahkan diatas platform METAL KEKARATAN. Ada feedback. Baik dan buruk. Namun ia sekadar ilusi si penulis. Mungkin terkait dengan aku atas nama watak yang sama. Siapa lagi nak jadikan aku hero, kalau tak aku sendiri?
Tak sabar rasanya nak tunggu minggu depan, gi kerja...
"Aik, kata nak lari... Nak mengelak...," dengus hati kecil aku.
Err... Aku maksudkan kerja... Erm... Kerja...
"Macam tak ikhlas je?"
Aish... Sukar untuk aku berbicara dengan kata hati. Sesungguhnya, hanya aku yang tahu apa yang aku nak. Apa yang aku tak nak. Usaha la apa yang patut. Jauhi kemungkaran sedaya boleh.
Kehidupan adalah satu proses pembelajaran yang panjang. Kegagalan membuatkan kita matang dalam membuat keputusan. Mungkin tak perlu terlalu spesifik, tapi mungkin aku tak perlu untuk aku menolak rasa kasih dan sayang yang wujud dihati. Sebab ia datang sendiri. Bak kata aku tadi, lagi aku lari, lagi dekat ia datang.
Anugerah mungkin? Mungkin juga satu lagi ujian?
Segalanya mungkin. Seeloknya, berserah pada Allah. Biar masa menentukan.
"Hah! Akhirnya..."
Uish!

Nov 9, 2011
METAL KEKARATAN 008
Dingin berat angin pagi menyapa pipi. Tempat ni hampir setiap minggu aku jejaki. Melihat kabus hilang dipandangan. Melihat burung burung mula berkicau mencari makanan. Melihat kurniaan Ilahi yang penuh keindahan.
"Alhamdulillah..."
Cuma beza ketaranya, dulu ada insan disisi menemani. Mengisi kekosongan hati. Bicara dan senyuman yang membawa seri.
Wajah itu terlalu sukar untuk aku lupakan. Usia perkenalan baru mencecah 6 bulan. Tapi aku rasakan bagai terlalu kuat ikatan yang terbina.
Ah! Jauhnya lamunan...
Serius! Memang aku rindu. Tapi dia bukan untukku. Jelas, itu realiti pahit untukku telan sendiri.
Terleka aku melihat ragam burung dipagi hari. Menjalani rutin dengan tenang. Adakalanya bermain gembira. Besar sungguh kekuasaan Allah. Tak terjangkau luas ilmuNya. Siapalah kita. Terlalu kerdil. SubhanAllah...
"Kenapa dengan muka awak tu?"
Erk... Suara tu. Aku tak menoleh. Aku tak cuba untuk membalas. Perlahan aku bangun. Aku cuba berlalu. Namun baju aku ditarik.
"Kenapa dengan awak?"
Aku tak faham sebenarnya. Kenapa dia sanggup sembunyikan segalanya. Aku yang selama ni cuba untuk mengelak dari melakukan perkara buruk, kini dihentam teruk kerana berkawan dengan isteri orang. Aku bukan jenis yang macam tu. Bab perasaan tu aku mampu buang jauh. Terpaksa walaupun perit.
"Saya harap awak jangan cari saya lagi. Saya bukan perosak rumah tangga orang. Maafkan saya...," aku berlalu. Aku dengar dia menangis. Tapi aku tak sanggup menoleh. Bukan aku yang patut pujuk. Bila ada rasa sayang yang kuat, memang aku tak sampai hati. Tapi nak buat camne beb! Realitinya dia milik orang.
Mahu atau tidak, aku perlu lupakan dia. Tapi hari ni, memang silap aku. Aku datang ke tempat kami selalu berjumpa. Melihat permandangan yang sama. Salah aku kerana menurutkan sangat rasa rindu.
Luar-dalam rasa sakit. Mana la pulak tempat aku nak pergi lepas ni? Aish...
Enjin kereta aku hidupkan. Aku sempat menoleh dia dari jauh. Dia tak berganjak. Giler sayu aku tengok. Adeh... Aku perlu sabar dan tabah hadapi dugaan ni. Dia milik orang. Itu yang pasti.
Hari masih muda. Dah dua hari aku tak masuk opis. Lepas MC dua hari, aku sambung cuti lagi dua hari.
Dah taknak la masuk opis muka macam ni. Kena henyak sebab perempuan. Bukan salah aku pun. Err... Secara ilmiahnya la. Sebab aku tak tahu. Ish...
"Lu kat mana bro?" Wan ditalian.
"Tengah drive... Shah Alam ," mendatar.
"Ok la. Gua tengah sarap kat Seksyen 3. Nasi lemak...," giler, pancing baik.
"Sat lagi gua sampai..."
"Hak hak...," giler, dia gelak jahat.
Aku tersengih sendiri.
"Lama tak datang sini. Lu sorang je ker?" Aku mengangkat kening sambil menarik kerusi.
"Gua dah kawin bro. Kena la bawak anak bini... Hak hak...," aish statement tak bleh blah.
"Kawin baru sebulan, anak kebendenya?"
"Hehe, lawak je," tahupun takut.
"Ciku bagi gua nombor ni. Dia suruh bagi kat lu...," tambah Wan sambil menghulurkan secebis kertas.
"Mak Wan... 019...," aku pandang Wan.
"Mak lu mak gua la beb! Mak dah tukar nombor ker?"
"Cet. Sengal la lu bro. Tu nama makcik tu. Dia tu mak awek lu..."
"Awek kejadahnya. Bini orang..."
"Lain kali nak berkawan, kenal family dulu bro. Ini main redah je..."
"Gua kan penah cerita kat lu. Dia tak pernahnya nak jawab soalan aku. Gua pun tak faham. Tak tahu ler leh jadi camni," masih terngiang esakan Nur Aisyah tadi. Sayu sangat bunyinyer. Aku terpaksa beb! Takde apa yang mampu aku lakukan.
Memang aku rasa semacam kejam sangat biarkan dia menangis seorang kat situ.
Aish! Makin payau aku rasa nasi lemak ni.
"Aik! Takkan tak abis makan bro?"
"Bungkus..."
"Kejadahnya dua suappun nak bungkus bawak balik?"
Erk! Ha'ah... Sikit je lagi. Alang-alang...
'Morale down' camne sekalipun, soru kena tepat. Dah la aku ni 'hantu nasi lemak'.
"Lepak sat. Gua nak beli bungkus bawak balik."
"Biar betul?" Wan sengih mengena. Ceh!
"Beli untuk Mak..."
"Yelah tu..."

Nov 8, 2011
Umaira 039: Mekar...
"Bersabar... Masanya kan tiba...," aku tersenyum sendiri. Nipis segaris.
Memang sedikit menyesal sebab aku tak nak mintak nombor telefon tempoh hari. Salah aku jugak, gatal tangan men'delete'. Kononnya tak nak mengganggu. Pastu nyesal ;P
Tapi bagi aku, ada perkara yang aku rasakan keputusan aku adalah betul. Demi mendidik hati untuk jadi lebih tenang dan matang. Mendidik hati untuk jadi lebih tabah dan sabar.
Aku sendiri selalu sebut yang sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Dan dalam keadaan sekarang, dalam situasi sekarang aku rasakan inilah keadaan dan situasi yang terbaik untuk aku.
Bermain dengan masa sambil mengharap kan hadir cinta agar hati kembali berwarna serta bercorak ceria? Erm, mungkin betul itu yang aku harapkan. Tapi mungkin juga aku belum benar bersedia.
Aku terlalu realistik. Orang kata tak elok. Tapi aku dah ada pakej beb! Duda anak dua, hidup penuh tanggungjawab dan komitmen. Jadi aku perlukan 'kehadiran' yang mampu 'membantu'.
Akan ada?
InsyaAllah... Aku berserah. Dan terus realistik. Buat masa ni aku bahagiakan diri dengan mendekatkan diri dengan Allah. Bahagiakan Mak & Papa. Bahagiakan anak-anak. Nikmati kehidupan seadanya. Bab hati dan perasaan 'didalam'... Err... Aku mula kembangkan rasa sayang aku pada impian yang aku reka... Impian yang aku cipta. Kasih dan sayang yang ikhlas, itu yang paling penting.
Aku dah berterus-terang dan jelas keadaan bukan dipihak aku. Aku redha. Tapi tak salah untuk aku punya perasaan yang mampu memotivasikan diri aku. Perasaan yang mampu mengembalikan senyuman dan kreativiti yang selama ni terjerat dek durja migrain.
Aku menoleh jam.
"10.47pm," erm... Mengantuk aih. Hidup sorang ni, memang aku banyak tido. Kalau dapat pasangan yang pasifpun kita akan banyak tido. So, kita kena kreatif dan kenali betul pasangan. Sebab tu, aku perlu rasa yang kuat dalam menyayangi seseorang agar kreativiti aku kekal momentumnya.
Aku bahagia dengan hidup aku sekarang. Dan aku yakin yang aku akan peroleh kasih-sayang yang lebih banyak lepas ni. Ayat kena konfiden beb! Dan usaha kena lebih. Itu aku faham... Hehe...
Tunggu dan lihat. Aku dapat rasakan perasaan dan rasa itu mulai mekar. InsyaAllah, bahagia itu kan kekal selamanya... ;)

METAL KEKARATAN 007
"Bro, lu kacau bini gua!" Itu ayat terakhir yang aku dengar betul sebelum segalanya menjadi gelap.
Aku bukak mata perlahan. Sakit muka dan badan aku ni aih... Aku pun tak tahu apa yang 'happen' sebenarnya tadi. Pergkh! Perit...
"Takkan gua jadi lauk, kot?" Ayat pertama aku bila aku nampak Wan.
"Kayu besbol bro. Nasib baik kepala lu tak terbelah dua. Haha...," Wan sengih sambil tergelak kecil. Bertuah punya budak!
"Kat mana ni?"
"Sungai Buloh."
"Mak tahu?" Aku terbayang wajah Mak. Kalau leh aku tak nak Mak risau.
"Tak tahu lagi...," Wan mencebik.
"Tak yah la bagitau. Sian kat Mak. Janji?"
"No hal bro. Ni pun Ciku yang bagitau lu kena henyak. Dia yang bawak lu ke sini..."
Aku masih tak faham. Isteri siapa yang aku kacau? Aisyah? Nurin? Aish! Setahu aku Nurin belum kawin lagi. Aisyah? Err... Setahu aku 'single' lagi.
"Tuk tuk!" Pintu diketuk. Dibuka perlahan.
Ciku...
"Thanks bro...," aku buat muka kemek. Sakit beb. Tak penahnya aku teruk kena sesah macam ni. Tak boleh blah rasanya. Suka-suka muka aku dibelasah macam bantal busuk.
"Sikit punya hal. Nasib baik budak aku kenal ko Abang Dahrul...," Ciku bagitau yang mamat tu diorang bawak gi Balai.
"Apa cer bro?" Tambah Ciku...
"Entahlah. Aku konfius sebenarnya. Aku nak jumpa la Mamat yang sesah aku tu..."
"Takkan ko nak belasah dia kat balai? Agak-agak aaa... Hehe..."
"Aku nak tanya kenapa dia belasah aku... Tu je..."
Keesokan harinya aku dibenarkan keluar hospital. Selain Wan dan Ciku, tak siapapun tahu aku masuk hospital. Tak nak Mak risau. Dan paling penting, aku tak nak orang tahu aku kena belasah. Pukul curik pulak tu. Tak boleh blah. Hangin tu, memang la aku hangin. Tapi aku nak tahu jugak, betul ker aku bersalah?
Aku tak tahu la prosedurnya macam mana. Tapi aku amik keputusan tak nak dakwa Mamat tu.
"Lu temankan gua bro. Malam ni kul 8. Lu sorang je. Gua nak slow talk dengan Mamat tu," aku letak telefon.
Adakalanya, aku kuat mengikut kata hati. Ada perkara yang aku rasa aku boleh handle dengan cara baik. Setiap orang diberi peluang untuk berfikir, untuk mengubah yang buruk kepada yang baik.
"Jumpa kat mana?"
"Food court Jusco. Sebab biasa kat situ ada dua orang Pak Guard jaga depan pintu Jusco. Lagipun ramai orang. Papehal ramai saksi."
Tepat kul 8, aku sampai ke Food Court. Sebenarnya aku tak tahupun siapa yang belasah aku hari tu. Tapi si Ciku banyak kaki, dia tolong dapatkan nombor telefon Mamat ni.
"Tu kot Long...," si Wan memandang ke arah sekumpulan lelaki. Ceh... Ramainya. Kalau camni gaya, andai kata ada emergency terpaksa la aku ajak Wan guna hikmat 'Gerakan Lipas Kudung peringkat ke-18'... Hehe... Buang tenaga je lawan ramai-ramai...
"Ko jangan ingat aku nak berterima-kasih sebab tak dakwa aku!" Buat-buat muka bengis. Haram jadah budak ni, bagi salamnya idak, tak best langsung intronya...
"Assalamualakum... Jemput duduk...," aku cuba meredakan keadaan.
"Jangan berlagak baik la," cantik bahasa dia membalas. Tapi duduk jugak.
"Nama saya Dzul. Boleh saya tahu nama saudara...?"
"Aku tahu nama ko. Tak kisahlah apa nama aku tapi aku tak nak ko dekat dengan isteri aku!" Aish! Main tuding-tuding jari, cakap jerit-jerit, ingat aku anak kucing ker?
"Siapa isteri lu bro?" Aku cuba tahan rasa.
"Aisyah!"
Erk...
"Serius saya tak tahu," pening aku aih...
"Sebab tu aku bagi tahu!"
"Saya minta maaf. Tapi tak perlu la sampai pukul-pukul anak orang..."
"Ko memang patut kena. Ok, ni last warning. Aku tak nak ko kontek dia lagi. Nahas ko nanti!"
Pergkh! Malu aku beb. Kaw-kaw kena tiaow kat tengah foodcourt.
"Camne sekarang?"
"Lu belikan gua air. Milo ais. Taknak ais...," jantung aku berdegup kencang. Memang ringan je tangan aku bila tengok muka Mamat tu. Tapi dalam kes ni, dia betul. Tapi aku tak salahpun secara ilmiahnya sebab aku tak tahu Nur Aisyah tu dah berlaki.
Malam tu, bertalu-talu Nur Aisyah telefon. Malas aku nak jawab. Walaubagaimanapun, aku akan siasat kenapa semua ni boleh berlaku. Kalau tak, sia-sia je aku kena sesah hari tu.

Umaira 038: Aku & kasih-sayang ;)
12 Zulhijjah... Aku tersenyum sendiri. Sebelum ni, aku senang nak ingat hanyalah 1 Ramadhan. Pastu, 1 Syawal. Baru la tahun ni tergerak untuk aku kenal dan tahu tentang 9 & 10 Zulhijjah. Hari Arafah dan Aidil Adha... Sebab tu kita disuruh untuk mendekati golongan alim-ulama'. Dan sebab tu jugak kita disuruh berkawan rapat dengan orang yang baik-baik. Untuk kebaikan diri dunia dan akhirat. Tapi, kita juga perlu berkawan dengan semua orang, semua golongan. Bagai berniaga pasar malam, kita jual minyak wangi, jiran sebelahpun terbau wanginya.
Genap 36 jam aku mengalami masalah perut meragam. Silap aku jugak, belasah makanan tak ikut Sunnah. Dah lama aku praktikkan pengasingan makanan daging laut dan darat. Bila aku makan ayam, aku akan elak makan ikan. Bila makan udang, aku elak makan daging. Tapi bila raya korban kali ni, ada rendang kerang, ada kuah kacang daging, ada kuah lemak udang dan ayam, aku semua aku rembat.
Perut bila dah lama aku latih tak makan bercampur, ni lah jadinya. Sedap tu memang la sedap, tapi tanggung je la azabnya. Dah Nabi S.A.W. ajar jangan makan campur-campur. Hmmm... Benda dah lepas. Moga jadi iktibar untuk kemudian hari.
Hari Raya Aidil Adha kali ni hidup aku lain sikit. Alhamdulillah, positif! Bukan mudah untuk aku memotivasikan diri bila hidup seorang, beraya tanpa anak-anak. Tapi bersyukur sangat ada family besar yang kuat ikatan kekeluargaan. Aku cuba sibukkan diri. Dan cuba elakkan dari lama bersendirian. Dari sehari sebelum raya hinggalah semalam.
Tapi walaupun semalam aku lebih banyak tidur dan bersendirian, tapi semua tu sebab aku tak sihat. Jadi fikiran tertumpu pada perut. Tak banyak fikir yang bukan-bukan.
Bukak buku baru. Yang lepas, yang sudah, usah lagi dikenang. Aku perlu lebih realistik dan bahagiakan hari ini diri demi masa depan.
Aku selalu sebut, 'kurang kasih-sayang'. Walau untuk berseloroh, ia dan macam mainan mulut berupa doa yang tidak baik untuk diri.
Mulai hari ni, aku akan selalu sebut, 'Aku sedang berkasih-sayang... Aku gembira dan Aku bahagia...'
;D ngeee...

Subscribe to:
Comments (Atom)