Nov 9, 2011

METAL KEKARATAN 008

Dingin berat angin pagi menyapa pipi. Tempat ni hampir setiap minggu aku jejaki. Melihat kabus hilang dipandangan. Melihat burung burung mula berkicau mencari makanan. Melihat kurniaan Ilahi yang penuh keindahan.


"Alhamdulillah..."


Cuma beza ketaranya, dulu ada insan disisi menemani. Mengisi kekosongan hati. Bicara dan senyuman yang membawa seri.


Wajah itu terlalu sukar untuk aku lupakan. Usia perkenalan baru mencecah 6 bulan. Tapi aku rasakan bagai terlalu kuat ikatan yang terbina.


Ah! Jauhnya lamunan...


Serius! Memang aku rindu. Tapi dia bukan untukku. Jelas, itu realiti pahit untukku telan sendiri.


Terleka aku melihat ragam burung dipagi hari. Menjalani rutin dengan tenang. Adakalanya bermain gembira. Besar sungguh kekuasaan Allah. Tak terjangkau luas ilmuNya. Siapalah kita. Terlalu kerdil. SubhanAllah...


"Kenapa dengan muka awak tu?"


Erk... Suara tu. Aku tak menoleh. Aku tak cuba untuk membalas. Perlahan aku bangun. Aku cuba berlalu. Namun baju aku ditarik.


"Kenapa dengan awak?"


Aku tak faham sebenarnya. Kenapa dia sanggup sembunyikan segalanya. Aku yang selama ni cuba untuk mengelak dari melakukan perkara buruk, kini dihentam teruk kerana berkawan dengan isteri orang. Aku bukan jenis yang macam tu. Bab perasaan tu aku mampu buang jauh. Terpaksa walaupun perit.


"Saya harap awak jangan cari saya lagi. Saya bukan perosak rumah tangga orang. Maafkan saya...," aku berlalu. Aku dengar dia menangis. Tapi aku tak sanggup menoleh. Bukan aku yang patut pujuk. Bila ada rasa sayang yang kuat, memang aku tak sampai hati. Tapi nak buat camne beb! Realitinya dia milik orang.


Mahu atau tidak, aku perlu lupakan dia. Tapi hari ni, memang silap aku. Aku datang ke tempat kami selalu berjumpa. Melihat permandangan yang sama. Salah aku kerana menurutkan sangat rasa rindu.


Luar-dalam rasa sakit. Mana la pulak tempat aku nak pergi lepas ni? Aish...


Enjin kereta aku hidupkan. Aku sempat menoleh dia dari jauh. Dia tak berganjak. Giler sayu aku tengok. Adeh... Aku perlu sabar dan tabah hadapi dugaan ni. Dia milik orang. Itu yang pasti.


Hari masih muda. Dah dua hari aku tak masuk opis. Lepas MC dua hari, aku sambung cuti lagi dua hari.


Dah taknak la masuk opis muka macam ni. Kena henyak sebab perempuan. Bukan salah aku pun. Err... Secara ilmiahnya la. Sebab aku tak tahu. Ish...


"Lu kat mana bro?" Wan ditalian.


"Tengah drive... Shah Alam ," mendatar.


"Ok la. Gua tengah sarap kat Seksyen 3. Nasi lemak...," giler, pancing baik.


"Sat lagi gua sampai..."


"Hak hak...," giler, dia gelak jahat.


Aku tersengih sendiri.


"Lama tak datang sini. Lu sorang je ker?" Aku mengangkat kening sambil menarik kerusi.


"Gua dah kawin bro. Kena la bawak anak bini... Hak hak...," aish statement tak bleh blah.


"Kawin baru sebulan, anak kebendenya?"


"Hehe, lawak je," tahupun takut.


"Ciku bagi gua nombor ni. Dia suruh bagi kat lu...," tambah Wan sambil menghulurkan secebis kertas.


"Mak Wan... 019...," aku pandang Wan.


"Mak lu mak gua la beb! Mak dah tukar nombor ker?"


"Cet. Sengal la lu bro. Tu nama makcik tu. Dia tu mak awek lu..."


"Awek kejadahnya. Bini orang..."


"Lain kali nak berkawan, kenal family dulu bro. Ini main redah je..."


"Gua kan penah cerita kat lu. Dia tak pernahnya nak jawab soalan aku. Gua pun tak faham. Tak tahu ler leh jadi camni," masih terngiang esakan Nur Aisyah tadi. Sayu sangat bunyinyer. Aku terpaksa beb! Takde apa yang mampu aku lakukan.


Memang aku rasa semacam kejam sangat biarkan dia menangis seorang kat situ.


Aish! Makin payau aku rasa nasi lemak ni.


"Aik! Takkan tak abis makan bro?"


"Bungkus..."


"Kejadahnya dua suappun nak bungkus bawak balik?"


Erk! Ha'ah... Sikit je lagi. Alang-alang...


'Morale down' camne sekalipun, soru kena tepat. Dah la aku ni 'hantu nasi lemak'.


"Lepak sat. Gua nak beli bungkus bawak balik."


"Biar betul?" Wan sengih mengena. Ceh!


"Beli untuk Mak..."


"Yelah tu..."

No comments:

Post a Comment