Alhamdulillah... Hari ini aku betul benar berjaya untuk 'membuang' segalanya jauh dari hati. Apa yang aku buang? Erm, aku buang perasaan.
Aku padam segala yang berkaitan. Aku kawal perasaan. Aku jaga mata. Aku pelihara hati. Terzahir segalanya melalui tindakan.
Secara rasminya, aku akan mula merencana hidup tanpa cinta pada wanita. Sampai bila? Itu percaturan Allah. Aku tak mengelak dan aku tak lari. Aku tetap disini. Kerja, makan, tidur, bermain, semua dan segalanya disini. Tak ke mana. Jadi, tak perlulah sebut aku bukan umat Nabi Muhammad sebab taknak kahwin. Bukan taknak, tapi masa-ketika-keadaan-calon belum memungkinkan benda tu berlaku.
Memilih?
Err... Katakan kita nak pergi beli kereta, duit merupakan hak kita. Kereta adalah perumpamaan untuk calon isteri. Kita beli kereta untuk apa? Keperluan atau kehendak? Ok... Sebagai contoh, kita reka satu cerita. Encik Razak Hensem ingin membeli kereta. Dia ada 50 ribu. Tujuan dia membeli sebab dia sudah berpindah tempat kerja. Jauh sedikit dan banyak lori. Jadi, tak sesuai untuk menunggang motosikal. Dalam bab ni, sebab utama adalah kerana keperluan. Tapi Encik Razak Hensem inginkan kereta baru yang selesa dan cantik. Sebab kedua adalah kehendak. Nak dijadikan cerita, sampai di 'show room', dia membelek beberapa jenis kereta. Kereta model B menarik minatnya. Harga dan rekabentuk kereta tersebut menepati kemampuan dan kehendak dia.
"Maaf Encik, kereta ni takde stok. 2 bulan lagi baru ada. Sebab Thailand banjir, ada bahagian kereta ini yang tak memungkinkan proses pengeluaran dijalankan"
Sedikit kecewa rasa dihati Encik Razak Hensem. Nak naik motor selama dua bulan, tak larat dan bahaya.
"Apa kata Encik beli model A ni. Harganya murah sikit, tapi lebih cantik dari yang tadi," tambah jurujual.
Encik Razak perlukan sangat sebuah kereta. Jadi, dia ambil keputusan untuk beli model A. Walau tak memenuhi kehendaknya, tapi kereta ini lebih jimat, murah dan lebih menarik. Cuma tak berkenan dihati.
Selepas 3 tahun, Encik Razak menjual kereta model A dan membeli kereta model B keluaran terbaru. Cerita sedikit berpusing, tapi faham-fahamkan sendiri la...
Tapi dalam bab aku, aku teringin nak beli kereta. Err... Reka satu cerita la. Hah... Aku guna nama Encik Dzul Berambut. Encik Dzul Berambut teringin nak beli kereta. Tapi, sekadar untuk beriadah dan sekali-sekala balik kampung nenek. Rumahnya dengan tempat keje, kalau berjalan kaki mengambil masa 3 minit. Untuk ke rumah Maknya, 30 saat je sebab sebelah rumah. Kalau ke bandar, dia akan ambil bas sahaja sebab biasanya dia akan ke bandar 2 kali sebulan. Sekali untuk bayar duit rumah. Sekali untuk pergi makan KFC ditengah bulan.
So, dalam keadaan ni, kereta hanyalah kehendak. Dia masih mampu untuk berjalan kaki ke mana-mana...
Encik Dzul Berambut ni pun meminati kereta model B. Kena tunggu dua bulan. Jadi dia tunggu la dua bulan.
Erm, leh faham?
Habis dah kot cerita aku tu...
Nak bestkan lagi cerita rekaan aku tu, aku sambung sket lagi...
Dua bulan lepas tu, sehari sebelum dia ingin membeli kereta model B, dia menerima panggilan, "Encik menang kereta model B!"
Akhirnya Encik Dzul Berambut pulang ke rumah dengan bergaya dengan kereta model B hasil peraduan gores dan menang... -TAMAT-
Tihihi...
Cerita entah hapa-hapa ;P Hehe...
ReplyDeleteSedikit kegembiraan aku reka. Aku ciptakan satu cerita yang memungkin senyuman aku lekat tetap dibibir. Moga hati mampu terus tergelak kecil.
Melupakan sesuatu dengan paksaan, ini mungkin kali ketiga. Cuba!
5.45 petang aku bergegas untuk balik. Nak dijadikan cerita, aku satu lif dengan dia. Hurm... Dugaan!
Lengkap satu hari, wajah itu tidak ku lihat. Aku tundukkan pandangan. Aku butakan hati. Walau dalam keterpaksaan, namun aku perlu lakukan. Nasihat baik dari Mak, wajib aku patuhi.
Awal pagi lagi sudah bersebelah dikaunter kantin. Aku tak pandang dan aku tak tegur. Diapun pantas melarikan diri dari pandangan.
InsyaAllah, segalanya akan menjadi baik untuk kami. Menafikan sesuatu atas keadaan. Untuk kebaikan bersama.
Aku perlu ikhlas dalam membuang perasaan itu agar ia mampu lenyap selamanya... Aku cuba...